Kata-kata hikmah

4

Category : Renungan

Salam perkongsian untuk semua. Rejab sudah lama berlalu. Kini Syaaban bakal melabuhkan tirainya. Lambaian Ramadan sudah semakin terasa. Masih belum terlewat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda: “Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Saya hamparkan himpunan kata-kata hikmah ini untuk menyemarakkan lagi semangat kita untuk menghadapi liku-liku hidup ini.

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang memandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Comments (4)

Sama-sama kita renungkan segala yang tertulis, tersurat dan tersirat…baik untuk kita baik juga untuk semua, mudah-mudahan dapat dijadikan sebagai panduan dlm kehidupan yang ada turun naiknya.

Salam bahagia, hebat Linn kerana perumpamaan itu dibuat untuk orang yang berilmu…

Salam Muhd Suhaily,

Terima kasih di atas coretan di atas. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.Untuk belajar pula kita tidak semestinya berada di dalam kelas formal. Pelajaran itu boleh juga diperolehi dari pengalan diri sendiri, orang lain dan juga dari pembacaan kita. :wink:

Salam K.Fati,

Alhamdulillah dan terima kasih. Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat. :roll:

Post a comment