Membangun kekuatan spiritual

Terlalu banyak perubahan yang tidak saya sangkakan berlaku. Terutamanya keputusan pilihanraya ke 12 yang baru saja berakhir, benar-benar di luar jangkaan. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada semua pemimpin yang berjaya di dalam pilihanraya tersebut .

Namun begitu, saya amat gembira dengan analisa dan kajian saya terhadap pemimpin yang saya kagumi. Iaitu tokoh yang mempunyai kekuatan spiritual yang hebat. Dan saya yakin dengan kekuatan spiritual yang ada pada dalam dirinya dan di tanam kepada pengikutnya dan rakyatnya, itulah faktor sebenar PAS masih dapat memimpin Kelantan Beliau yang saya kagumi ialah Tuan Guru Nik Aziz, iaitu menteri besar Kelantan.

Saya kagum, apabila seorang pemimpin sanggup mengorbankan masa tidur untuk bersama-sama rakyat bermunajat kepada ALLAH untuk meminta pertolongan. Di bawah saya sertakan manuskript doa yang dibaca ketika munajat tersebut .

wahai Tuhan kami berilah kepada kami perasaan takut kepada Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, dan berilah kami kesihatan kepada Mu yang menyampaikan kami ke syurga Mu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.

wahai Tuhan kami berilah kenikmatan pendengaran. penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam agama kami.

dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak takut menaruh kasihan belas terhadap kami dapat menguasai ke atas kami wahai Tuhan kami, kami memohon pertolongan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebesaran dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.

wahai Tuhan kami Engkaulah penolong kami maka kepada Engkau kami mohon pertolongan. wahai Tuhan kami Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. wahai Tuhan yang baginya lemah dan hina segala tengkuk pembesar dunia.

dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja firaun, selamatkan kami dari segala penghinaan dan hukuman seksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarilah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berikanlah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang maha pemurah.

wahai Tuhai samada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud. dan Kamu menundukkan mereka seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balikkan rancangan jahat mereka supaya mereka berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan Kamu hancurkan pendirian mereka dan turunkanlah ya Allah bendera mereka rapat ke bumi.

wahai Tuhan kami yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya. wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. ya Allah butakanlah mata-mata mereka (musuh-musuh Islam) sehingga mereka tidak melihat kecuali cahaya bulan purnama.

Sebenarnya negara Amerika dan Jepun bangkit, disebabkan oleh faktor spiritual yang amat tinggi. Tetapi ketika ini Amerika hancur, kerana  lebih mementingkan dasar material yang terlampau. Saya juga yakin, Malaysia juga memerlukan kesedaran spiritual yang tinggi, sekiranya ingin menjadikan negara Malaysia bersaing dengan negara lain. Saya harap, akan hadirnya lebih ramai pemimpin yang mempunyai spiritual yang tinggi demi memakmurkan dan seterusnya memajukan negara kita yang tercinta.

Spiritual dalam diri seorang Muslim adalah perasaan tunduk dan tawaduk pada Allah sang Pencipta; pada kekuasaan dan ilmu-Nya, yang muncul lantaran kesedarannya terhadap hubungannya dengan ALLAH.

Spiritual yang meningkat akan menjadikan seorang Muslim sentiasa hidup dalam suasana iman. Dia pun akan semakin tegas dan istiqamah dalam sikap dan langkah hidupnya. Dia akan semakin terikat dengan syariat Allah Swt. dengan perasaan rEdha dan tenteram. Perasaan rEdha dan tenteram dengan syariat Allah Swt. itu akan menjadikannya kuat dalam menghadapi segala  masalah dan dugaan hidup.

Kekuatan spiritual bukanlah mistik atau kesaktian yang muncul kerana membaca zikir-zikir tertentu. Bukan itu. Kekuatan ini muncul lantaran kepercayaan dan keyakinan akan takdir Allah, keyakinan akan ajal, sikap tawakal yang benar, dan keyakinan bahwa Allah Swt. pasti akan menolong orang-orang Mukmin

Terjemahan: QS ar-Rum []: 47). Keyakinan akan mendapatkan pertolongan dan perlindungan Allah Swt. akan tertanam dalam diri seorang Muslim manakala dia dekat dengan-Nya.

