Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi

Perkongsian saya hari ini datangnya daripada blog kegemaran saya hasil tulisan Ibn Yaacob
Artikel kali ini akan menghujahkan gabungan maklumat-maklumat berikut :
- Teori kaedah pilihan Dajjal
- Pencarian Imam Mahdi
- Sistem pengecaman wajah berkomputer
- Programming Language, Operating System dan Windows
- Peranan manusia dan jin
Pengenalan
Artikel sebelum ini saya ada menerangkan bagaimana Dajjal mencari anak-anak kecil yang dikira bakal Imam Mahdi. Pada artikel tersebut ia hanya menerangkan satu kaedah sahaja iaitu ‘menghapuskan bakal-bakal Imam Mahdi’
Kali ini kita lihat pula kepada satu kaedah lain yang mungkin digunakan Dajjal (melalui agen-agennya) untuk mencari dan menghapuskan Imam Mahdi.
* Kaedah pencarian ini sekadar teori untuk mengesan cara Dajjal mencari Imam Mahdi.
Cara tersebut ialah penggunaan Face Recognition Technology (Teknologi Pengenalan Wajah).
Dajjal menggunakan teknologi yang telah dikembangkan ini untuk mencari Imam Mahdi. Teknologi ini mula-mulanya digunakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat tetapi ianya dikembangkan menjadi sesuatu yang komersial.
Melalui beberapa ciri pada wajah kita, sistem ini boleh mengesahkan siapakah orang itu. Sistem akan mengimbas wajah dan menyimpannya di dalam database. Kemudian database akan melakukan kerja konfugurasi penyesuaian dengan data-data sedia ada. Dalam beberapa saat sahaja komputer akan memaparkan identiti lengkap orang tersebut.
Kegunaan FRT Dalam Pencarian Imam Mahdi
Bagaimana mahu mencari Imam Mahdi jika namanya bukan Imam Mahdi? Ini bukanlah suatu yang sukar. Untuk mencari Imam Mahdi menggunakan teknologi FRT, Dajjal memerlukan 2 sumber utama iaitu manusia dan jin.
Manusia dan Jin
Kedua-dua makhluk ini mempunyai peranan masing-masing untuk membantu Dajjal mencari Imam Mahdi. Pencarian Imam Mahdi mungkin sudah bermula sejak seribu tahun dahulu. Namun mungkin cuma cara pencariannya sahaja yang berbeza dan mengikut perkembangan semasa masyarakat.
“Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.”
(An-Nas, 1-6)
#2 : Peranan Manusia
Agen-agen Dajjal akan bertindak mengumpul semua wajah-wajah manusia di seluruh dunia ke dalam suatu database yang besar. Cara mengambil identiti orang ramai termasuk negara-negara Islam adalah mudah.
Ianya boleh dilakukan dengan agen-agen ini menjual perisian FRT kepada kerajaan negara-negara dunia. Agensi yang bakal membeli perisian-perisian ini sudah pasti Jabatan-jabatan pendaftaran yang mengeluarkan kad pengenalan.
Perisian-perisian ini akan diformat oleh pembekal-pembekal agar semua database rakyat boleh diambil tanpa perlu meminta. Kepakaran teknologi sudah pastilah mudah kerana perisian ini akan dipasang dalam Operating System buatan Illuminati sendiri iaitu Windows.
Bayangkan seorang pencuri laptop dapat mengesan dan mecuri laptop yang telah dimatikan yang disimpan di dalam kereta. Pencuri hanya perlu menggunakan alat frekuensi.
(Tidak lama dulu, rancangan jenayah 999 di TV3 ada menghuraikan tentang jenayah mencuri laptop dan handphone dengan alat frekuaensi)
Sekiranya perisian FRT dibangunkan oleh orang Islam sendiri pun, Dajjal melalui agen-agen Illuminatinya mampu memecahkan database perisian. Mengapa?

Kita harus ingat, sejauh mana canggih pun perisian itu, ia harus dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer (programming language). Bahasa-bahasa ini dibina oleh jurutera-jurutera Yahudi yang genius.
Kita mungkin hanya didedahkan dengan sejarah pembinaan bahasa seperti Fortran, Borland C, C++, Cobol, BASIC dan sebagainya tetapi tidak untuk belajar cara membinanya.
