Satu renungan sebagai iktibar

Alhamdulillah, pejam celik hari ini sudah hari ke lapan kita berpuasa. Semoga puasa kita sentiasa memperolehi yang terbaik, bukan sekadar memperolehi lapar dan dahaga sahaja. Teringat saya pada satu artikel yang pernah saya baca, Umat sebelum nabi Muhammad dipanjangkan umur supaya mereka boleh beribadat kepada ALLAH dalam satu jangka masa yang panjang. Tetapi umat Muhamad atau umat akhir zaman ini, mempunyai usia yang lebih pendek, jadi untuk lebih adil, maka bulan Ramadhan dikhususkan untuk berpuasa dan juga untuk lebih beribadat dan diberikan gandaan pahala, supaya ganjaran yang diberikan ALLAH adalah setara dengan umat sebelum Nabi Muhammad. Jadi gunakanlah sebaiknya kebaikan yang diberikan pada bulan ramadhan ini.

Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya rasakan amat menarik dan boleh dijadikan renungan dan teladan untuk diri kita.

Di suatu zaman terdapat sebuah kerajaan yang ganjil di dalam sebuah kota yang tertutup. Di luar kota itu hanyalah kawasan kering kontang dan dipenuhi binatang buas.Tiada siapa berani keluar dan menjengahkan diri daripada kota itu. Jika keluar juga, alamat menempah mautlah jawabnya.Mungkin di baham binatang buas.Mungkin mati kebuluran makanan dan kekeringan air.
Kerajaan ini ganjil kerana mempunyai peraturan yang ganjil.Setiap 5 tahun sekali satu pilihanraya untuk melantik Perdana Menteri di adakan.Yang ganjilnya,apabila tamat tempoh 5 tahun pemerintahan Perdana Menteri tersebut, beliau akan dikeluarkan dari kota itu bagi menunggu kematian akibat dibaham binatang buas atau mati kehausan.Bermakna kota itu hanya dibuka 5 tahun sekali untuk menghumban Perdana Menteri itu ke luar kota.

Justeru tiadalah siapa yang berani menjadi Perdana Menteri mengenangkan nasib yang bakal menimpa mereka setelah habis tempoh pemerintahan 5 tahun. Melainkan seorang pemuda yang bersedia menawarkan diri. Apabila ditanya oleh Ketua Tentera, betulkah keputusannya itu dan sanggupkah dia menerima risikonya, pemuda itu menjawab dengan yakin,’Betullah!”.
Dipendekkan cerita, jadilah pemuda itu Perdana Menteri.Beliau seorang yang pintar.Dikelilingi pula oleh menteri-menteri yang pintar-pintar.Pada setiap malam tanpa disedari oleh penduduk kota itu, mereka membuka pintu kota itu dan membawa keluar segala peralatan dan jentera pertanian. Bermakna mereka menjalankan kerja-kerja pertanian dan perladangan di luar kota itu sebagai sumber makanan.
Apabila tiba tempoh 5 tahun, sekali lagi Ketua Tentera bertanya kepada Perdana Menerti tersebut, “Sekarang sudah sampai tempohnya, sudahkah anda bersedia untuk dihumban keluar dari kota ini”. Jawab pemuda itu dengan yakin dan gembira, “Ya, aku sudah bersedia”.
Kehairananlah Ketua Tentera dan rakyat jelata akan sikap Perdana Menteri itu yang sangat berbeza dari PM-PM yang lama,yang mana akan pucat dan gementarlah mereka apabila tamat tempoh 5 tahun tersebut. Apabila dibuka pintu kota tersebut, terjawablah kemusykilan penduduk kota tersebut apabila dilihat diluar kota tersebut terbentang sebuah taman dan ladang yang indah dan subur.Bermakna tiadalah akan mati bekas Perdana Menteri tersebut diluar sana akibat kehausan dan kebuluran(InsyaAllah!)

Apakah pengajaran yang kita perolehi daripada cerita tersebut?

kota yang tertutup itu ibarat dunia ini dan Perdana Menteri itu adalah diri kita sendiri. Keadaan diluar kota itu adalah ibarat kematian. Tempoh 5 tahun diibaratkan tempoh  kita akan menemui kematian. Taman yang indah dan ladang yang subur adalah ibarat bekalan dan persiapan kita. Orang yang bersedia menemui kematiann dengan bekalan amalan kebaikan dan kebajikan akan berasa gembira dan seronok untuk bertemu Tuhan. Sementara orang yang tiada bekalan dan hidup dalam kemaksiatan dan kemungkaran, akan takut menghadapi kematian dan tidak bersedia menemui Tuhan.

