Kita diciptakan sempurna

Idea masih belum datang, Inilah akibatnya jika menulis tanpa merancang. Kebiasaan saya akan tulis apa yang hadir dalam minda saya, tetapi bukan bermakna saya tidak suka merancang, tetapi saya lebih cenderung untuk meluahkan segalanya dari dalam diri saya, sekurang -kurangnya saya dapat refresh balik setiap ilmu yang saya tahu. Kerana itulah terdapat pembaca yang dapat mengesan mood saya samada ok atau tidak.

Ya, saya tidak nafikan ini kerana mood atau mental state adalah salah satu komponen daripada internal map yang berada di dalam minda seorang manusia. Bercerita pasal internal map, saya yakin pasti ramai yang tidak tahu pasal kewujudan internal map ini, kerana kajian yang telah dijalankan lebih kurang 99% manusia di dalam dunia ini tidak tahu kewujudan internal map dalam minda kita.

Adakah anda yakin, sekiranya saya mengatakan jika anda mengetahui tentang proses atau fungsi minda yang sebenarnya anda boleh berjaya. Bukankah kejayaan kita berkait rapat dengan minda.

Maksud saya jika anda mengetahui, bagaimana proses pemprograman maklumat, cara kerja minda dan lain-lain yang berkaitan dengan minda, anda akan berjaya dalam kehidupan. Kerana ciptaan ALLAH sememangnya sempurna, dan semua yang dicipta adalah untuk kebaikan kita sebagai manusia. Hukum alam, adalah sempurna, yang menyebabkan ianya menjadi masalah kerana kita tidak tahu menggunakan hukum alam dengan sebaik-baiknya, kerana itulah ilmu itu wajib di tuntut.

Sebagai contoh, sekiranya kita tahu, sememangnya kereta hanya akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya kita menggunakan petrol. Adakah ianya akan bergerak sekiranya anda menggantikan petrol tersebut dengan air. Atau anda meletakkan separuh petrol dan separuh air. Sudah pasti ianya tidak akan berfungsi seperti yang kita inginkan. Kerana kereta itu sememangnya dicipta untuk menggunakan petrol.

Begitu juga dengan minda kita, jika kita tahu bagaimana cara minda bekerja, sudah pasti boleh berjaya.Seperti contoh, minda hanya dapat menerima satu maklumat sahaja dalam satu masa, sudah tentu sekiranya ada membuat pelbagai perkara dalam satu masa, sudah tentu anda tidak akan dapat hasil yangbenar-benar sempurna.

Jika anda tahu bagaimana, berkomunikasi dengan minda separa sedar, sudah tentu anda akan dapat mengarahkan apa saja yang anda inginkan untuk minda separa sedar membantu anda untuk merealisasikannya.

Sebenarnya konsep kejayaan adalah mudah, yang penting kita perlu sentiasa belajar dan belajar untuk mengenali dan menghargai setiap sesuatu yang telah diciptakan. dan bertindak mengikut hukum alam yang sebenar.

Tidak perlu anda menongkah arus, sekiranya kita mempunyai jalan mudah untuk berjaya, kerana kita diciptakan sempurna. Ianya hanya akan hilang sekiranya kita tidak menghargai kesempurnaan itu.

Impian dan Fokus

Mengapa kita perlu menetapkan impian dan perlu fokus pada impian tersebut?. Ini adalah kerana impian berkait rapat dengan frekuensi dan vibrasi fikiran.

Sebenarnya jika kita menetapkan target atau impian dalam kehidupan, fikiran kita akan ditetapkan pada frekuensi dan vibrasi yang spesifik dan selari dengan impian tersebut. Seterusnya getaran itu akan dipancarkan keseluruh alam seperti gelombang radio.

Kebanyakkan orang gagal mendapatkan impian mereka kerana tidak fokus. Jadi apabila impian tidak ditetapkan pada frekuensi yang tertentu , atau tidak fokus dan sentiasa menukar impian, ianya umpama kita sentiasa menukar frekuensi gelombang radio.

Bayangkan anda sedang memicit butang untuk menukar frekuensi siaran yang anda inginkan, bertukar dan terus bertukar, anda tidak menjumpai frekuensi yang anda inginkan, bukan disebabkan oleh frekuensi yang tidak ada. Tetapi sebab kita tidak tetap pada satu frekuensi sahaja.

Begitu juga dengan minda kita, sekiranya kita tidak fokus pada impian tersebut, ianya bukan bermakna anda telah gagal. Tetapi disebabkan oleh minda belum sempat bekerja untuk anda, tetapi anda telah menukarkan fokus anda ke arah lain. Seterusnya frekuensi gelombang pun berubah. So salah siapa? Sekiranya tidak mencapai impian? ;-)

Alhamdulillah, Ramai diantara pembaca memberikan komen dan pendapat tentang rahsia disebalik fokus. sebenarnya, Semua jawapan anda betul, Tetapi saya sebenarnya menginginkan fakta yang benar-benar membuatkan orang yakin untuk fokus dalam memperolehi apa yang diinginkan.

Saya yakin, sekiranya anda tahu bagaimana fakta sebenar , mengapa kita perlu fokus, InsyaALLAH hati anda tetap untuk fokus dalam sesuatu perkara. Mengapa kita perlu fokus dalam impian kita. Sebenarnya minda kita hanya mampu menerima atau berfikir satu perkara sahaja dalam satu masa. Sekiranya anda fokus tentang ikan, adakah akan keluar gambaran sotong, ayam atau itik? Sudah pasti hanya keluar pasal ikan sahaja. Itu salah satu cara kerja minda. Hanya menerima satu perkara dalam satu masa.

Jadi sekiranya anda fokus sesuatu yang positif. Jadi minda kita hanya menerima yang positif, dan sekiranya dilakukan berulang-ulang, Ianya akan terus masuk ke minda separa sedar seterusnya minda separa sedar akan bekerja secara positif untuk anda. Minda tidak akan lagi bekerja untuk perkara lain dalam satu masa.

So anda boleh lihat, betapa mudahnya anda memperolehi kejayaan, sekiranya anda tahu cara kerja minda. Dan ikut setiap aturan yang telah ditentukan oleh yang maha kuasa.

Next Page »