Dengan memahami rahsia kekuatan spiritual ini, maka kita mudah membangun kekuatan spiritual itu dalam diri kita dan masyarakat kita. Kalau kesedaran spiritual meningkat. InsyaALLAH    kita akan sentiasa memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Bukan matamu yang buta…

Bukan matamu yang buta, tetapi hatimu didalam dada! AlHajj:46

 

Di atas adalah salah satu daripada ayat al-Quran yang amat saya gemari dan jadikan pegangan di dalam kehidupan saya ketika ini. Ayat di atas yang ditulis pada 1400 tahun dahulu amat tepat menunjukkan senario yang berlaku pada hari ini.Subhanallah , yang maha berkuasa dan maha mengetahui.

 

Saya juga tidak terkecuali daripada mengalami sindrom buta hati seperti yang dinyatakan oleh ALLAH di dalam Al-Quran, Sesungguhnya Al-Quran itu benar. Alhamdulillah, saya cepat disedarkan, namun segalanya adalah perancangan daripadaNya yang maha Pengasih dan maha Penyayang.

Terlalu ramai diantara kita mempunyai sindrom seperti ini. Jika ditegur bagi menyatakan kebenaran, dikatakan mencari kesalahan bagi sesetengah individu. Itulah salah satu sifat, bagi manusia yang buta mata hatinya, seolah-olah manusia ini adalah paling sempurna sifatnya, maksum seperti Rasulullah yang dipelihara daripada melakukan sebarang kesilapan atau kesalahan. Individu ini lupa, hidupnya adalah milik ALLAH, segala perancangan adalah datang dari ALLAH. Jika celik mata hatinya, pasti akan melihat ianya sesuatu yang positif . Tetapi bagi yang buta mata hatinya ianya akan dianggap sebagai satu serangan peribadi. Kerana itulah kita perlu mengosongkan jiwa daripada sesuatu yang negatif, supaya kita dapat mendengar adanya suara hati yang dihantar oleh ALLAH, untuk memandu arah perjalanan hidup kita.

Golongan yang buta hatinya juga, amat takut hidup susah. Takut hilang jawatannya. Takut hilang pendapatannya kerana hatinya buta mengenali siapakah pemberi rezeki yang sebenar. Seolah-olah seluruh kehidupannya hanya untuk menjadi hamba kepada majikan, menjadi hamba kepada wang. Tanpa mereka sedar bahawa mereka telah menyekutukan dan melupakan ALLAH . Tetapi tidak bagi golongan yang celik mata hatinya, kerana sentiasa sedar segala kekayaan , wang dan harta benda adalah milik ALLAH, sentiasa yakin sifat maha pengasih dan penyayang yang sentiasa menjanjikan rezeki kepada hambanya, kerana itulah kita perlu berprasangka baik kepadaNya. Sentiasa berdoa dan membayangkan sesuatu yang positif .

Inilah yang dikatakan LOA oleh barat. Tiba-tiba ketika saya bangkit dari tidur hari ini, dalam hati saya, Saya mengatakan LOA adalah senario yang berlaku kepada golongan yang celik mata hatinya. Mengapa?.

Kerana golongan yang celik hatinya sentiasa berfikiran positif, golongan yang celik hatinya sentiasa berdoa, bukankah di dalam loa, kita juga perlu meminta. Golongan yang celik hatinya akan sentiasa percaya ALLAH memberikan yang terbaik untuk dirinya. Begitu juga LOA, kita perlu percaya. Orang yang celik mata hatinya sentiasa menerima dengan redha apa saja yang ditentukan oleh ALLAH. Menerima adalah salah satu syarat penting dalam LOA.

Subhanallah, saya tidak pernah merancang apa yang ingin di tulis di atas, tetapi hari ini saya dapat mengetahui satu lagi perkara mengenai LOA. ALLAH itu Maha pengatur kehidupan. Tidak sia-sia , ALLAH menguji saya dua hari lepas, ketika saya cuba menyatakan kebenaran. Rupa-rupanya ALLAH ingin memberitahu satu lagi kebenaran tentang LOA di sisiNya, pada hari ini . ALLAHUAKBAR!

Next Page »