Permulaan Yang Baru

Apa khabar pembaca-pembaca yang disayangi. Raymond Chua di sini. Ramai yang menghantar emel untuk bertanya mengapa tak dapat baca Bicara Selasa kebelakangan ini.

Minta maaf la ye. Saya agak sibuk kebelakangan ini.

Sebelum tahun baru, ada banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk mengahadapi tahun baru. Persiapan ini termasuklah persiapan perniagaan, persiapan diri, dari segi emosi, fizikal, mental dan rohani, mengkaji balik peratusan matlamat yang telah dicapai dan yang belum dicapai.

Banyak masa telah dilaburkan dalam persiapan perniagaan dan pelaburan.

Pokoknya, persiapan yang saya lakukan sebelum tahun baru adalah dalam peringkat perancangan.

Selepas tahun baru (sekarang) pula, persiapan yang saya lakukan adalah peringkat pelancaran ataupun dengan kata lain, mengambil tindakan mengikut perancangan yang dilakukan sebelum ini. Maklumlah, ada banyak matlamat baru yang MESTI direalisasikan.

Menetapkan matlamat amat mudah. Terutamanya dalam musim tahun baru ini. Ramai yang menetapkan matlamat serta azam baru. Menetapkan matlamat merupakan suatu perkara yang baik. Akan tetapi, menetapkan matlamat sahaja tidak dapat menjamin kejayaan seseorang.

Lihatlah bilangan orang yang menetapkan matlamat mereka dan bilangan yang berjaya mencapai matlamat tersebut.

Menetapkan matlamat sahaja tanpa disusuli oleh tindakan yang wajar serta disiplin yang kukuh adalah tidak berguna.

Untuk mencapai matlamat anda, anda perlu berdisiplin untuk melakukan apa yang perlu, bukan untuk sehari dua, tetapi untuk satu jangka masa yang tertentu sehingga matlamat anda tercapai.

Misalnya, jika matlamat anda adalah untuk meningkatkan pendapatan anda sebanyak RM1000 sebulan. Anda perlu merancang apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Adakah dengan bekerja sambilan, bekerja lebih masa, memulakan perniagaan selepas waktu kerja atau melabur dalam pelaburan-pelaburan tertentu.

Katakanlah strategi anda adalah untuk berniaga. Maka anda perlu mengambil tindakan yang perlu seperti menetapkan jenis perniagaan yang hendak anda jalankan, mencari modal, menyenaraikan peralatan yang perlu dibeli, merancang kewangan anda dan sebagainya.

Selepas merancang, anda perlu bertindak. Pada peringkat permulaan, perniagaan anda mungkin tidak berapa baik kerana anda masih baru dalam bidang ini dan belum lagi ada pelanggan tetap. Anda perlu teruskan usaha anda (disiplin) dan melakukan sesuatu yang baru untuk menarik pelanggan.

Segala usaha ini perlu dilakukan sehingga anda mencapai matlamat anda iaitu untuk meningkatkan pendapatan anda sebanyak RM1000 sebulan.

Jika anda tidak menyuap matlamat anda dengan tindakan yang bijak serta disiplin yang kuat, matlamat anda hanya akan kekal sebagai matlamat sahaja dan pada tahun depan, kehidupan anda masih kekal tidak berubah.

Formula kejayaan ini adalah seperti berikut:

Matlamat + Tindakan + Disiplin = Kejayaan

Formula ini bukan hanya digunakan dalam perniagaan sahaja tetapi untuk apa-apa sahaja matlamat yang anda tentukan.

Selamat berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Law of Attraction Asyik Gagal

a rare occurence of a 5-country multinational ...
Image via Wikipedia

Bukan sesuatu yang baru bagi saya apabila mendengar orang berkata bahawa:

Law of Attraction merupakan suatu penipuan

Law of Attraction bukan untuk saya

Saya tak percaya Law of Attraction

Proses manifestasi amat sukar

Ia bukan Law of Attraction. Ia kerana awak bertuah. (Memang pun. Saya menggunakan Law of Attraction untuk mencipta tuah saya)

Dulu saya berasa ragu-ragu tentang Law of Attraction juga.

Bila saya mula mangaplikasikan Law of Attraction dahulu, saya hanya duduk pada kerusi rehat saya dan buat visualisasi sepanjang hari untuk beberapa hari.

Hasilnya, banyak kerja serta tugas saya terabai dan tiada apa-apa yang berlaku.

Saya tidak faham mengapa impian saya tidak dimanifestasikan dan mula berasa tertekan. Saya berasa tertipu dan timbunan kerja saya semankin banyak. Saya berasa seperti hendak putus asa pasa masa itu.

