Kuasa Minda Separa Sedar
Apa khabar kalian. Kita bertemu lagi dalam Bicara Selasa di sini dan seperti yang dijanjikan pada minggu lepas, minggu ini saya akan terangkan dengan lebih lanjut tentang peranan hipnosis dalam minda separa sedar.
Minggu ini agak sibuk sedikit kerana baru sahaja menghabiskan satu workshop dengan mentor saya Stephen Pierce di SMU, Singapura.
Maaf ye kalau saya lewat terbitkan artikel ini. Saya menaip artikel ini di atas beberapa buah kotak minyak pelincir dalam sebuah bengkel kereta di mana kereta saya sedang dibaiki dan diservis sekarang.
Mari kita mulakan.
Hipnosis merupakan satu kaedah untuk mencapai minda separa sedar kita secara langsung.
Apabila anda sedang mencari kunci rumah, berbual-bual, menanam pokok bunga, anda bukan sahaja menggunakan minda sedar anda tetapi juga minda separa sedar anda.
Minda separa sedar anda bekerja secara senyap dari dalam walaupun anda sedang melakukan sesuatu perbuatan secara sedar.
Minda separa sedar anda memproses maklumat seperti merangka ayat yang hendak dicakap, mengenal pasti lokasi kunci anda dan sebagainya dan kemudiannya menghantar maklumat yang telah diproses tersebut ke minda sedar anda.
Adakah anda masih ingat saat-saat anda mendapat idea yang berguna ataupun teringat tempat anda meletakkan kunci anda? Semua maklumat tersebut datangnya dari minda separa sedar yang juga digelar sebagai “minda sebenar”.
Minda separa sedar kita amat berkuasa dan di sinilah ahli hipnosis memanipulasikan serta memprogram minda separa sedar anda.
Apabila anda berada dalam keadaan tenang (hipnosis), aktiviti minda sedar anda menurun tetapi diri anda masih sedar. Pada masa inilah minda separa sedar anda menjadi dominan dan lebih berkuasa daripada biasa.
Keadaan ini amat sesuai bagi anda untuk memanipulasikan minda separa sedar anda untuk berfikir dengan cara tertentu begantung kepada cara anda memprogramnya.
Jika anda ingin menjadi kaya, tetapi asyik memikirkan pasal hutang yang tak terbayar, anda boleh menggunakan teknik hipnosis untuk menghipnosis diri anda untuk memanifestasikan lebih banyak kekayaan kepada diri anda.
Sudahkah anda nampak akan kuasanya?
Semasa anda membuat affirmasi dan visualisasi, anda sebenarnya sedang menghipnosis diri anda ke arah kejayaan.
Klik sini untuk mendapatkan audio hipnosis yang saya gunakan.
Ia merupakan irama muzik yang berlainan frekuensi yang direka khas oleh sekumpulan saintis untuk melatih serta meningkatkan kuasa minda separa sedar anda semasa anda membuat visualisasi.
Ia sesuai digunakan oleh semua orang tanpa mengira jenis bahasa yang anda gunakan kerana ia hanya terdiri daripada irama muzik sahaja. Tidak ada orang yang bercakap di dalam audio tersebut.
Selamat berhipnosis,
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.
Apakah Maksud Hipnosis?

- Image by zoomar via Flickr
Apa khabar kalian? Terima kasih kerana masih lagi bersama saya dalam Bicara Selasa.
Dalam artikel minggu lepas, seorang pembaca, Bard telah mencadangkan supaya saya berkongsi ilmu tentang hipnosis dan cara-cara menggunakan ilmu hipnosis untuk merealisasikan impian anda.
Pagi ini, saya tengah fikir, apakah saya patut kongsi tentang ilmu hipnosis ini dalam satu artikel secara ringkas ataupun membahagikannya kepada beberapa bahagian supaya saya dapat menerangkannya dengan lebih terperinci?
Akhirnya saya membuat keputusan untuk membahagikannya kepada beberapa artikel supaya anda boleh mendapat gambaran serta ilmu yang lebih lengkap tentang ilmu hipnosis ini.
Mari kita kaji apakah yang dimaksudkan dengan hipnosis. Hipnosis ialah suatu keadaan di mana seseorang berada dalam keadaan yang amat tenang dan mempunyai daya imaginasi yang amat tinggi.
Ramai yang menganggap seseorang yang sedang dihipnosis itu berada dalam keadaan tidur. Tanggapan ini salah kerana seseorang yang dihipnosis itu masih sedar. Cuma mindanya amat mudah menerima sebarang cadangan ataupun arahan.
Seseorang yang berada dalam keadaan hipnosis “kehilangan” diri mereka dalam ketika itu juga. Keadaannya hampir sama seperti keadaan berangan-angan di mana anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan kurang sedar terhadap alam sekeliling anda.
Tahukah anda bahawa anda menghipnosiskan diri anda setiap hari tanpa anda sedari?
Bila pula?
Ha. Misalnya semasa anda menonton televisyen, bermain permainan komputer, membaca buku cerita, mendengar lagu dan lain-lain.
Apabila anda asyik membuat sesuatu perkara, misalnya menonton televisyen, anda seolah-olah telah memasuki alam cerita tersebut.
