Permulaan Yang Baru
Apa khabar pembaca-pembaca yang disayangi. Raymond Chua di sini. Ramai yang menghantar emel untuk bertanya mengapa tak dapat baca Bicara Selasa kebelakangan ini.
Minta maaf la ye. Saya agak sibuk kebelakangan ini.
Sebelum tahun baru, ada banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk mengahadapi tahun baru. Persiapan ini termasuklah persiapan perniagaan, persiapan diri, dari segi emosi, fizikal, mental dan rohani, mengkaji balik peratusan matlamat yang telah dicapai dan yang belum dicapai.
Banyak masa telah dilaburkan dalam persiapan perniagaan dan pelaburan.
Pokoknya, persiapan yang saya lakukan sebelum tahun baru adalah dalam peringkat perancangan.
Selepas tahun baru (sekarang) pula, persiapan yang saya lakukan adalah peringkat pelancaran ataupun dengan kata lain, mengambil tindakan mengikut perancangan yang dilakukan sebelum ini. Maklumlah, ada banyak matlamat baru yang MESTI direalisasikan.
Menetapkan matlamat amat mudah. Terutamanya dalam musim tahun baru ini. Ramai yang menetapkan matlamat serta azam baru. Menetapkan matlamat merupakan suatu perkara yang baik. Akan tetapi, menetapkan matlamat sahaja tidak dapat menjamin kejayaan seseorang.
Lihatlah bilangan orang yang menetapkan matlamat mereka dan bilangan yang berjaya mencapai matlamat tersebut.
Menetapkan matlamat sahaja tanpa disusuli oleh tindakan yang wajar serta disiplin yang kukuh adalah tidak berguna.
Untuk mencapai matlamat anda, anda perlu berdisiplin untuk melakukan apa yang perlu, bukan untuk sehari dua, tetapi untuk satu jangka masa yang tertentu sehingga matlamat anda tercapai.
Misalnya, jika matlamat anda adalah untuk meningkatkan pendapatan anda sebanyak RM1000 sebulan. Anda perlu merancang apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Adakah dengan bekerja sambilan, bekerja lebih masa, memulakan perniagaan selepas waktu kerja atau melabur dalam pelaburan-pelaburan tertentu.
Katakanlah strategi anda adalah untuk berniaga. Maka anda perlu mengambil tindakan yang perlu seperti menetapkan jenis perniagaan yang hendak anda jalankan, mencari modal, menyenaraikan peralatan yang perlu dibeli, merancang kewangan anda dan sebagainya.
Selepas merancang, anda perlu bertindak. Pada peringkat permulaan, perniagaan anda mungkin tidak berapa baik kerana anda masih baru dalam bidang ini dan belum lagi ada pelanggan tetap. Anda perlu teruskan usaha anda (disiplin) dan melakukan sesuatu yang baru untuk menarik pelanggan.
Segala usaha ini perlu dilakukan sehingga anda mencapai matlamat anda iaitu untuk meningkatkan pendapatan anda sebanyak RM1000 sebulan.
Jika anda tidak menyuap matlamat anda dengan tindakan yang bijak serta disiplin yang kuat, matlamat anda hanya akan kekal sebagai matlamat sahaja dan pada tahun depan, kehidupan anda masih kekal tidak berubah.
Formula kejayaan ini adalah seperti berikut:
Matlamat + Tindakan + Disiplin = Kejayaan
Formula ini bukan hanya digunakan dalam perniagaan sahaja tetapi untuk apa-apa sahaja matlamat yang anda tentukan.
Selamat berjaya,
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.
Mengapakah Perkara Yang Baik Berlaku Ke Atas Orang Yang Jahat?

- Image by Éole via Flickr
Ini merupakan salah satu soalan yang ditujukan kepada saya baru-baru ini.
Dalam artikel ini, saya akan membincangkan sebab-sebabnya.
Perkara pertama yang perlu anda tahu ialah, hukum alam berkesan terhadap semua orang tak kira orang itu baik ataupun jahat.
Salah satu hukum yang difahami ramai ialah hukum graviti dan hukum graviti merupakan salah satu hukum alam juga. Jadi saya akan menggunakan hukum ini sebagai contoh dalam penjelasan saya.
Jika seorang yang baik ditolak oleh seorang yang jahat dari sebuah bangunan tinggi, cuba teka siapakah yang akan mati? Jawapannya amat ketara.