#1: Peranan Jin
Muhammad Isa Dawud memberitahu Dajjal akan dibantu oleh Jin dan Syaitan dalam setiap operasi jahatnya. Maka peranan jin dan syaitan di sini pada pandangan saya ialah memberikan gambaran fizikal maklumat wajah keturunan Imam Mahdi.


Kemampuan Jin dan Syaitan dalam menampakkan diri kepada bentuk nyata dan berjisim adalah sesuatu yang sahih.
Dalam tafsir al-Qurthubi ada menyebut :
“Diriwayatkan bahawa, syaitan pada hari itu menampakkan diri kepada mereka dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Ju’syam. Dia berasal dari Bani Bakr bin Kinanah. Orang-orang Quraisy sangat takut kepada Bani Bakr…”
Rasululllah SAW menegaskan Imam Mahdi adalah dari keturunannya sebelah Saidatina Fatimah. Ini bermakna semua anak-anak dari keturunannya salah seorang bakal menjadi Imam Mahdi.
Cuma keturunannya sekarang berselerak dan tidak dapat dikenalpasti secara sahih.
Satu-satunya makhluk yang boleh mengecam wajah-wajah keturunan Fatimah ialah Jin dan Syaitan. Mereka hidup lama beribu-ribu tahun. Jadi peranan mereka di sini ialah menukar jisim mereka menyerupai sebarang wajah-wajah anak-anak cucu Fatimah yang boleh dikenalpasti.
Penukaran Kepada Bentuk Ramalan Imam Mahdi
Melalui penukaran ke bentuk jisim fizikal ini, maka titik-titik wajah diambil dan disimpan ke dalam database. Semua wajah-wajah keturunan fatimah disimpan dengan tujuan menjadikan maklumat berikut sebagai sumber utama identiti.
Secara logiknya, wajah Imam Mahdi sudah pastilah mempunyai iras-iras dan ciri-ciri datuk neneknya. Maka fungsi database sumber utama ialah melakukan proses penyesuaian dengan database wajah-wajah manusia seluruh dunia.
Komputer sebagai pemutus pencarian akan memutuskan wajah manakah yang dikira 90% hampir sama dengan database sumber utama. Maka wajah-wajah tersebut atau individu yang dikira sama akan dihapuskan pada peringkat seterusnya.
Rasulullah SAW telah pun memberikan gambaran yang jelas tentang Imam Mahdi mengenai rupanya, fizikalnya dan keturunannya. Adakah mungkin Dajjal hanya duduk sahaja berdiam diri dengan maklumat sebegini?
Kesimpulan
Peranan sesuatu teknologi dalam strategi Dajjal biasanya dikaburkan dengan langkah mengkomersialkan teknologi tersebut. Orang ramai mungkin akan mempertikai kembali teori ini kerana FRT telah pun dikembangkan dengan banyakkan oleh syarikat-syarikat kecil dan besar. Maka dari situ orang ramai tidak nampak ada kerahsian sulit tentang objektif penggunaannya.
Kekaburan ini biasanya dibina di atas alasan “Keselamatan dari Pengganas”.
Wallahu’alam…
Minda Anda dijajah?
Selain berfungsi sebagai “library” dan alat perakam, minda subconcious juga merupakan satu program “Autopilot”. Saya akan berikan dua senario yang dimaksudkan dengan “Autopilot”:
- Anda sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah dari pejabat. Sewaktu dalam perjalanan, anda menggunakan minda concious untuk mengawal kenderaan, memberi signal dan sebagainya. Tiba-tiba anda teringat akan proposal bagi projek pembinaan di Dubai yang diberikan oleh boss anda. Anda memikirkan bagaimana untuk memasukkan anggaran jumlah kos pembinaan, berapa ramai keperluan manpower serta kebarangkalian terpaksa berpindah dan memulakan kehidupan baru di Dubai selama 5 tahun atas permintaan boss anda. Wah, begitu banyak yang anda fikirkan, betul? Siapakah yang memandu kereta anda? Minda subconcious.
