Lakukan setiap kegiatan dengan cara yang terbaik….

Salam perkongsian untuk semua pengunjung blog ini….saya doakan semuanya berada di dalam lindungan-NYA dan diberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui dan menempuhi hamparan yang bakal dihidangkan.

Sebagaimana kita sedia maklum manusia terdiri dari dua unsur yakni roh dan jasad. Setiap daripadanya memerlukan makanan untuk dijadikan santapan. Kalau jasad kita disajikan dengan santapan makan pagi, tengah hari, minum petang, makan malam dan makan lewat malam ( supper ) roh kita juga memerlukan perkara yang sama.

Solat itu adalah makanan roh dan jiwa kita. Kenapa lima kali ? sama seperti makan….solat Subuh umpama sarapan untuk mendapatkan tenaga bagi memulakan hari baru. Kemudian Zohor sebagai makan tengah hari sebab tenaga dah semakin kurang, kita buat kerja jadi kita kena ‘refill’ balik….semakin tinggi matahari makin lemah badan, sebab itu kita ada ‘teatime’. Solat Asar ‘energizes’ semula tenaga tersebut. Lepas tu solat Maghrib umpama makan malam. Masa ni dah mula rasa malas sebab dah penat. Tapi sebelum tidur kita ni nak juga makan lagi…solat Isyak adalah ‘supper’ bagi roh kita.

Kini lengkap sudah makanan kita dalam satu hari. Cuba bayangkan kalau kita tak cukup makan…kita akan tetap mencari makan…curi-curi makan. Samalah seperti solat, kalau tak cukup kita akan rasa gelisah macam ada sesuatu yang kurang. Tapi bila dah dapat makan, dah penuh perut…apa yang kita rasa ?

Cuba tunjukkan sebuah modul yang boleh menjadi panduan dalam menjalani kehidupan seharian kita ? Kita ini dicipta oleh ALLAH SWT, maka sudah tentulah ALLAH menyediakan peraturan hidup kita. Kita tidak perlu tercari-cari dalam menentukan panduan hidup sendiri. Seperti sebuah kereta yang dikeluarkan oleh sesebuah kilang, ia diserahkan kepada pembeli lengkap dengan buku panduan dan alat untuk memperbaiki kenderaan tersebut apabila mengalami kerosakan.

Panduan hidup yang disediakan ALLAH SWT dipanggil syariat. Mempelajarinya merupakan fardhu ain ( menjadi kewajiban ke atas semua orang – lelaki dan perempuan ). Masa mempelajarinya pula ialah dari buaian hingga ke liang lahad. Apabila telah memiliki ilmu tersebut, maka sampai pula masa untuk mengamalkannya, itulah amalan syariat.

Melakukan setiap perkara atau kegiatan dengan cara yang terbaik….ramai yang bertanya apakah piawai yang dapat menyatakan atau menunjukkan tindak tanduk itu yang terbaik…jawapannya adalah apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Apakah standard yang telah ditinggalkan untuk diikuti, dipatuhi dan diamalkan…..ianya meliputi cara makan, jual beli, berurusniaga dan sebagainya. Siapa yang mengatakan ia adalah cara yang terbaik….ALLAH yang menyatakannya….jadi tidak perlu untuk kita memperdebatkan atau mempersoalkannya.

Disamping itu ada juga yang menyatakan standard ISO untuk sesebuah organisasi tidak kira ISO siri yang ke berapa pun. Ianya baik dan bagus tetapi tidak lengkap. Etika ada tapi tidak dinyatakan halal, haram dan sebagainya. Saya percaya setiap organisasi mahupun individu mempunyai standardnya yang tersendiri. Berjaya mencapai dan mematuhinya bermakna kita patuh pada standard yang telah digariskan. Justru itu dalam apa keadaan sekalipun jadikanlah standard ALLAH sebagai payung kepada standard-standard yang lain.

Perkongsian ini hanya tinggal perkongsian, ia langsung tidak bernilai jika tidak diamalkan. Semoga kita semua diberi hidayah ke arah pembaharuan yang positif….pembaharuan bermula dari diri anda sendiri…

Salam Hormat

- Ima Harlina -

Kehidupan….

Pertama-tamanya syukur ke hadrat ILLAHI dengan izinNYA dapat lagi kita bersua di arena ini untuk satu perkongsian. ALHAMDULILLAH kita semua diizinkan ALLAH SWT untuk bertemu jodoh di dalam blog ini.

