Dibunuh Oleh Kesempurnaan

Domino's Pizza store in North London, England. Image via Wikipedia

Selamat sejahtera kepada anda semua. Semoga anda semua hidup sihat dan gembira selalu.

Tahukah anda bahawa ramai orang gagal mencapai kejayaan yang diimpikan disebabkan oleh faktor kesempurnaan. Dengan kata lain, kejayaan serta masa depan mereka dibunuh pleh kesempurnaan yang ditunggu-tunggukan tetapi tidak pernah kesampaian.

Izinkan saya untuk memberikan anda satu contoh. Saya ada banyak kawan yang ingin menjalankan perniagaan sendiri. Akan tetapi, apabila ditanya mengapa mereka tidak melakukan perniagaan tersebut, alasan yang kerap saya terima ialah:

Saya tidak ada modal.

Ekonomi tidak baik. Tunggu dulu.

Tidak ada lulusan perniagaan. (MBA)

Tak masak dengan selok-belok perniagaan.

Tak Tahu menguruskan pelanggan.

Dan banyak lagi …

Orang yang berjaya tidak akan menunggu sehingga egala-galanya menjadi sempurna sebelum memulakan sesuatu kerja atau mula mengambil sebarang tindakan.

Orang yang berjaya bermula daripada apa yang sedia ada dan memperbaikinya kemudian.

Kalau kita kaji balik kisah-kisah orang yang berjaya, majoriti daripada mereka bermula dari keadaan serba kekurangan.

Ramai orang yang berjaya hanya bermula dengan bekerja sebagai kuli atau buruh kasar sahaja. Pengetahuan serta pengalaman mereka datangnya daripada cabaran serta kegagalan yang dihadapi dan pengalaman tersebut tak ternilai harganya.

Orang yang kurang berjaya biasanya mengikut urutan yang salah. Mereka menunggu untuk mencapai kesempurnaan selepas memulakan langkah pertama padahal kita hanya dapat menghampiri kesempurnaan selepas memulakan langkah pertama.

Sebuah cerita untuk santapan anda

Pasa masa dahulu ada seorang pemuda yang ingin membeli sebuah meja untuk memulakan perniagaan menjual tiket. Pemuda tersebut pun pergi kepada datuknya untuk mendapatkan nasihat untuk mendapatkan wang bagi membeli sebuah meja.

“Cara kamu telah salah” terang datuknya.

“Kamu patut menjual tiket dahulu bagi mendapatkan duit untuk membeli meja. Bukan beli meja dahulu untuk memulakan perniagaan menjual tiket” tambah datuknya.

Pemuda tersebut mengambil nasihat datuknya dan pada hari ini, beliau telah menjana berjuta-juta dolar tanpa membeli sebuah meja pun.

McDonald tidak bermula daripada sebuah kedai. Ianya bermula daripada sebuah gerai burger sahaja. Perniagaan Dominos Pizza bermula daripada sebuah van.

Bagaimana pula dengan anda? Bincangkan.

Semoga anda belajar sesuatu daripada artikel hari ini.

Sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan.

Salam kajayaan,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Meditasi atau Tafakur

Menurut penulis buku “Meditation: New Perspective” David Fontana, Meditasi ialah satu amalan sihat dan pengamal mampu melihat dengan jelas apa yang berlaku di dalam diri dan minda, dan ianya juga membantu pengamal melihat keadaan yang berlaku pada dunia luar.

Meditasi ialah memfokuskan fikiran pada satu titik bagi membina kekuatan minda dan fizikal. Meditasi kebiasaan digunakan untuk:

  • Mencari ketenangan
  • Membantu minda menumpu perhatian
  • Menjadikan seseorang lebih peka pada dunia luar
  • Menerap nilai kemanusiaan
  • Mengenal diri

Antara kebaikan bermeditasi ialah:

  • Mengurangkan tekanan dan melapangkan fikiran
  • Menajamkan daya ingatan
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Meningkatkan tahap kesihatan
  • Mengawal emosi di dalam keadaan yang tertekan

Guru terbaik bagi mempelajari meditasi adalah pengalaman peribadi iaitu setelah kita mempraktikkan atau mengamalkan meditasi dalam hidup kita. Tidak ada guru atau buku-buku yang dapat mengajarkan secara pasti bagaimana seharusnya kita melakukan meditasi, kecuali melakukannya sendiri.

Next Page »