Terima kasih kepada kedegilan serta perasaan ingin tahu saya yang mendorong saya untuk mendalami pengetahuan Law of Attraction.

Saya banyak mencari dalam internet, membeli banyak ebook, audio, kursus serta melabur dalam coaching program. (Bukan semuanya sekali gus)

Pengalaman mengajar saya bahawa harga yang perlu dibayar untuk TIDAK mendidik diri sendiri adalah jauh lebih tinggi.

Ini bermakna adalah amat berbaloi bagi saya untuk melaburkan wang saya yang berlebihan dalam ilmu serta pendidikan untuk membangunkan diri saya.

Tindakan yang saya ambil terbukti bijak dan betul. Semankin banyak saya belajar, semankin saya faham mengapa saya gagal dahulu dan bagaimana untuk membetulkan kesalahan tersebut.

Semankin banyak saya belajar ilmu LOA dan kuasa minda, semankin banyak rahsia tentang LOA dan kuasa minda yang saya kumpul.

Gabungan ilmu ini telah banyak menyumbang kepada kejayaan saya pada hari ini.

Saya terpaksa mengaku bahawa bukan semua buku yang saya beli, bukan semua kursus yang saya hadiri adalah baik. Ada yang memuatkan perkara yang remeh sahaja.

Jika anda adalah seperti saya yang mempunyai semangat ingin tahu yang kuat serta bertekad untuk mendalami ilmu LOA dan mencipta kejayaan anda pada hari ini, saya boleh syorkan anda beberapa sumber maklumat yang hebat yang pernah saya baca dan dengar.

Magnet Rezeki – Mesti baca

Attraction Accelerator – Audio yang dapat meletakkan minda anda dalam gelombang alpha. Sesuai didengar apabila anda melakukan visualisasi ataupun tugasan yang memerlukan kreativiti.

Untuk sumber-sumber lain dalam Bahasa Inggeris, sila rujuk laman ini.

Kesemua sumber ini telah saya baca dan dengar dan mereka banyak membantu dalam mencipta kejayaan saya. Hari ini tibalah giliran anda untuk mencipta kejayaan anda sendiri.

Selamat berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Fikir Keluar Dari Kotak

A Sotheby's employee in th...

Image by Getty Images via Daylife

Salam bahagia semua. Selamat datang ke Bicara Selasa minggu ini. Saya Raymond Chua dari blog LOA dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya memilih untuk berkongsi tentang konsep “Think Out of The Box ” ataupun dalam Bahasa Melayunya, “Fikir keluar dari kotak ”.

Apa yang dimaksudkan dengan Think Out of The Box ialah, fikir sesuatu di luar kebiasaan. Apabila kira memikirkan sesuatu di luar kebiasaan kita, kita akan melakukan perkara-perkara di luar kebiasaan dan hasilnya juga luar biasa.

Jika anda ingin berjaya, ini merupakan salah satu perkara yang terpenting yang perlu anda tahu dan lakukan.

Contoh:

Kalau anda sedang menjual burger di gerai anda, anda boleh “fikir keluar dari kotak”. Fikirkan macam mana anda dapat kembangkan lagi perniagaan anda dengan ilmu yang sedia ada.

Dengan masa yang terluang, anda boleh menulis buku-buku resipi tentang cara-cara membuat burger yang kreatif, ramuan rahsia yang dapdat menyedapkan lagi burger tersebut dan lain-lain lagi.

Selain itu, anda juga boleh menulis buku tentang langkah-langkah untuk membina sebuah gerai seperti di mana nak membeli gerai, mana nak cari pembekal yang baik yang memberikan bahan bekalan dengan harga yang murah, senarai bahan dan peralatan yang perlu dibeli dan sebagainya.

Jika mereka yang baru nak mula berniaga tidak tahu membuat burger, anda boleh promosikan buku resipi burger anda sekali.

Tukarkan pengalaman hidup anda kepada sebuah perniagaan yang dapat menjana pendapatan pasif bagi anda.

Kalau anda nak keluar jauh dari kotak, anda boleh fikirkan cara-cara untuk franchisekan perniagaan anda.

Saya ada seorang kawan (yang saya kenal dari seminar) yang baru memulakan perniagaan sate celup di KL. Matlamat utama beliau ialah untuk membuka rangkaian franchisenya.

Semankin banyak anda fikir, semankin banyak idea yang anda dapat. Jadi fikirlah keluar dari kotak. (Tapi ingat ambil tindakan, tau)

Sekiranya anda tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan idea-idea tersebut dan entah tindakan apa yang perlu diambil, bacalah buku ini .

Saya berharap anda akan mendadpat banyak idea yang hebat-hebat belaka untuk mengubah hidup anda pada tahun hadapan.

Fikir keluar dari kotak,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .

Next Page »