Perubahan Yang Berkekalan

Waiting on the World to Change
Image by FotoRita [Allstar maniac] via Flickr

Melakukan perubahan amat mudah. Anda boleh berhenti merokok untuk beberapa hari, kurangkan berat badan untuk beberapa hari, bersenam beberapa hari, belajar berniaga beerapa hari.

Persoalannya, bagaimana pula dengan hari-hari yang seterusnya? Berapa lamakah perubahan ini akan kekal. Adakah ini merupakan perubahan yang berkekalan? Atau perubahan sementara sahaja?

Apa gunanya anda mengurangkan 5 paun daripada berat badan anda dalam masa seminggu tetapi selepas itu, berat badan anda naik 10 paun pada minggu berikutnya?

Adakah perubahan sementara ini memberi manfaat kepada anda ataupun menghumban anda ke dalam lembah kekecewaan? Jika ia membawa kekecewaan, apa gunanya anda melakukan perubahan tersebut?

Berikut adalah cara-cara untuk melakukan perubahan yang berkekalan

Langkah 1 – Manfaatkan emosi anda

Kaitkan keadaan semasa dengan emosi yang negatif seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan. Pada masa yang sama, kaitkan perubahan yang ingin anda lakukan dengan kegembiraan, kesenangan dan kehebatan. Ingat perkaitan ini dalam minda anda.

Manusia mempunyai motivasi untuk bergerak menghindari kesakitan dan menuju ke arah kesenangan. Jadi, apabila anda tidak mempunyai motivasi untuk kekal dengan perubahan yang anda lakukan, ingat perkaitan di atas.

Perubahan bukan masalah kebolehan, tetapi masalah motivasi.

Langkah 2 – Ganggu tabiat anda

Jika anda mendapati diri anda ingin menuju kembali kepada keadaan asal, lakukan sedikit gangguan terhadap tabiat lama tersebut. Misalnya, jika anda ingin kurangkan berat badan tetapi terasa amat ingin untuk makan makanan ringan, ganggu tabiat itu dengan kelakuan yang lain seperti menyanyi dengan kuat pada masa tersebut ataupun melompat tak tentu arah.

Langkah 3 – Ambil jalan alternatif

Jika anda tidak mempunyai jalan alternatif, kemungkinan besar anda akan kembali kepada tabiat asal. Misalnya jika anda ingin berhenti merokok, anda harus ada benda-benda alternatif untuk “menyumbat” mulut tersebut apabila anda terasa ingin merokok.

Misalnya makan sebiji buah epal setiap kali anda rasa ingin merokok. Satu alternatif yang baik untuk menggantikan rokok.

Cubalah 3 langkah ini dan kongsikan pengalaman anda di sini.

Selamat berubah,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Jika keinginan dan tindakan tidak selari

Sekiranya anda masih ingat, saya pernah berkongsi cerita tentang pemergian pakcik saya  ke Rahmatullah beberapa bulan yang lepas, hari ini saya teringin berkongsi pula tentang keadaan makcik saya iaitu isterinya yang terpaksa berdikari menjalani kehidupan selepas pemergian arwah yang juga mempunyai seorang anak lelaki yang masih belajar.

Satu perkara yang amat menarik, jika dulu makcik hanya selesa melalui pendapatannya dengan hanya  makan gaji, tetapi kini beliau sudahpun belajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan secara sambilan. Alhamdulillah percubaan beliau boleh dikatakan berjaya, walaupun saya merasakan masih wujud perasaa takut dan rendah diri.  Saya yakin perasaan takut dan rendah diri itu akan hilang satu hari nanti apabila beliau dapat menghilangkan masalah mental block yang beliau alami.

Ya, ramai diantara kita mengalami masalah yang sama seperti makcik saya itu. Ada yang ingin berniaga, namun masih ada perasaan takut untuk berniaga. Ada yang sudahpun mengeluarkan atau mempunyai produk untuk dijual,tetapi masih lagi takut sekiranya produk yang ingin dijual itu tidak akan laris. Masih ada takut dan terus takut, takut rugi, takut dan sentiasa takut.Anda ingin menurunkan berat badan tetapi pada masa yang sama anda makan tidak ingat dunia, malahan untuk menggunakan tangga anda sudahpun mengeluh.

