Cara-cara Untuk Melepaskan Kawalan Terhadap Impian Anda

levitation of a magnet above ... Image via Wikipedia

Minggu lepas, anda telahpun belajar tentang kepentingan melepaskan kawalan terhadap impian kita dan bagaimana ia membantu dalam proses manifestasi.

Hari ini saya akan kongsikan tentang cara-cara melepaskan kawalan pula. Mungkin ada di antara anda yang sudah faham akan kepentingan melepaskan kawalan anda terhadap impian anda tetapi masih tertanya-tanya tentang cara-caranya.

Caranya mudah sahaja iaitu anda perlu yakin (tanpa sebarang perasaan ragu-ragu) bahawa ianya akan dikabulkan ataupun anda boleh percaya bahawa anda telahpun memilikinya.

Mari kita ambil proses pernafasan sebagai contoh.

Semasa anda bernafas, adakah anda berasa bimbang atau ragu-ragu bahawa anda akan dapat bekalan oksigen yang seterusnya?

Adakah anda memikirkan bahawa mungkin anda tidak akan mendapat bekalan oksigen untuk bernafas pada saat yang seterusnya.

Tentu tidak!

Anda mungkin akan menjadi orang yang paling sibuk di dunia jika anda memikirkannya.

Kita tidak nampak gas oksigen tetapi kita percaya dan yakin bahawa kita pasti mendapatkannya.

Kita tidak perlu tanya bahawa bilakah bekalan oksigen ini akan sampai ke hidung kita atau bagaimana ia mengalir kepada kita. Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah bertanyakan soalan-soalan sedemikian pun.

Kepercayaan yang sama perlu anda berikan kepada impian anda dan anda tidak perlu tahu bagaimana atau bila ianya akan datang kepada anda.

Semasa anda membelokkan kenderaan anda untuk mengelakkan kemalangan, pada saat itu, anda begitu yakin bahawa kemalangan akan berlaku (walaupun ianya belum berlaku).

Jika anda dapat memberikan keyakinan yang begitu tinggi kepada perkara-perkara yang anda tidak inginkan, mengapa tidak anda berikan keyakinan tersebut kepada perkara yang anda betul-betul idamkan?

Fikirkannya dan mari kongsikan pendapat anda.

Salam kajayaan,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Mesin Cahaya Masa

Salam kejayaan kepada semua pembaca blog. Saya berasa amat gembira dan teruja kerana seminar Guerilla Business Intensive akan berlangsung di Singapore Expo mulai esok selama 5 hari. Ia merupakan salah satu program T Harv Eker dan saya yakin ianya akan jauh lebih hebat daripada Millionaire Mind Intensive .

Jangan terkejut jika saya katakan bahawa saya tidak membayar USD$ 3995 untuk menghadiri seminar ini tetapi cuma dengan RM4995 sahaja. (Diskaun besar ni) :)

Itulah diskaun yang diberikan oleh beliau dalam seminarnya di Malaysia pada bulan yang lalu.

Baiklah, pada hari ini, saya ingin menjemput anda menaiki mesin cahaya masa terbaru saya. Ia merupakan kajian terbaru saya dan ianya belum sempurna. Oleh itu, saya perlukan bantuan anda sedikit untuk menyempurnakannya.

Bantuan yang saya perlukan daripada anda ialah tutupkan mata anda. Dah tutup? Baiklah. angkat kedua-dua tangan anda, dapatkan tali pinggang keledar di sebelah anda dan kenakan tali pinggang keledar tersebut sebelum kita bertolak untuk menjamin keselamatan anda di sepanjang perjalanan.

Sedia? Baiklah, kita bertolak sekarang ke tahun 2013. Sementara itu, nikmatilah pemandangan di sepanjang terowong masa. Jangan ambil gambar kerana ia mungkin akan mengganggu mekanisme mesin cahaya masa ini.

(5 minit kemudian)

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kita telah pun tiba di tahun 2013. Misi kita pada hari ini ialah mencari diri anda pada tahun 2013 ini dan membuat laporan tentang kehidupan anda. Go!

Bayangkan anda sekarang sedang mengintip diri anda pada 5 tahun yang akan datang dari celah tingkap. Bertentangan dengan celah tingkap tersebut terdapat sebuah kalendar yang tertulis 24 Jun 2013.

Dari celah tingkap tersebut, anda nampak kehidupan masa depan anda.

Apakah yang anda nampak?

Adakah anda semankin muda atau tua? (zahir)

Adakah anda nampak lebih gembira atau sebaliknya?

Adakah anda masih membujang, berkahwin, bercerai, menduda/janda?

Adakah anda masih bekerja keras pada setiap hari atau sibuk merancang destinasi perlancongan anda yang seterusnya?

Apa lagi yang anda nampak?

Adakah anda berpuas hati dengan kehidupan masa depan anda?

Jika anda berpuas hati dengan kehidupan yang anda lihat, apakah yang perlu anda lakukan pada tahun 2008 ini untuk mencapai taraf kehidupan tersebut?

Jika anda tidak berpuas hati dengan kehidupan anda pada masa yang akan datang, fikirkan apa yang perlu anda lakukan pada hari ini untuk mengubahnya?

Selepas itu, ambillah tindakan anda yang sewajarnya untuk mengekalkan atau mengubah hakikat tersebut.

Anda mempunyai 2 pilihan sekarang.

Pilihan pertama ialah baca dan terus baca artikel yang seterusnya semata-mata untuk mengisi masa lapang tanpa mengambil sebarang tindakan.

Pilihan kedua ialah mengambil tindakan untuk melakukan aktiviti ini dan kemudiannya mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan anda.

Lebih daripada 80% pembaca memilih pilihan pertama. Selebihnya memilih pilihan yang kedua. Tak banyak orang yang berjaya di dunia ini berbanding dengan orang-orang yang kurang berjaya. Bagaimana pula dengan pilihan anda?

Eh, tak payahlah nak bayar-bayar pula! Naik mesin cahaya masa saya buat kali pertama adalah percuma. Tapi masa balik ke tahun 2008 nanti kena bayar … hehe.

Salam kejayaan daripada Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast Financial Blueprint anda di sini !

Next Page »