Sudahkah kita bersedia untuk menempuh kematian?

Ingat lagikah?

Kuala Lumpur Image via Wikipedia

Sekelip mata sahaja, hari Selasa menjelma lagi. Sebenarnya dalam Bicara Selasa minggu ini, saya ingin kongsikan tip-tip perniagaan dengan kalian.

Akan tetapi, memandangkan saya kurang pasti akan peratusan serta minat anda terhadap bidang perniagaan, saya pun batalkan sahaja niat tersebut.

Apa kata kalau anda terangkan sedikit sebanyak tentang kerjaya anda serta minat anda terhadap bidang perniagaan di dalam ruang komen?

Ia pasti dapat membantu saya untuk menentukan apa yang sesuai untuk dikongsikan.

Jadi, saya akan teruskan dengan sedikit tip motivasi untuk minggu ini.

Kita sudahpun berada dalam pertengahan bulan Ogos. Ingat lagikah anda akan matlamat yang anda tetapkan pada awal tahun ini?

90% daripada orang yang saya tanya telah melupakan matlamat mereka. Biasalah, banyak perkara-perkara di sekeliling yang mengganggu fokus serta tumpuan kita khasnya berita, rancangan televisyen, gosip-gosip dan lain-lain lagi.

Tanyalah mereka yang telah berjaya dan mereka akan memberitahu anda akan pentingnya fokus dalam proses mencapai sesuatu matlamat.

Anda tidak perlukan modal yang besar untuk menjadi kaya. Anda tidak perlu bermula dengan ilmu yang tinggi untuk berjaya. Anda tidak perlukan nasib yang baik.

Tetapi …

Anda cuma perlukan fokus fokus dan fokus serta usaha yang gigih. Dengan adanya fokus dan usaha yang gigih, anda akan dapat ilmu, wang serta kejayaan yang diperlukan.

Anda boleh dapatkan wang, ilmu serta nasib daripada orang lain tetapi anda mesti mempunyai fokus serta usaha anda sendiri.

Mungkin anda masih tertanya-tanya macam manalah nak dapatkan wang, ilmu serta nasib daripada orang lain. Biar saya berikan beberapa contoh.

Jika anda perlukan wang, anda boleh pinjamkan daripada insstitusi kewangan seperti bank. Jika anda tidak dapat meminjam wang, carilah rakan kongsi yang mempunyai sumber kewangan. Suruh rakan kongsi anda laburkan wang dan anda bangunkan perniagaan tersebut.

Jika anda tidak mempunyai ilmu yang diperlukan, beli atau pinjam ilmu orang lain. Untuk membeli ilmu, anda boleh menghadiri seminar, membaca buku-buku yang diperlukan dan sebagainya. Kalau nak sumber yang percuma, tanyalah orang-orang yang mengetahuinya. Syaratnya ialah tanya dengan cara yang betul.

Katakan saya nak mulakan perniagaan menjual nasi lemak yang memonopolikan pasaran nasi lemak Malaysia tetapi saya tidak tahu cara-cara memasak nasi lemak. Saya boleh minta tunjuk ajar daripada jiran-jiran yang tahu cara memasaknya dan sebagai balasannya, mungkin saya boleh tolong jiran saya bersihkan kebunnya. Keuntungan bagi kedua-dua pihak.

Macam mana pula kalau nak pinjam nasib. Kalau saya nak memulakan perniagaan menjual kasut wanita tetapi ditakdirkan untuk menjadi lelaki. Saya boleh mengupah pembantu wanita untuk membantu saya dalam proses penjualan dan saya boleh mengendalikan perkara-perkara yang lain seperti merancang promosi, menyemak stok dan sebagainya.

Eh, macam semua contoh yang diberikan berkaitan dengan perniagaan. Maaflah, itu bidang saya. :)

Teknik-teknik ini sesuai digunakan bukan sahaja dalam bidang perniagaan tetapi juga dalam kes-kes lain seperti pengurusan rumah tangga, pelajaran dan sebagainya.

Saya berharap anda mendapat menfaat daripada artikel kali ini.

Salam motivasi,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Next Page »