Ini yang dikatakan luaran dan dalaman tidak sama dan tidak seia dan sekata.Kita ingin berjaya, tetapi tiada keyakinan diri. Kita ingin hidup senang tetapi kita takut untuk bertindak. Kita ingin jualan kita laris tetapi kita takut untuk mempromosikan produk kita. Kita ingin menjadi orang kaya dan berharta tetapi dalam pada masa yang sama kita memandang serong kepada golongan yang kaya. Ingin menjalankan perniagaan internet tetapi masih takut-takut untuk menggunakan aplikasi internet yang ada.

Sekiranya anda mengalami masalah seperti yang saya nyatakan di atas, atau mirip seperti situasi tersebut, ketahuilah anda mempunyai masalah yang dikenali sebagai mental block. Anda telah pun terperangkap dengan permainan minda separa sedar anda sendiri.

Sebenarnya mental block ini wujud hasil daripada pengalaman lampau kita yang mungkin sudah wujud berpuluh tahun lamanya hasil kepercayaan yang kita tanam di dalam diri kita. Sehingga ianya umpama menjadi sebahagian software yang dimiliki oleh minda kita. Jadi apa yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah mental block ini? Insya ALLAH saya akan kongsikan dilain masa.

Kuasa Minda Separa Sedar

sub tech

Apa khabar kalian. Kita bertemu lagi dalam Bicara Selasa di sini dan seperti yang dijanjikan pada minggu lepas, minggu ini saya akan terangkan dengan lebih lanjut tentang peranan hipnosis dalam minda separa sedar.

Minggu ini agak sibuk sedikit kerana baru sahaja menghabiskan satu workshop dengan mentor saya Stephen Pierce di SMU, Singapura.

Maaf ye kalau saya lewat terbitkan artikel ini. Saya menaip artikel ini di atas beberapa buah kotak minyak pelincir dalam sebuah bengkel kereta di mana kereta saya sedang dibaiki dan diservis sekarang.

Mari kita mulakan.

Hipnosis merupakan satu kaedah untuk mencapai minda separa sedar kita secara langsung.

Apabila anda sedang mencari kunci rumah, berbual-bual, menanam pokok bunga, anda bukan sahaja menggunakan minda sedar anda tetapi juga minda separa sedar anda.

Minda separa sedar anda bekerja secara senyap dari dalam walaupun anda sedang melakukan sesuatu perbuatan secara sedar.

Minda separa sedar anda memproses maklumat seperti merangka ayat yang hendak dicakap, mengenal pasti lokasi kunci anda dan sebagainya dan kemudiannya menghantar maklumat yang telah diproses tersebut ke minda sedar anda.

Adakah anda masih ingat saat-saat anda mendapat idea yang berguna ataupun teringat tempat anda meletakkan kunci anda? Semua maklumat tersebut datangnya dari minda separa sedar yang juga digelar sebagai “minda sebenar”.

Minda separa sedar kita amat berkuasa dan di sinilah ahli hipnosis memanipulasikan serta memprogram minda separa sedar anda.

Apabila anda berada dalam keadaan tenang (hipnosis), aktiviti minda sedar anda menurun tetapi diri anda masih sedar. Pada masa inilah minda separa sedar anda menjadi dominan dan lebih berkuasa daripada biasa.

Keadaan ini amat sesuai bagi anda untuk memanipulasikan minda separa sedar anda untuk berfikir dengan cara tertentu begantung kepada cara anda memprogramnya.

Jika anda ingin menjadi kaya, tetapi asyik memikirkan pasal hutang yang tak terbayar, anda boleh menggunakan teknik hipnosis untuk menghipnosis diri anda untuk memanifestasikan lebih banyak kekayaan kepada diri anda.

Sudahkah anda nampak akan kuasanya?

Semasa anda membuat affirmasi dan visualisasi, anda sebenarnya sedang menghipnosis diri anda ke arah kejayaan.

Klik sini untuk mendapatkan audio hipnosis yang saya gunakan.

Ia merupakan irama muzik yang berlainan frekuensi yang direka khas oleh sekumpulan saintis untuk melatih serta meningkatkan kuasa minda separa sedar anda semasa anda membuat visualisasi.

Ia sesuai digunakan oleh semua orang tanpa mengira jenis bahasa yang anda gunakan kerana ia hanya terdiri daripada irama muzik sahaja. Tidak ada orang yang bercakap di dalam audio tersebut.

Selamat berhipnosis,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Next Page »