KEHIDUPAN adalah anugerah utama ILLAHI. Anugerah itu memberi gambaran kebesaranNYA buat kita yang bernama manusia yang wajib kita syukuri, selusuri dan hargai. Gunakanlah dengan sebaiknya kurniaan ALLAH SWT kepada kita dengan menghalalkan penggunaan AKAL, HATI dan LIDAH untuk perkara yang membawa kecemerlangan kepada diri kita dunia dan akhirat. Kerana kita adalah mahkluk ciptaannya yang paling sempurna di antaranya.

Justru itu kita dituntut untuk berusaha dan berusaha seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi dan melakukan amal Ibadat seolah-olah kita akan pergi tak kan kembali pada esok hari…..Hidup ini amat singkat, oleh itu guna dan hiasilah ia dengan sebaik mungkin

Dalam melayari bahtera kehidupan ini, apa yang paling penting adalah keIMANan, kesungguhan dan kejujuran…..namun manusia sering meninggalkan salah satunya…..dan sebagai INSAN yang lemah saya juga masih belajar dan terus belajar……..oleh itu marilah sama-sama kita CERMINkan diri……

Sebelum mengundurkan kan diri saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL kepada semua yang meraikannya dan meninggalkan kata-kata ini untuk kita renung seketika…..

Kematian bukanlah sesuatu kehilangan yang besar di dalam hidup kita. Kehilangan yang paling besar ialah apa yang MATI dalam diri kita ketika hayat masih ada……

Salam Sayang

- Ima Harlina -

Berdoa VS Bertindak

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus mengemaskini blog ini. masih lagi diberi peluang dan ruang untuk terus berkongsi cerita bersama anda.

Sebenarnya saya tertarik untuk mengulas lebih lanjut tentang persoalan yang telah saya kongsikan pada artikel lalu yang mengatakan berdoa adalah komponen yang paling penting untuk kita berjaya.

Teringin menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara Faznuha pada komen yang telah diberi.

Linn,berapa kalau nak dinilai dari peratus Doa n Usaha.adakah 50/50 atau sebagainya?

Kalau dibuat peratusan berapa peratus Usaha n berapa peratus Doa pada penilaian Linn?

Saya tidak akan memberikan berapakah nilaian peratus yang saya boleh berikan. Tetapi apa yang dapat saya tegaskan bertindak itu adalah penting, tetapi satu perkara yang perlu kita tahu ialah kita jangan sekali-kali bergantung kepada tindakan secara total. Tindakan bukanlah segala-galanya, dan tindakan juga tidak menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang individu.
Namun itu tidak bermakna kita tidak perlu bertindak, yang tidak boleh adalah jika kita bergantung secara total kepada tindakan, kerana pergantungan kita yang utama hanyalah kepada ALLAH. Jika anda bertanya, mana yang perlu didahulukan samada berdoa atau bertindak, sudah pasti doa yang saya utamakan. Jika kita diajar untuk berimaginasi terlebih dahulu untuk memperolehi apa yang diinginkan. Bukankah imaginasi itu adalah satu doa, malah apa juga yang kita lakukan, ucapkan ianya adalah satu doa.

Tindakan, berusaha, atau berikhtiar memang tetap perlu dilakukan namun tanpa bergantung secara total kepada tindakan tersebut. Dalam setiap usaha yang kita lakukan, hendaklah kita menjadi hamba yang bertawakal.Seseorang yang bertawakal ialah mereka yang selalu mengantungkan segala sesuatu kepada Allah sambil tetap berusaha.

Ambillah tindakan dengan diringi rasa tawakal, iaitu hanya menggantungkan pengharapan kepada ALLAH. Bukan bertindak dulu baru berdoa dan tawakal, tetapi bertindaklah dengan diiringi rasa tawakkal.

Dari Anas bin Malik ra bahwa Nabi Muhammad saw bersabda: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca (doa, yang bermaksud): Dengan nama ALLAH, aku bertawakkal kepada ALLAH, tidak ada daya dan upaya selain dari ALLAH maka dikatakan kepadanya: Engkau telah mendapat petunjuk, dicukupi dan dilindungi, lalu syaitan pun lari darinya.

Hadis ini dapat menyangkal tanggapan bahawa doa dan tawakal hanya diletakan di belakang selepas bertindak atau berusaha, Yang benar ialah berusaha sambil bertawakal, dari awal sampai akhir usaha seterusnya ketika kita menunggu hasil dari usaha.

Semoga kita akan sentiasa menjadi hamba yang mendahuluiNYA dan bertawakkal atas setiap apa yang diusahakan.

Next Page »