Jika diberi peluang..

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mengemaskini blog ini. Jadi saya masih memilih untuk berkongsi cerita tentang kekayaan dan kewangan melalui blog ini kerana sememangnya matlamat saya pada 2010 untuk fokus bercerita tentang psikologi kewangan , jika ada cerita lain yang saya selitkan melalui blog ini mungkin sekadar sampingan atau mungkin juga perkongsian dari sahabat saya yang lain.

Jika diberi peluang memilih pasti semua orang ingin dilahirkan dengan keluarga yang kaya ,baik dan mempunyai segalanya, namun semua itu tidak mungkin terjadi kerana kita dilahirkan pada keadaan keluarga yang berbeza dari segi ekonomi,sosial,budaya dan persekitaran.

Secara umum fasa kehidupan kita sama,kita berada dalam kandungan ibu kemudian dilahirkan menjadi anak-anak ,remaja,dewasa,tua kemudian mati. Yang berbeza adalah apakah latar belakang ibu bapa yang melahirkan dan seterusnya menjaga kita samada miskin atau kaya, makan gaji atau berniaga dan pelbagai lagi keadaan yang berbeza.

Jadi kita harus lihat dan yakin bahawa semua yang terjadi pada kita pasti ada hikmahnya.kita lahir dari keluarga yang kurang berada pasti ada hikmahnya,kita lahir dari keluarga yang kaya raya juga pasti ada hikmahnya dan hikmah itu hanya dapat ditafsirkan melalui diri dan keadaan kita masing-masing.

Selain faktor luaran , faktor dalaman diri kita juga mempengaruhi keadaan diri kita, namun itu tidak bermakna kita boleh menyalahkan keadaan kerana semua ini adalah ketetapan yang perlu kita hadapi.

Nasib seseorang tidak akan berubah kalau orang tersebut tidak mengubahnya sendiri. Dan tidak ada orang yang merubah nasib kita kalau kita sendiri tidak ingin nasib kita berubah. Pernahkah kita benar-benar berusaha mengubah nasib kita? Atau hanya mengharapkan orang lain merubah nasib kita? Tanya diri kita masing-masing dan cari jawapannya.

Kekayaan adalah hak semua orang ,kekayaan juga adalah hak setiap bayi yang lahir di dunia, kekayaan juga adalah hak kita semua, jadi banteras kemiskinan.

Jangan setakat sederhana

Hari ini saya masih lagi ingin bercerita bersama anda. Berkongsi sedikit cerita yang saya ketahui, ya sedikit yang saya tahu, lebih banyak lagi yang tidak saya ketahui. Apa pun bersyukur saya kepada ALLAH dengan adanya ilmu yang sedikit ini dapat dijadikan panduan untuk menempuh hari-hari yang seterusnya.

Selamat hari Krismas saya ucapkan kepada pembaca blog saya yang beragama kristian, terutamanya kepada Raymond sahabat yang sentiasa berkongsi cerita dan ilmu bersama pembaca blog ini. Semoga perayaan ini memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada semua pembaca yang menganut agama kristian.

Samada anda sedar atau tidak, ramai diantara kita mempunyai impian untuk menjadi kaya, tetapi hasil akhirnya masih ditakuk lama dan ada diantaranya menjadi lebih buruk lagi. Mengapa keadaan itu terjadi? adakah mereka yang tergolong dalam golongan ini sememangnya ditakdirkan untuk hidup miskin.

Jawapannya sudah tentu tidak, kerana peluang untuk kita berjaya atau gagal adalah seimbang tiada bezanya. Cuma terpulang kepada kita sendiri bagaimana untuk untuk menguasai diri dan kehidupan.

Segalanya terpulang kepada diri kita sendiri,nilaikan apakah mindset yang kita bawa dalam kehidupan kita. Adakah kita sekadar ingin hidup sederhana, hanya lebih baik sedikit dari kehidupan kita sekarang.

Sekiranya ini adalah mindset hidup anda, bekerjalah sekuat mana pun, anda tidak akan mencapai apa yang anda inginkan. Jadi sekiranya anda mempunyai impian untuk hidup kaya di dunia dan juga akhirat, tukarlah mindset anda daripada sekadar ingin hidup sederhana kepada impian untuk memiliki kekayaan.Rasailah emosi kejayaan dan kekayaan tersebut dan hadirkanlah ia dari alam perasaan anda yang jauh berada di dalam diri anda yang paling dalam.

Anda tidak dapat mengecap kemewahan, bukan bermakna anda tidak layak untuk hidup mewah, cuma sesuatu perlu dilakukan, perlu diubah untuk mencapai kejayaan tersebut.

Sentiasalah berfikiran positif terhadap kekayaan dalam apa jua perkara. Elakkan diri anda dari terlalu merungut.Yang paling penting yakinkan kepada diri anda bahawa peluang sentiasa terbuka luas untuk anda menjadi seorang yang kaya dan berjaya, kerana ALLAH itu MAHA ADIL dan sentiasa mengkabulkan permintaan hambaNYA.

Sekadar menyokong sahabat saya saudara Razif, Jika anda mempunyai masalah untuk mengawal perbelanjaan atau menyimpan wang anda, anda boleh klik banner di bawah untuk mengetahui apakah rahsianya.

Mental block-1atau 2 jawapan ya

Perkongsian saya yang lalu saya ada bertanya beberapa soalan yang bagi saya amat penting jika kita ingin mengetahui samada kita mengalami masalah mental block dan dimanakah tahap masalah mental block yang melanda diri kita.

Mungkin ada diantara kita yang mempunyai masalah mental block, tetapi mungkin mempunyai tahap atau level mental block yang berbeza.

Sekiranya anda mempunyai jawapan 1 atau 2 ‘ya’ ini bermakna anda mempunyai tahap atau level yang amat sedikit (mildly).
Masalah kepada individu yang mempunyai level ini adalah teragak-agak untuk melakukan sesuatu. Sekiranya memandu, anda ketika ini menekan minyak kereta dan pada masa yang sama anda juga menekan brek .

Anda inginkan kejayaan, tetapi pada masa yang sama anda teragak-agak untuk bertindak.

Jadi apa yang perlu dilakukan ialah, anda perlu belajar bagaimana untuk melepaskan brek tersebut. Sekiranya anda tahu bagaimana untuk melepaskan brek tersebut,anda boleh mengalami dan melihat kemampuan anda bagaimana untuk mencapai matlamat kejayaan dengan pantas. Adakah anda berada dalam kategori ini?

Jika ya, lakukanlah perubahan, belajarlah bagaimana untuk keluar dari perangkap minda, supaya kejayaan anda tidak disabotaj. Kejayaan milik individu yang berusaha. Jadi teruskan usaha anda, dengan izin ALLAH kejayaan akan menjadi milik anda. Bina matlamat dan teruskan bertindak.

Next Page »