Hukum graviti tak peduli sama ada seseorang itu baik atau jahat. Ia cuma bertindak ke atas setiap jasad di muka bumi ini pada setiap masa.
Pernahkah anda melihat seseorang terapung-apung di udara kerana hatinya baik?
Beralih kepada soalan di atas. Ada banyak sebabnya jika anda tanya saya mengapakah sesuatu perkara yang baik berlaku kepada orang yang jahat.
Oleh kerana saya tidak mengetahui hal yang sebenar, saya cuma boleh kongsikan satu sebab mengikut pemahaman saya.
Salah satu sebabnya adalah kuasa fokus. Apabila seseorang menyakitkan hati kita, biasanya kita akan asyik memikirkan perkara-perkara yang buruk tentang orang itu.
Menurut Law of Attraction, apabila kita fokuskan perhatian kita kepada sesuatu perkara, kita sebenarnya memberi tenaga kita kepada perkara tersebut dan kita akan menarik perkara tersebut kepada kita.
Jadi apabila kita bencikan seseorang, kita sebenarnya sedang memberi tenaga kita kepadanya. Akibatnya, kita menarik lebih banyak perkara-perkara yang kita benci tersebut kepada kita.
Dan orang yang menerima tenaga kita pula akan menjadi lebih bertuah dan banyak perkara-perkara yang baik akan berlaku kepadanya.
Jadi untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, elakkan emosi negatif. Daripada membiarkan emosi negatif mengawal diri kita adalah lebih baik jika kita memikirkan tentang perkara yang baik seperti bersyukur dan berdoa. Betul tak?
Apa pula pendapat anda? Mari bincangkan.
Fikirkan yang terbaik,
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.
Perubahan Yang Berkekalan

- Image by FotoRita [Allstar maniac] via Flickr
Melakukan perubahan amat mudah. Anda boleh berhenti merokok untuk beberapa hari, kurangkan berat badan untuk beberapa hari, bersenam beberapa hari, belajar berniaga beerapa hari.
Persoalannya, bagaimana pula dengan hari-hari yang seterusnya? Berapa lamakah perubahan ini akan kekal. Adakah ini merupakan perubahan yang berkekalan? Atau perubahan sementara sahaja?
Apa gunanya anda mengurangkan 5 paun daripada berat badan anda dalam masa seminggu tetapi selepas itu, berat badan anda naik 10 paun pada minggu berikutnya?
Adakah perubahan sementara ini memberi manfaat kepada anda ataupun menghumban anda ke dalam lembah kekecewaan? Jika ia membawa kekecewaan, apa gunanya anda melakukan perubahan tersebut?
Berikut adalah cara-cara untuk melakukan perubahan yang berkekalan
Langkah 1 – Manfaatkan emosi anda
Kaitkan keadaan semasa dengan emosi yang negatif seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan. Pada masa yang sama, kaitkan perubahan yang ingin anda lakukan dengan kegembiraan, kesenangan dan kehebatan. Ingat perkaitan ini dalam minda anda.
Manusia mempunyai motivasi untuk bergerak menghindari kesakitan dan menuju ke arah kesenangan. Jadi, apabila anda tidak mempunyai motivasi untuk kekal dengan perubahan yang anda lakukan, ingat perkaitan di atas.
Perubahan bukan masalah kebolehan, tetapi masalah motivasi.
Langkah 2 – Ganggu tabiat anda
Jika anda mendapati diri anda ingin menuju kembali kepada keadaan asal, lakukan sedikit gangguan terhadap tabiat lama tersebut. Misalnya, jika anda ingin kurangkan berat badan tetapi terasa amat ingin untuk makan makanan ringan, ganggu tabiat itu dengan kelakuan yang lain seperti menyanyi dengan kuat pada masa tersebut ataupun melompat tak tentu arah.
Langkah 3 – Ambil jalan alternatif
Jika anda tidak mempunyai jalan alternatif, kemungkinan besar anda akan kembali kepada tabiat asal. Misalnya jika anda ingin berhenti merokok, anda harus ada benda-benda alternatif untuk “menyumbat” mulut tersebut apabila anda terasa ingin merokok.
Misalnya makan sebiji buah epal setiap kali anda rasa ingin merokok. Satu alternatif yang baik untuk menggantikan rokok.
Cubalah 3 langkah ini dan kongsikan pengalaman anda di sini.
Selamat berubah,
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=17db534c-a374-4939-9bd6-ee53cf092cc4)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=4b147a23-5f1e-48ce-aff8-0154f1a199eb)