- Dengupan jantung kita dikawal oleh program “Autopilot”. Tidak kira 100 denyutan seminit atau sebagainya dari keadaan anda tenang atau kepenatan, minda subconcious boleh mengawalnya dan ‘melaraskan’ mengikut kesesuaian. Minda concious pula tidak boleh mengawal denyutan jantung dan andai kata minda concious boleh mengawalnya, bayangkan senario begini, anda sedang rancak bersembang dengan rakan-rakan, tiba-tiba anda terlupa pula untuk mengira bilangan denyutan jantung seminit kerana sebarang bentuk kiraan melibatkan minda concious. Sudah tentu anda jatuh pitam dan membahayakan nyawa. Disebabkan itulah kawalan “Autopilot” ditugaskan kepada minda subconcious. Kawalan “Autopilot” juga penting bagi kadar pernafasan paru-paru, luka akibat calar disembuhkan kembali, proses penghadaman makanan, mengimbangi badan (Semicircular Canals) dan pelbagai lagi.
Dari dua contoh ini, minda subconcious ‘cekap’ memandu kenderaan tanpa sebarang kemalangan. Itulah hebatnya keupayaan minda subconcious ini. Saranan berterusan ke atas minda subconcious kita boleh juga diberikan seperti:
* menjadi seorang muslim yang sejati
* menjadi seorang yang rajin
* menjadi seorang yang kaya
* menjadi seorang yang berjaya
* menjadi seorang ayah atau ibu yang baik
* menjadi anak yang baik
* menjadi seorang suami atau isteri yang baik
* dan sebagainya…
Untuk menjadi seperti yang saya senaraikan di atas, tidaklah perlu jumpa sebarang bomoh atau dukun. Kuasanya ada dalam diri anda sendiri iaitu kepercayaan dan keyakinan yang berterusan kepada Allah SWT dan will power. Bomoh dan dukun hanyalah “magic trick” dalam alam duniawi sahaja.
Perakam dan Library
Ada pendapat mengatakan bahawa alam semesta ciptaan Allah SWT ini merupakan alat perakam kehidupan sejak azali lagi. Disebabkan ia berkebolehan merakam, maka alam semesta juga merupakan “penyimpan” (library). Minda subconcious manusia pula berkebolehan untuk berkomunikasi dengan alam semesta (manusia sebahagian dari alam semesta; kerana hidup di dalamnya). Sebab itulah kita biasa mendengar kisah tentang sipolan yang hanyalah pemuda biasa, tiba-tiba mahir seni mempertahankan diri seperti kungfu dalam keadaan terdesak sewaktu bersemuka dengan 10 orang yang hendak memukulnya, habis kalah kesemua 10 orang tersebut. Kuasa alam semesta adalah Kepunyaan Allah SWT. Maka, dengan meminta pada Allah SWT, insyaAllah, kemahiran tersebut akan di “upload” ke dalam minda subconcious dalam sekelip mata. Syaratnya, harus percaya dan yakin penuh dengan kekuasaanNya. Pelbagai istilah yang diberikan kepada kebolehan minda subconcious ini seperti menurun, gerak batin, gerak ilham dan sebagainya. Semua makhluk yang bergelar manusia mempunyai kebolehan ini tidak kira bangsa dan agama. Yang membezakan ialah jalan keagamaan yang dipilih oleh individu itu sendiri samada jalan yang betul atau jalan yang salah.
Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.
- Al Baqarah ayat 31
Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
- Al Baqarah ayat 32
Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.
- Al Baqarah ayat 33
(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya). Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
- Al Anfal ayat 49
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
- Al Hijr ayat 99
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
- Al Jathiya ayat 4
Dajjal - Pendera minda subconcious
Kita akan bincangkan tentang maksud ‘penderaan’ minda subconcious menggunakan Rajah I sebagai rujukan. Apabila manusia berkeinginan melihat sesuatu objek, minda concious akan mengarahkan mata untuk melihat objek tersebut. Dalam contoh ini, buah epal ialah objek yang dirakam oleh minda concious. Akan tetapi, manusia beranggapan bahawa objek yang dirakam hanyalah buah epal sahaja. Andaian itu silap kerana dalam masa yang sama, minda subconcious juga merakam keseluruhan keadaan sekeliling termasuk buah epal tersebut walaupun minda concious sudah pun ditugaskan untuk merakam buat epal. Bagaimana pula dengan tiga ekor rama-rama yang terdapat dalam Rajah I itu? Adakah turut dirakam? Ya. Dalam perbualan harian manusia, sering kita menyebut seperti “maaf, aku tak perasanlah tadi” dan sebagainya. Sebenarnya, hanya minda concious yang “tidak perasan”, akan tetapi minda subconcious “perasan” akan kehadiran tiga ekor rama-rama (Rajah I) dan telah pun merakamkannya ke dalam “Library” minda tanpa pengetahuan minda concious.
