Jika anda berminat..

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mengemaskini blog ini walaupun keadaan kesihatan yang kurang memuaskan. Mungkin atas faktor cuaca yang agak panas, ramai individu yang berada disekitar saya mengalami masalah kesihatan . Walau bagaimana pun dengan adanya ujian kesihatan seperti ini, menunjukkan kita masih lagi hidup di atas muka bumi ini dan masih disayangi ALLAH. Apa pun saya harap semoga para pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sebenarnya terdapat beberapa perkongsian yang ingin saya kongsikan bersama anda. Sebenarnya saya ada menerima email dari penganjur Malaysia internet Summit. Apakah ia Malaysia internet summit?

Malaysia internet summit ialah satu konvensyen pemasaran internet yang terbesar di Malaysia. Dimana konvensyen ini menggabungkan 12 pakar pemasaran internet Malaysia yang bergabung idea dan rahsia yang jarang didedahkan bagi menjalankan perniagaan internet yang boleh dimulakan di rumah.

Kisah kejayaan mereka menjana pendapatan menggunakan kuasa internet telah mendapat liputan pelbagai media massa seperti surat khabar nasional dan juga kaca televisyen. Tetapi, mereka tidak sesekali pernah bersama-sama untuk berkongsi rahsia dan idea mereka kepada orang ramai. Namun melalui konvensyen ini mereka bersatu untuk berkongsi ilmu kepada anda .

Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang konvensyen ini, sila klik pada link

http://www.seminarinternet.6972.info InsyaALLAH jika tiada halangan kita akan berjumpa disana.

Selain itu, saya ingin berkongsi bersama anda sebuah panduan jika anda berminat untuk mengetahui apakah rahsia sebenar seorang ahli pemasaran internet yang memperolehi pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan dengan menjalankan perniagaan tanpa produk atau laman web sendiri..Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik

http://www.affiliatek.6972.info
Semoga dengan perkongsian informasi ini akan dapat memberikan manfaat kepada kita semua

Jaga diri hiasi peribadi…..

Salam perkongsian untuk semua….kali ini saya ingin berkongsi cerita yang mungkin agak berbeza dari cerita-cerita yang pernah saya kongsikan sebelumnya…

Pada tahun 2006 emak saya terlibat dengan kemalangan, menyebabkan kaki kiri beliau mengalami keretakan yang agak teruk. Dengan usia yang menjangkau 50an memang agak lama untuk memulihkan keretakan tersebut.

Namun apa yang merungsingkan, kaki beliau semakin membengkak dan tidak boleh digerakkan walau selepas di ‘ simen ’ dan keadaan ini amat meyukarkan pergerakannya dan proses pemulihan juga agak terbantut.

Setiap hari beliau terpaksa menjalani pemeriksaan darah untuk memastikan tahap kecairan darahnya. Makan juga turut dijaga. Setiap hari perlu disuntik untuk mencegah darahnya dari terus membeku. Akhirnya beliau disahkan menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis atau DVT.

Pernahkah anda mendengar perkataan ini ? atau lebih tepat pernahkah anda mendengar penyakit ini ? Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Mengapa ia berlaku ? Ini kerana manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, iaitu sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru. Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Antara simptom penyakit dikatakan seperti cepat penat, lemah dibahagian kaki, kurang selera makan, batuk, nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif, mengah dan denyutan nadi laju.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah seperti memakai sarung kaki ( stokin ) untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah. Ini kerana ia mampu mencengkam kulit dan mengempiskan vena dan mengelakkan darah dari bertakung, memperbanyakkan gerakan terutamnya di bahagian kaki, elakkan meminum ais, membuka alat penghawa dingin terlalu sejuk, sentiasa mengamalkan meminum air panas / suam dan amalkan bersenam.

Hampir enam bulan emak saya melalui detik-detik getir ini dan ALHAMDULILLAH beliau telah pulih sepenuhnya dan mampu berjalan sebagaimana sebelumnya walau kadangkala sesekali tetap terasa ketidakselesaan pada kaki kirinya.

Jadi kepada kita yang masih sihat , jaga diri dan hiasi peribadi…bak kata orang mencegah lebih baik dari mengubati…..jangan dah terhantuk baru terngadah

Sebelum mengundurkan diri terimalah kata-kata ini untuk santapan kita bersama….Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari maha PENCIPTA yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah terpulanglah pada insan itu sendiri untuk mencoretkan hidupnya.

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Hadiah tahun baru

Hari ini adalah hari terakhir dan kita berada di penghujung tahun 2009 dan esok kita akan memulakan tahun baru 2010. Harapan saya semoga tahun 2009 ini  baru 2010 akan menjanjikan kejayaan yang cemerlang dan gemilang untuk kita.

Seperti biasa tahun baru perlu disertakan dengan azam yang baru. Samada azam lama di bawa ke hadapan ataupun menukar seluruh struktur azam bergantung kepada keperluan kita sendiri masing-masing.

Namun begitu hari ini saya ingin berkongsi sedikit fakta yang menarik :

  • Pada hari ini bersamaan dengan tarikh 14 Muharam 1431 iaitu malam bulan purnama PERTAMA untuk tahun 1431.
  • Bulan purnama yang kali ke-13 untuk tahun 2009. (Kebiasaannya secara astronomi, bulan purnama hanya 12 kali sepanjang tahun)
  • Merupakan bulan purnama yang ke-2 pada bulan Disember 2009 (yang pertama pada malam 2/12/2009

Anda boleh membacanya di sini untuk informasi yang lebih lanjut http://www.dreamyourlifepositively.com/blog.html Jadi pasanglah niat dan berdoa  untuk segala yang baik bagi diri anda dan keluarga dalam segala aspek kehidupan.

Sempena hari yang baik ini, saya mewakili team linncomel.com ingin memberikan sesuatu untuk dikongsikan bersama anda.

Ramai yang mengatakan duit bukanlah segalanya …..tapi tanpa anda sedari segala-galanya memerlukan duit. Celikan mata yang pertama tatkala anda lahir ke dunia anda sudahpun menggunakan duit. Malahan hembusan nafas yang pertama dan terakhir di muka bumi ini anda juga menggunakan duit …..

Apa lagi dalam kehidupan seharian anda. Duit begitu berkuasa, malah adakalanya kita sendiri terperangkap dan menjadi hamba duit. Segala keperluan harian kita memerlukan duit. Sebenarnya ramai diantara kita menghabiskan masa seumur hidup dengan memikirkan berapa banyak duit yang dibelanjakan tetapi tidak ramai diantara kita yang memikirkan tentang hubungan diri dengan duit. Bagaimanakah untuk membina hubungan yang baik dengan duit ?

Jadi sempena memasuki tahun baru ini, kami menghadiahkan satu e-kursus percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan melanggan kursus ini secara percuma dalam masa beberapa hari lagi. Semoga dengan perkongsian kami ini sedikit sebanyak dapat membantu membina mindset kewangan yang lebih baik. Akhir kata, sekali kami ucapkan selamat tahun baru dan selamat abad baru 2010.

Next Page »