Saya yakin, ramai di antara kita yang masih lagi sibuk melakukan ibadah korban terutamanya yang pulang beraya di kampung. Bagi pembaca yang beragama kristian, selamat menyambut hari krismas. Raymond, ketika ini pasti sibuk dengan persiapan krismas yang akan datang beberapa hari lagi.
Agak lama saya tidak bercerita tentang Law of Attraction, dan hari ini saya teringin untuk bercerita tentang kesilapan yang sentiasa dilakukan ketika cuba melakukan teknik LOA ini.
Saya tahu, masih ramai yang ragu tentang LOA ini, jadi apa yang cuba, try, atau test, LOA ini bagi membuktikan keberkesanan LOA. Sebenarnya dalam LOA tiada istilah cuba, try atau test. Yang ada anda hanya perlu komited untuk mengamalkannya. Anda perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang terbaik seperti apa yang anda inginkan.
Anda tidak boleh sekadar mencuba tetapi ingin mendapatkan yang terbaik. Hukum ini bukanlah hukum ciptaan manusia yang perlu diperbaiki dan perlu dicuba bagi memastikan ianya berkesan atau tidak. Tetapi hukum ini ialah salah satu daripada hukum alam yang dicipta oleh ALLAH kepada dunia.
Lakukan ianya dengan sepenuh hati, bukan suka-suka atau separuh hati bagi mendapatkan hasil yang terbaik.





Ya,.. L0A bukan sesuatu yg perlu dicuba-cuba. Ia pasti berlaku cepat atau lambat. Bersabar, tenang sentiasa selarikan mood dgn mood sepatutnya apabila kita mencapai keinginan kita.
Just ask, answer, stanby to recieve, lets do it now….
Ha, sebenarnya, saya tidak menyambut Hari Natal secara langsung. Mungkin saya akan buat persiapan free report bagi tahun baru 2008 ini sahaja kat rumah pada Hari Natal ini.
Itupun kalau tak de orang ajak pergi mana-mana.
Sebenarnya ada seorang kawan saya dari Indonesia yang ingin mengadakan perjumpaan dengan IM-IMers di Singapura pada minggu Krismas ini tapi belum tentukan tarikh perjumpaan lagi.
Mungkin itu je lah cara saya menyambut Krismas
Ok. Berbalik kepada Law of Attraction.
Pada pendapat saya, Satu lagi faktor yang menyebabkan orang ramai gagal memanfaatkan Law of Attraction ini laiah mereka tidak nampak gambar keseluruhannya.
Semua benda di dunia ini adalah saling berkaitan. Ini termasuk hukum-hukum alam.
Semua hukum-hukum alam adalah saling berkaitan dan jika kalian hanya melihat LOA sebagai satu hukum yang tunggal sahaja dan tidak melihat perkaitannya dengan hukum alam yang lain, maka anda tidak akan mendapat gambaran yang lengkap.
Betul tu Raymond, Jangan fokus hanya pada satu hukum saja iaitu LOA. Sekurang-kurangnya ada 7 lagi hukum yang perlu kita tahu, kerana setiap hukum adalah saling berkaitan .
Assalamualaikum!
Kak linn,dapat kah kak linn menghuraikan 7 hukum yang kak linn maksudkan itu! sebenarnya fizah amat berminat sekali tentang topik loa ini.
Waalaikum salam,
InsyaALLAH sampai masanya akan dihuraikan