Bagaimana sekiranya rama-rama digantikan dengan gambar atau sebarang bentuk ilusi optik dan dipamerkan tanpa henti? Dalam filem Hollywood, teknik ini sering digunapakai oleh pembikin filem yang mempunyai agenda berniat jahat yang tersendiri. Umpama filem Disney yang memaparkan simbol atau perkataan seks yang hanya muncul dalam 1/10 saat atau 1 saat di paparan skrin TV. Sudah tentu minda subconcious telah merakam paparan tersebut tanpa kesedaran minda concious.
Apabila sampai masanya, segala yang sudah dirakam dalam minda subconcious akan “dipanggil”. Contoh “panggilan” tersebut adalah seperti:
-
Berbulan-bulan lamanya berkempen untuk parti B hingga bermati-matian, apabila tiba masa mengundi, secara tiba-tiba, terundi pula parti A.
-
Sepanjang hidup, bertubi-tubi mengutuk kerajaan negara barat dalam menangani isu melibatkan dunia. Apabila dapat pula tawaran untuk bekerja dengan kerajaan mereka, tiba-tiba sahaja bersetuju.
-
Asalnya suka menonton filem jenis yang biasa-biasa sahaja, akhirnya berlanjutan ke filem-filem yang keterlaluan, dilarang atau tidak senonoh kerana minda subconcious sudah ‘membuka pintunya’ lebih lebar dari masa ke semasa.
-
Seorang yang alim, tiba-tiba berperangai tidak senonoh. Habis dilanggarkan syariat agama hingga melakukan dosa (kekuatan iman bergoncang dan rapuh).
-
Anak tidak lagi setia kepada kedua ibubapanya, tidak menghormati masyarakat dan sebagainya kerana minda subconcious telah diprogram.
-
Agama Islam dilihat seperti sudah lapuk, tidak moden, ketinggalan, tidak relevan dengan zaman dan sebagainya kerana paparan skrin tentang budaya barat yang kononnya jauh lebih moden yang dirakam oleh minda subconcious, telah meng”overwrite” pegangan dan kefahaman asal seseorang.
-
Material dan keperluan kepada material telah diprogram dalam minda subconcious manusia sehingga tidak dapat dipisahkan dari kehidupan seharian.
“Penderaan” minda subconcious bukan sahaja berlaku melalui paparan imej, malah dalam bentuk penguasaan deria pendengaran. Cara yang digunakan ialah teknik Backwards, Backtrack dan sebagainya dalam lagu-lagu barat. Paparan dalam bentuk imej dan backtrack audio digelar subliminal message/program. Anda boleh rujuk contoh seperti lagu Stairway to Heaven nyanyian Led Zeppelin seperti di bawah ini.
“Oh, here’s to my sweet S*t*n,
The one whose little path,
Would make me sad,
Whose power is S*t*n?,
He’ll give those with him 666,
There was a little tool shed,
Were he made us suffer Sad S*t*n”
KOLEKSI SUBLIMINAL MESEJ DAN PROGRAM (terlalu banyak!):
Contoh subliminal mesej dalam kartun:
Spongebob Squarepant : http://www.youtube.com/watch?v=6ZWx_c5aV_4
Barney :http://www.youtube.com/watch?v=V_y-gb9WhPg
Dora The Explorer: http://www.youtube.com/watch?v=fGoeHsK8lUg
Aladdin :http://www.youtube.com/watch?v=p4piZV5wPrw
Koleksi dari filem Disney :http://www.youtube.com/watch?v=Jkrc_JRDX3I
Lagi koleksi dari filem Disney http://www.youtube.com/watch?v=ylZrx6pwugE
Illuminati dan Disney http://www.youtube.com/watch?v=tik78-wgLT0
| eberapa cekupan imej yang diambil dari contoh video-video di atas: | ||||||||||||
|
|
||||||||||||
|
|
||||||||||||









