Cabaran berakhir

Tentu anda masih ingat lagi, sebulan yang lepas saya telah mencabar anda semua untuk mendapatkan extra RM1k dalam masa sebulan. Jadi bagaimanakah hasilnya?. Adakah anda berjaya ataupun anda gagal. Ataupun anda hanya mempunyai keazaman untuk mendapatkan wang tersebut hanya sewaktu permulaan hari cabaran tersebut, tetapi dalam masa -masa terakhir anda sudah melupakan cabaran ini? Anda tidak fokus, bak kata orang tua “Hangat-hangat tahi ayam”.

Apa pun jawapan yang anda miliki tentang jawapan ini. Anda tidak perlu mendedahkan ia di dalam blog ini. Cukup anda jawab soalan ini di dalam hati anda. Sekiranya anda berjaya, tanya diri anda sendiri,

  • Anda sudah mampu untuk mendapatkan RM1000 tambahan dalam masa sebulan. Adakah mustahil anda akan memperolehi Pendapatan yang lebih banyak daripada apa yang anda akan dapat sekarang dalam masa dan tempoh yang sama?

Boleh saya bantu anda untuk memberikan jawapannya? Tiada yang mustahil dalam hidup kita, yang penting anda perlu ada kepercayaan terhadap diri anda, impian, kemampuan untuk berusaha dan persistant (Istiqomah).

Manakala bagi yang gagal untuk mendapatkan extra RM1K dalam masa sebulan. Untuk pengetahuan anda memiliki extra RM1K bukan satu nilaian mutlak kejayaan anda. RM1k akan habis apabila digunakan. Malahan ianya boleh dihabiskan kurang daripada satu jam.Tetapi anda sudah boleh dianggap berjaya, sekiranya

  • Anda mempunyai keazaman, untuk mencabar diri anda bagi memiliki wang tambahan.
  • Anda tahu bagaimana untuk berusaha, bagi mencapai setiap perkara yang anda inginkan .
  • Anda tahu bagaimana untuk redha atas apa jua hasil yang anda perolehi
  • Anda tahu untuk bertanya kepada diri anda sendiri, apakah yang membezakan anda dengan orang yang telah berjaya mendapatkan RM1K sedangkan anda dikurniakan dengan keupayaan yang sama dan tubuh fikizal yang sama.
  • Anda tahu untuk mengenalpasti kelemahan anda seterusnya , berusaha untuk mencapai lebih kejayaan di masa yang akan datang.

Istimewa kepada individu yang mempunyai semangat yang membara hanya dipermulaan cabaran. Sila renung kisah Siti Hajar yang berjalan daripada Safa dan Marwa , tanpa jemu berulang-alik bagi mencari air di tengah-tengah padang pasir. Beliau sentiasa istiqamah, fokus dan tanpa jemu untuk mendapatkan air tersebut.

Dengan ketekunan beliau, akhirnya terbitlah air mata air yang dikenali sebagai telaga zam-zam pada ketika ini. Renungkan mengapa walaupun Siti Hajar berulang-alik daripada Safa dan Marwa, tetapi air mata air tersebut tidak terpancut di kedua-dua bukit tersebut, tetapi ianya terpandut di sebelah Kaabah. Jadikan ianya sebagai satu iktibar, asalkan anda percaya, fokus, usaha, persistent dan Tawakal. Pasti anda akan mendapat hasilnya. Walaupun hasilnya adalah diluar jangkaan anda.

Apa pun terima kasih saya ucapkan kepada individu yang menyambut cabaran saya untuk mencabar diri anda sendiri. Sesungguhnya individu yang berjaya adalah individu yang sentiasa mencabar dan bersaing dengan dirinya sendiri untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.