Workshop SEFT

Kepada individu yang berminat untuk mempelajari Spiritual Emotion Freedom Technique atau lebih dikenali sebagai SEFT , anda boleh menghadiri workshop tersebut seperti yang tersenarai di bawah:

01/05/10 – KL International Hotel
02/05/10 – Hotel Seri Malaysia, Seremban
08/05/10 – Hotel Selesa, Johor Bahru
09/05/10 – Lake Garden Resort, Melaka
15/05/10 – Hotel Grand Crystal, Alor Star
16/05/10 – Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau
22/05/10 – Hotel Seri Malaysia, Penang
23/05/10 – Hotel Seri Malaysia, Ipoh
28/05/10 – Crystal Lodge, Kota Bharu
29/05/10 – Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu
30/05/10 – IKIP Kubang Buaya, Kuantan
05/06/10 – Puri Pujangga, UKM Bangi
*Setiap sesi terhad kepada 100 peserta sahaja
*Pihak penganjur berhak ke atas sebarang pindaan Workshop

Siapa Perlu Hadir?
• Kakitangan Kerajaan / Swasta
• Ibu bapa, Pensyarah, Guru, Kaunselor, Pelajar IPTA/IPTS
• Mereka yang mahu merawat dan membantu orang lain
• Mereka yang mengalami masalah kesihatan, emosi mahupun spiritual

Fee – RM100.00 Sahaja
Anda akan mendapat:
• Training Kit
• Sijil Penyertaan
• Handout
• 1 Tea/Coffee Break
• Voucher Diskaun untuk SEFT Total Solution Training

Apa Faedah Anda Menghadiri Workshop Ini?
• Anda dapat mempelajari kaedah SEFT For Healing– Set UP, Tune In & Tapping dengan betul secara praktikal
• Anda dapat menyelesaikan pelbagai masalah fizikal, emosional & spiritual dengan cepat (5-50 minit), kesannya dapat dirasai dalam tempoh 15 minit.
• Anda dapat mempraktikkan kaedah SEFT ini untuk diri anda, keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja, sub-ordinate, pelajar, dan sesiapa saja yang ingin anda bantu

Untuk maklumat lanjut sila klik link di bawah:

http://seftmalaysia.blogspot.com/

Pemikiran, emosi dan wang

Alhamdulillah, masih lagi berpeluang untuk mengemaskini blog ini. Masih lagi perkongsian tentang wang, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini fokus utama saya adalah berkaitan dengan wang.

Seperti yang saya selalu nyatakan sebelum ini,Manusia memiliki kekuatan yang luar biasa untuk mencipta apa yang diinginkan. Kekuatan terbesar dalam diri manusia itu terdapat pada minda. Tetapi kita jarang membuktikan kekuatan minda kerana kita sering terjebak dalam zon selesa mengikut kebiasaan yang kita dijalankan. Sehingga kita leka dan tidak melihat kesan perubahan yang mungkin lebih bererti dalam diri. Oleh kerana itu milikilah target kewangan atau kekayaan yang lebih tinggi untuk merangsang kekuatan dalam minda kerana target atau sasaran baru yang difikirkan itu akan menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan. Apalagi jika diyakini target tersebut bakal tercapai, maka diri kita akan lebih bersedia dalam menghadapi rintangan yang ada.

Setiap apa jua perkara yang kita fikirkan mempunyai dua aspek atau bersifat dualiti. Aspek pertama adalah perkara yang kita fikirkan dan aspek kedua ketiadaan perkara yang kita fikirkan, Contohnya , kita mungkin berpendapat bahawa kita selalu memikirkan tentang wang, jadi kita sepatutnya menarik lebih banyak wang kedalam hidup kita. Pendapat itu mungkin betul .Kita mungkin sedang memikirkan tentang wang dan seterusnya menghasilkan getaran positif .Seterusnya kita menarik perkara positif kedalam hidup kita. .Tetapi mungkin kita masih lagi berfikir dan bercerita tentang wang tetapi ianya berkaitan dengan perkara yang negatif iaitu ketiadaan wang dan hasilnya kita menarik getaran energi negatif ke dalam diri.

Mengikut ilmu psikologi , PEMIKIRAN dan EMOSI akan memberikan kesan kepada sikap seseorang individu. Apa juga jenis emosi adalah berpandukan kepada apa yang kita fikirkan.Jika anda memikirkan sesuatu atau keadaan yang serupa pada masa depan, minda separa sedar akan menghadirkan semula emosi yang sama berpandukan apa perkara sama yang telah anda fikirkan.
InsyaALLAH saya akan berkongsi lebih lanjut dalam modul 2 e-kursus, magnet rezeki percuma. Bagi yang telah melanggan, nantikan kehadiran modul 2 tidak lama lagi, bagi yang belum mendaftar boleh mendapatkan e-kursus percuma di www.magnetrezeki.com/ekursus

Online Seminar-Pengumuman

Saya agak teruja dengan sambutan yang diberikan oleh pembaca blog ini terhadap mini seminar yang bakal diadakan pada malam esok iaitu jumaat 22/5/2009.

Sebenarnya target asal saya hanyalah 10 orang peserta, alhamdulillah jumlah individu yang mendaftar adalah melebihi daripada target asal saya. InsyaALLAH, saya akan cuba melakukan semampu yang mungkin.

Terdapat beberapa orang peserta yang tidak mempunyai pengalaman menggunakan yahoo messenger.Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah membina forum khas sebagai alternatif pertama untuk menjalankan mini seminar, dan sekiranya terdapat masalah kepada forum tersebut seperti server down , barulah saya akan menggunakan yahoo conference sebagai alternatif kedua. InsyaALLAH untuk mini seminar yang seterusnya saya akan mengusahakan alternatif yang lebih baik. Jadi kepada individu yang telah menghantar email, saya akan mengirimkan url forum dan nota modul berformat pdf kepada email anda.

Next Page »