Any Idea?

Andaikan ketika ini Anda berada dalam keseorangan tiada kawan untuk Anda berkongsi cerita. Tiba-tiba dengan izin ALLAH Anda menemui 5 orang kawan, malangnya kawan Anda tersebut hanya sanggup bersama Anda paling lama dalam tempoh seminggu sahaja, malahan Anda yang hanya bersama Anda dalam tempoh sehari sahaja. Jika Anda mengalami situasi ketika ini, siapakah yang perlu Anda persalahkan?. Pasti ada sesuatu yang tidak kena ” something wrong somewhere.

Sekiranya seorang yang datang dan meninggalkan Anda, mungkin Anda boleh menyalahkan rakan baru Anda tersebut. Tetapi bagaimana pula jika kelima-lima rakan Anda tersebut meninggalkan Anda? . Siapa yang bermasalah? Jom sama-sama kita fikirkan.

Bagaimana pula jika senario seperti ini berlaku?

Anda bekerja keras untuk mendapatkan wang. Alhamdulillah hasil usaha keras Anda pendapatan yang Anda perolehi setiap bulan amat lumayan, malah Anda boleh memperolehi pendapatan Anda hampir mencecah 5 angka dalam jangka masa sebulan sahaja. Malangnya pada hujung setiap bulan, jumlah simpanan Anda ialah RM10 sahaja, itupun kerana bank mensyaratkan Anda meninggalkan baki minimum RM10 di dalam akaun Anda untuk memastikan akaun tersebut sentiasa aktif.

Seolah-olah wang juga tidak ingin berkawan rapat bersama Anda. Banyka wang yang masuk dan banyak juga wang yang keluar. Mengapa ye?. Adakah Anda boleh mengaitkan senario yang pertama untuk menyelesaikan masalah yang saya paparkan pada senario yang kedua? Any idea? .Jom kita bincang sama-sama

LOA @ DOA (2)

Ya Allah, Sekiranya  waktu dhuha itu waktu dhuha mu, kecantikan adalah kecantikan mu, keindahan itu keindahan mu, kekuatan itu kekuatan mu, kekuasaan itu kekuasaan mu, perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezeki ku masih di langit, turunkanlah dan jika ianya di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha mu dan keagungan mu, keindahanmu, kekuatanmu dan kekuasaanmu, limpahkanlah kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba mu yang soleh.

Di atas adalah terjemahan daripada doa yang dibaca selepas mengerjakan solat Dhuha. Adakah Anda nampak kaitan diantara LOA dan DOA?. Berdoa bukan setakat lafaz dengan lidah, namun ianya datang dari hati dan keinginan. Berdoalah dengan penuh khusyuk dan bayangkan apa yang Anda inginkan daripada ALLAH .

Seperti yang kita tahu Solat Sunat Dhuha adalah untuk memohon kemurahan rezeki daripada ALLAH. Tidak terfikirkah Anda mengapa doa solat sunat Dhuha itu di baca seperti itu.?. Jika pakar barat mengatakan sentiasalah membayangkan wang itu datang ke dalam hidup kita untuk menjadi magnet duit atau magnet kekayaan.

Bukankah doa solat sunat dhuha ini jika di baca dengan bersungguh-sungguh dan Anda boleh meletakkan menggambarkan di minda Anda ketika berdoa itu juga salah satu kaedah daripada menjadi magnet duit.

Sekiranya solat dhuha ini dilakukan setiap hari dah berulangkali. Bukankah ianya juga adalah satu affirmasi.

Jadikan solat Dhuha sebagai amalan untuk menjadi magnet kekayaan. Lakukan dengan ikhlas, berdoalah dengan sebenarnya. Bayangkan diminda setiap apa yang Anda inginkan ketika berdoa.

Next Page »