Beberapa kali saya cuba untuk menulis perkongsian ini, tetapi terpaksa berhenti separuh jalan kerana ada saja karenah dari anak-anak kucing saya. Ada yang ingin duduk di atas riba dan akhirnya tertidur. Ada yang duduk di atas meja kerja disebelah laptop menemani saya berkongsi cerita . Walau bagaimana pun semua itu menambah kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup saya.
Selain saya memiliki 5 ekor kucing yang tinggal bersama di dalam rumah, saya juga memiliki 7 ekor lagi kucing yang tinggal di luar apartment saya. Jadi setiap pagi dan petang saya akan mengambil sedikit masa turun ke bawah menjenguk anak-anak saya yang berada di luar rumah.kebetulan Ibu kucing saya juga berada di luar, jadi adakalanya saya mengambil masa unTuk berbicara dengan ibu kucing saya. Ketika ini orang akan melihat saya dengan penuh senyuman kerana melihat saya berlawan bicara dengan ibu kucing tersebut walau dalam bahasa yang berbeza. Namun itulah kenyataan. Percayalah, berbicara dengan kucing adalah satu terapi yang baik, terutama ketika kita berada dalam keadaan gelisah dan emosi yang tidak menentu.
Seperti yang saya nyatakan pada entry yang lepas, tawaran harga pengenalan untuk ebook rahsia magnet duit sudah di tutup.Tetapi bagi beberapa individu yang telah menghantar email mohon ditangguh kepada tarikh tertentu kerana belum terima gaji dan sebagainya, tawaran untuk anda masih lagi dibuka kerana menghargai TINDAKAN yang anda lakukan.
Selagi anda berani bertindak untuk memiliki apa yang anda inginkan, harapan masih ada untuk anda , kerana anda telah pun berusaha. Bukankah TINDAKAN itu salah satu dari komponen usaha? Berani mengambil tindakan adalah salah satu ciri-ciri orang yang berjaya. Takut untuk bertindak adalah salah satu komponen yang penting untuk anda mencipta KEGAGALAN.Jadi hapuskan rasa takut dari dalam diri anda. Takut untuk bertindak bermakna anda takut untuk berjaya. Jadi jangan ada rasa takut dan putus asa.
Sebenarnya banyak sebab saya membuka tawaran pada harga pengenalan. Walaupun saya boleh meletakkan harga seperti yang telah saya rancang atau memberikan secara percuma.
Mengapa saya tidak memberikan percuma kepada anda? kerana dengan harga yang saya tawarkan ini sebenarnya, anda boleh melihat apakah mindset anda. Jika anda takut untuk mengeluarkan wang, walaupun anda menginginkan ebook Rahsia Magnet Duit ini, sebenarnnya anda telah memberitahu kepada minda anda bahawa anda tidak mempunyai wang, fokus anda adalah kepada kemiskinan, jadi anda tidak akan berjaya walaupun memiliki impian untuk hidup kaya raya.
Sekiranya anda tidak mempunyai wang, tetapi anda menginginkan ebook ini tanpa TINDAKAN yang sepatutnya akhirnya anda tidak memiliki ebook ini pada harga pengenalan. Sebenarnya terdapat beberapa individu yang mempunyai masalah kewangan tetapi menginginkan ebook ini pada harga yang lebih rendah, alhamdulillah mereka mampu memiliki ebook Rahsia Magnet Duit pada harga yang lebih rendah. Yang penting adalah TINDAKAN.
Mindset inginkan percuma dan menerima hadiah secara percuma adalah berbeza. Sekiranya segalanya inginkan percuma dan takut untuk mengeluarkan wang. Anda sebenarnya takut untuk hidup kaya, kerana seperti yang saya nyatakan di dalam ebook saya, duit adalah satu energi yang sentiasa mengalir. Jadi jika anda takut untuk mengeluarkan wang, wang tidak akan mengalir ke dalam hidup anda.
Jika anda ingin di sayangi, berilah kasih sayang, jika anda ingin bahagia, berilah kebahagiaan. Jika anda inginkan wang, jangan takut keluarkan wang .





Salam Ukhwah,
Kita takut kerana kita tidak mempunyai cukup ilmu untuk melakukan sesuatu kerja itu. Kalau kita ada ilmu pengetahuan untuk membuat sesuatu kerja itu maka dengan sendirinya wujud dalam diri kita rasa yakin/konfiden dan dengan sendirinya perasaan takut itu akan hilang. Masaalahnya kita malas nak cari ilmu maka kita akan selalu berada didalam ketakutan. Apa jua kerja yang perlu kita lakukan mesti lah diiringi dengan ilmu pengetahuan untuk melaksanakan tugas itu. Kalau tidak kita hanyalah ibarat tong kosong yang jika diketuk bunyinya kuat tetapi tidak dapat memberi apa apa manfaat kepada diri dan disekelilingnya.
Wallahualam.
kadang kadang ilmu dah ada tetapi kekuatan utk mengamalkan secara istiqamah tak ada..
Salam Ukhwah,
Saya setuju dengan Ron, amal ilmu apa pun kalau tak istiqomah tak menjadi. Kita perlu yakin dengan ilmu yang kita pelajari itu dan bersikap positif bahawa apa yang dipelajari itu akan membuahkan hasil. Jika masih ragu ragu dan takut takut juga untuk mendapatkan ilmu,itu tandanya masih ada yang masih tak kena dalam diri kita. Yakin lah bahawa rajin dan usaha itu tangga kejayaan ( motto sekolah saya dahulu ) cuma beza nya tidak ada perkataan yakin, kalau ada mungkin lebih ramai lagi rakan rakan saya yang berjaya. Wallahu’alam.
Salam,
setuju sangat, kalau ada ilmu tapi tak istiqamah hasilnya takkan kemana. Mengapa sukar untuk istiqamah, sebab minda masih belum bersedia untuk berjaya. Kemahuan dan keinginan tak cukup kuat. Mengapa? kerana diri dikuasai oleh mekanisma automatik gagal. Jadi inilah penyakit yang perlu diberi rawatan jika ingin berjaya.
Salam…
Sangat terkesan baca artikel ‘Jangan takut’ ni. Kita sebenarnya terlalu banyak alasan untuk berkata tidak pada apa jua perkara positif. Itulah , syaitan ni terlalu kreatif goda kita…Macam-macam alasan dan idea dia suggest supaya semangat dan pendirian kita goyah..
Apa yng penting ‘just do it’ first sambil sambil tu bolehlah tambah ilmu. Jika nak tunggu ilmu lengkap tak tahulah bila boleh start..
Memang apa yang diperkatakan itu.