Anda dapat merasakan ketakutan, kesakitan, kebahagiaan, kegembiraan, keseksaan, kerisauan serta kecemasan pelakon-pelakon dalam wayang tersebut. Dalam saat itu jugalah anda telah dihipnosiskan oleh rancangan televisyen tersebut.
Dalam saat tersebut anda berada dalam keadaan tenang dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Hipnosis dapat membantu serta memudaratkan anda, bergantung kepada cara anda menggunakan ilmu hipnosis ini. (Saya akan terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang.)
Seorang ahli hipnosis dapat meletakkan diri anda dalam keadaan hipnosis dan memberi cadangan serta arahan kepada anda. Dalam keadaan hipnosis, anda amat mudah menerima cadangan tersebut dan manganggapnya sebagai realiti.
Misalnya jika seorang ahli hipnosis mencadangkan anda telah jatuh bankrap, anda yang berada dalam keadaan hipnosis akan merasakan bahawa diri anda telah betul-betul bankrap dan mula berasa cemas, mempunyai perasaan yang tidak menentu, berpeluh, kadar denyutan jantung meningkat dan sebagainya.
Jika ahli hipnosis tersebut memberitahu anda bahawa anda ialah seorang CEO syarikat ABC, anda akan mula berlagak seperti seorang CEO.
Apa-apa sahaja cadangan yang ditujukan akan dianggap sebagai benar.
Adalah ilmu hipnosis ini bahaya?
Jangan bimbang. Hipnosis tidak dapat membuat anda melakukan perkara-perkara yang tidak ingin anda lakukan kerana minda anda masih sedar.
Misalnya, jika seorang ahli hipnosis meminta anda terjun dari bangunan 20 tingkat untuk membunuh diri, anda boleh memilih untuk tidak melakukannya.
Baiklah. Sekarang anda telah pun mengetahui apakah sebenarnya hipnosis. Dalam Bicara Selasa minggu depan, saya akan menerangkan hipnosis dari sudut minda separa sedar.
Selamat berhipnosis,
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.
Hipnosis dalam kehidupan
Alhamdulillah, hari ini saya akan berkongsi mengenai minda, dan mungkin sedikit sebanyak berkaitan dengan hipnosis. Pernahkah anda mengalami keadaan seperti ini, anda sedang mencari sesuatu , contohnya jam tangan anda tetapi anda tidak dapat menemuinya tiba-tiba anda melihat jam tangan tersebut berada di hadapan anda. Mengapa kejadian tersebut berlaku?. Ini adalah kerana anda mengalami negative visual hallucination, sebenarnya ketika ini kondisi minda berada dalam keadaan deep trance.
Ataupun anda pernah mengalami keadaan seperti ini. Ketika anda sedang membasuh tangan tiba-tiba anda merasakan tangan anda sedikit pedih, setelah diperiksa rupa-rupanya tangan anda mengalami sedikit luka, mengapa hanya ketika anda membasuh tangan anda dapat merasakan kepedihan tersebut,kenapa ketika luka itu terjadi anda langsung tidak merasakannya?Jawapannya. Ketika tangan anda terluka, fikiran anda sedang sangat fokus pada sesuatu yang lain sehingga anda berada dalam kondisi hipnosis yang dalam. Maka ,terjadilah pain blocking. Anda tidak merasa sakit sama sekali.
Sekarang cuba kita lihat situasi kita berdoa. Apa yang dilakukan ketika sebelum berdoa? Adakah kita sibuk bercerita sana-sini dan membuat bising atau mereka akan diam, hening, dan memusatkan perhatian mereka pada doa yang akan diucapkan? Keadaan pemusatan perhatian ini sebenarnya adalah untuk masuk ke keadaan hipnosis, kalau dalam agama kita disebut sebagai khusyuk. Setelah fikiran fokus, hati tenang, barulah doa dibacakan atau diucapkan. Doa yang diucapkan ini sebenarnya adalah sugesti atau affirmasi. Jika doa ini diucapkan sendiri maka ia menjadi auto-suggestion melalui self hypnosis.
Ramai orang ketika berdoa, begitu khusyuknya, sampai merasakan keheningan luar biasa yang disertai perasaan gembira, bahagia, dan damai yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sehingga mencapai satu pengalaman spiritual yang sangat luar biasa. Apakah ini ada hubungan dengan hipnosis? Sudah tentu. Keadaan ini mirip sekali dengan salah satu keadaan hipnosis yang sangat dalam, Apabila kita dapat masuk ke keadaan ini, kita akan merasakan perasaan bahagia, damai, dan tenang.
Jadi ini terbukti hipnosis adalah berkaitan dengan minda dan tidak sekali-kali berkaitan dengan unsur mistik atau sihir. Hipnosis hanya akan berlaku jika seseorang itu berada dalam keadaan yang sangat fokus kepada sesuatu dengan intensiti yang tinggi. Sedarkah anda bahawa anda sentiasa di hipnosis? :lol:

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=ce871e88-0ed0-4e11-a20c-7f57d89f4de3)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=bbbaa1ba-caa2-404c-a892-8174637e194c)

