Sejak kita masih lagi bayi sehingga kita berada diusia sekarang, kita sentiasa melalui proses pemprograman minda, samada kita sedar ataupun tidak. Bagaimana fikiran kita di programkan, saya ada menjelaskannya di dalam ebook magnet rezeki.
Bahasa minda separa sedar adalah suatu konsep yang sangat penting untuk fikiran kita. Anda perlu tahu Bahasa pikiran bawah sadar kita adalah IMAGINASI atau membayangkannya.
Sekiranya kita membayangkan tempat yang membuatkan kita rasa tenang dan damai, bermakna kita mengirimkan pesan yang tenang ke minda separa sedar kita.
Ini bermakna , jika kita merasa tenang atau sebaliknya ia adalah berpunca dari diri kita sendiri.Jadi apa yang perlu dilakukan ialah, lantik minda sebagai pekerja kita, Hire your mind!
Apakah perkara yang perlu Anda lakukan untuk melantik minda untuk bekerja dengan taat kepada Anda?
- Imaginasi-Imaginasi perlu bekerjasama dengan emosi. Imaginasi dan emosi saling berkait rapat. Jika Anda mengaktifkan imaginasi yang positif, maka emosi yang timbul juga positif. Begitu juga sebaliknya. Jadi, sebenarnya kita dapat mengendalikan emosi kita. Dengan mengendalikan emosi, menggunakan bahasa minda separa sedar, kita dapat mengaktifkan emosi yang akan membantu kita menghampiri kejayaan.
- Sedarkah Anda, minda sedar dan minda separa sedar kita sentiasa mempunyai konflik. Namun Jika terjadi konflik antara minda sedar dan minda separa sedar, Kemenangan pastinya berpihak kepada minda separa sedar. Ini kerana minda separa sedar mempunyai 9 kali lebih kekuatan berbanding minda sedar. Jadi sekali lagi, lakukan imaginasi. Sekiranya Anda inginkan kejayaan, lakukan imaginasi dan bayangkan Anda ketika itu sudah pun berjaya. Sekiranya Anda ketika ini mengalami masalah kewangan, bayangkan ketika ini Anda mempunyai wang yang banyak.
Sekiranya Anda tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan minda separa sedar Anda, bermakna Anda sudah mampu mempunyai pekerja baru yang mampu membantu Anda untuk berjaya. Tahniah!





Sambil membaca, minda saya terus dihanyut ke dunia imaginasi menyebabkan saya mengambil masa yang agak lama untuk membaca post ini.
Terima kasih atas perkongsian minda ini.
nampaknya saya ada pekerja baru nih..hehe
saya jadi boss sekarang
menarik ape yg lin tulis nih. kadang2 kita tak sedar apa yg jd setiap saat. perkara2 cam ni bole jadikan guidance.
Salam…….. Linn
Terima kasih beri info ini. Menarik sekali. Saya akan mempraktikkannya. Sebenarnya telah lama saya gunakannya, mungkin isitilah-istilah nya saya kurang jelas tetapi kini saya telah lebih memahaminya. Semoga Linn sukses dan bahagia selalu. U can call me auntie if u like. Bila-bila saya ke KL boleh kah saya berjumpa dgn Linn. Saya harap sangat. Wasallam.
Act…dalam melakukan sesuatu kerja tidak kira dalam mana organisasi sekalipun dan pangkat atau darjat. paling penting, hormati menghormati antara satu sama lain. Jikalau kita hormat seseorang, kita pasti akan dihormati.
Salam..
Kita semua adalah pemimpin. Bak kata Donniyen, kita adalah Boss. Auntie Nor, insyaALLAH kalau datang KL, dan saya pun ada kat KL, kita boleh jumpa.
Terima kasih diatas maklumat yang diberikan..
nampaknya saya dah dapat pekerje tanpa upah la sekarang nie..