Menonton The Secret Lagi?
Tada! Terima kasih kerana masih lagi bersama saya dalam Bicara Selasa minggu ini. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction . Dan dalam minggu ini, saya akan berkongsi tentang apa yang saya kongsikan dengan anak murid saya semalam.
Semalam saya menonton wayang The Secret lagi. Tetapi kali ini saya tidak menonton keseorangan lagi. Saya menontonnya dengan salah seorang anak murid saya, seorang remaja yang sukakan bahan-bahan motivasi.
Selepas mindanya saya “cuci” dan asyik mendengar saya bercerita tentang kehebatan Law of Attraction , akhirnya dia pun meminta saya mainkan wayang Law of Attraction kepadanya.
Sebenarnya sayalah yang mengajaknya datang ke rumah saya pada masa lapang sebab saya dapat rasakan bahawa dia dapat menerima konsep ini dan dia memiliki potensi yang baik untuk berkembang dalam bidang ilmu ini.
Dengan itu kami pun tontonlah The Secret selama 1 jam. Dalam masa satu jam ini, pelajar saya didedahkan dengan beberapa konsep serta istilah yang baru seperti visualisasi, manifestasi, vision board, dan sebagainya.
Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya adalah:
Kitalah yang menentukan arah hidup kita sendiri.
Kehidupan kita pada hari ini adalah 100% hasil perbuatan kita.
Kita mestilah berfikiran positif untuk menarik perkara-perkara yang positif ke dalam hidup kita.
Minda kita ibaratkan lampu ajaib Aladdin yang dapat mengabulkan segala keinginan kita sekiranya dilakukan dengan betul (bukan dengan cara menggosok minda anda)
Visualisasi merupakan suatu kemestian dalam proses manifestasi.
Kita mestilah melakukan proses visualisasi dengan bersemangat dan bukannya menganggapnya sebagai suatu bebanan.
Tiada perkara yang mustahil
Dan banyak lagi …
Selepas satu jam menonton wayang The Secret, pelajar saya pun berkata, “Sekarang barulah saya faham mengapa Uncle Raymond asyik gembira sahaja setiap hari, buat lawak dalam kelas dan asyik panggil kami “dear”. Rupa-rupanya ada rahsia di sebalik semua ini.”
Selepas menonton The Secret, semangat saya pun terkobar-kobar walaupun dah banyak kali menontonnya sampai boleh menari sambil menyanyi semasa mengajar selepas itu.
Jika anda mempunyai anak di rumah, menonton The Secret di rumah dapat mengeratkan lagi hubungan di antara anda dengan anak anda. Jadikanlah aktiviti ini sebagai titik permulaan kepada perjalanan motivasi anak anda.
Selamat berjaya!
Salam motivasi,
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !
Mengatasi Halangan Dalam Mempraktikkan Law of Attraction
Image by enrico zanolla via FlickrSelamat kembali ke Bicara Selasa. Saya Raymond Chua dan dalam Bicara Selasa yang lepas , saya telah kongsikan sebuah cerita dengan anda dan saya berharap anda sukakan cerita tersebut.
Dalam Bicara Selasa minggu ini, saya akan menerangkan lebih lanjut lagi tentang cerita yang telah saya kongsikan pada minggu lepas.
Apa yang saya pelajari daripada cerita tersebut ialah, tak kira betapa besar rintangan atau halangan yang menghalang anda, anda tetap mampu mengubah arah halangan tesebut dengan sedikit usaha sahaja dengan syarat anda tahu apakah tindakan yang perlu anda ambil.
Apa yang penting di sini bukan magnitud halangan yang datang menerkam anda, tetapi apakah yang anda lakukan untuk menangkis serangan halangan tersebut.
Apa yang kita lakukan adalah jauh lebih penting daripada halangan tersebut.
Begitu juga dengan Law of Attraction. Semasa anda mula-mula mempraktikkan Law of Attraction, anda mungkin bersemuka dengan halangan-halangan yang datang ke arah anda, seperti sukar untuk memfokuskan kepada matlamat anda, tidak yakin dengan keinginan anda, dan sebagainya.
Semua ini merupakan halangan yang perlu anda tempuhi tetapi ia bukannya masalah (melainkan anda mengizinkan diri anda merasakan begitu).
Semua ini cuma tanda-tandanya sahaja. Ia menandakan bahawa masih terdapat ruang untuk memperbaiki diri anda untuk mendapatkan yang lebih baik daripada hidup anda.
Oleh itu, jadilah seperti watak poodle. Cari jalan keluar dengan kreativiti anda. Jangan biarkan halangan tersebut membunuh anda dan biarkan kehidupan berlalu begitu sahaja.
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan peralatan ataupun perisian seperti vision board atau perisian visualisasi untuk membantu anda.
Audio hipnosis dan meditasi juga merupakan cara-cara untuk menenangkan diri serta pemikiran anda agar ia menjadi lebih fokus terhadap matlamat anda dengan mengulangkan matlamat anda secara berulang-ulang kepada minda separa sedar anda.
Dengan adanya “peralatan” yang diperlukan, anda akan dapat merasakan kemahiran Law of Attraction anda semankin meningkat.
Salam kajayaan,
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

