Adakah Anda Akan Menjadi Mangsa Seterusnya?
Salamat Hari Merdeka dan Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada semua pembaca di sini. Diharap agar anda semua mendapat kemerdekaan dari segi fizikal, mental, dan rohani serta dapat menyucikan diri kalian pada bulan yang mulia ini.
Mari kita lihat apa yang menarik dalam Bicara Selasa minggu ini. Tarik nafas panjang dan bayangkan keadaan ini.
Anda berlari sedaya upaya untuk melepaskan diri tanpa arah tujuan. Pengganas tersebut cuma di belakang anda sahaja. Mata anda sibuk mencari jalan keluar dalam hutan yang penuh dengan kegelapan.
Keadaan di sekeliling nampaknya hampir sama sahaja. Tak kira secepat manapun anda berlari, usaha anda nampaknya sia-sia sahaja. Kemudian, anda dapati bahawa selama ini, anda hanya berlari dalam satu bulatan yang tertutup dengan pengganas tersebut.
Anda iada jalan keluar melainkan anda tahu siapakah pengganas yang kejam tersebut.
Pengganas tersebut ialah minda anda sendiri. Ia merompak impian serta harta benda anda satu demi satu. Tak kira selaju manapun anda berlari, lambat laun, anda akan ditangkap oleh minda anda.
Satu-satunya cara untuk menghapuskannya ialah berhenti berlari, toleh belakang dan hunuskan “Keris Minda Positif” anda ke arahnya.
Sudah banyak kali kita membiarkan minda kita mempermainkan kita. Kita mengizinkan minda kita membunuh impian kita tanpa disedari.Akan tetapi, segala-galanya akan berubah mulai hari ini. Kita akan menamatkan perang minda ini dengan penuh keamanan.
Seperti yang kita sedia maklum, minda kita yang mencipta realiti kehidupan kita. Ia mungkin sukar untuk diterima pada mulanya kerana ia bertentangan dengan kepercayaan minda kita yang telah tertanam sejak kecil lagi tetapi Fizik Quantum telah membuktikan teori ini.
Jika minda anda memikirkan sesuatu yang positif, maka realiti yang terhasil juga positif dan sebaliknya.
Jadi, pastikan anda selalu bersedia dan bersenjatakan minda positif terutamanya apabila berhadapan dengan pengganas minda anda.
Ke arah kebebasan minda anda,
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !
Ethical Barrier
Sebelum saya menyambung cerita mengenai anti suggestive barrier yang ketiga . Terlebih dahulu saya ingin ucapkan selamat hari bapa untuk golongan bapa. Semoga sentiasa menjadi seorang bapa yang baik dan sentiasa di sayangi.
Sambung semula tentang Ethical barrier.Ethical barrier berfungsi melindungi individu dengan cara menolak semua cadangan yang bertentangan dengan perkara yang benar dan salah, menurut individu itu.
Contohnya Ali bercerita kepada rakannya zul, tentang cara mudah untuk menghasilkan wang, melalui penggunaan kaedah magnetism menggunakan kuasa minda. Walaupun Zul percaya bahawa kaedah itu adalah benar dan terbukti, Tetapi Zul masih lagi menolak kebenaran cerita daripada Ali. Ini kerana Zul percaya Cari duit perlukan usaha yang keras dan tiada jalan yang singkat.Mengapa Zul menolak cadangan Ali tersebut. Ini kerana beliau telah melalui pengalaman yang agak sukar untuk mendapatkan wang. Jadi akibat pengalaman tersebut sudah lama tertanam di minda separa sedar Zul, beliau tidak meyakini, Setiapa cadangan Ali walaupun telah terbukti cara dan kaedah Ali memang berkesan.
Jadi satu perkara yang perlu anda tahu, sekiranya anda ingin melakukan perubahan kepada diri anda, anda perlu tahu dan faham cara ketiga-tiga anti suggestive yang berada di minda sedar kita bekerja dan harus bekerjasama sesuai dengan prinsip ketiga-tiga barrier tersebut. Ianya penting supaya setiap cadangan yang diberikan tidak ditolak oleh ketiga-tiga anti suggestive barrier ini, dan dapat masuk ke minda separa sedar kita dengan selamatnya.
Jadi apabila anda cuba ingin berubah , tetapi masih tidak boleh berubah . Ini adalah disebabkan anda tidak tahu bagaimana untuk bekerja dan menangani ketiga-tiga filter tersebut. Bagaimana untuk menanganinya? Tunggu!!

