Salam perkongsian semua. Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan tabah dalam perjuangan untuk sebuah kehidupan.
Sedar atau tidak Al Quran adalah kitab ALLAH yang paling sempurna. Bagaimana kita harus menjalani kehidupan ini semua ada di dalamnya. Pendek kata dari A to Z, Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang akan perkara ini.
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah bersempena dengan lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang bermaksud kiamat.
Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan ALLAH dan adanya hari berbangkit.
Terdapat beberapa khasiat yang terkandung di dalam surah Al-Waqi’ah di antaranya adalah seperti yang berikut:
• Apabila kita membiasakan diri membaca surah ini sekali setiap malam , maka akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
• Apabila surah ini di baca 14 kali setiap kali usai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
• Jika membaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis, insyaALLAH di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
• Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap kali usai solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. InsyaALLAH berhasil.
• Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaALLAH di permudahkan untuk rohnya keluar dari jasad. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Seperti biasa sebelum mengundurkan diri, saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini ; Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Salam Hormat
- Ima Harlina –





salam…inilah sebenarnya kunci utk mendapat kan kekayaan yg hakiki…tetapi ramai yg di luar sana lupa dgn pesanan yg sgt berharga dari SAW jnjungan kita ini…sehinggakan ramai yg terleka ketika mengejar harta dunia sehingga tidak menjaga waktu solat mereka..kononnya jika seminit masa mereka diluangkan mereka akan kerugian berjuta rinngut..bukannkah kita seharusnya bersyukur dan kelak pasti allah akan menambah kan nya dgn rezeki yg tak di sangka2…rezeki bukan sekadar harta dan wang berjuta..kesihatan, ketenangan dan sebagainya adalah rezeki yg jarang di syukuri oleh manusia…tp bila ianya luput dari kita baru kita akan terasa kehilangannya…
selain membaca surah ini,kunci untuk mendapat rezeki juga adalah dengan melazimkan menunaikan solat dhuha…sebagaimana maksud doa setelah selesai solat dhuha iaitu…YA ALLAH andainya rezeki utk ku berada di langit maka turunkanlah utk ku,jika berada di dalam bumi,keluarkanlah,jika haram,halalkanlah,jika sedikit perbanyakkan lah, jika ianya susah maka mudahkan lah untukku…
bukannah dengan mengingati allah hati akan menjadi tenang dan sesungguhnya allah itu sangat rindu pada yg merindui untuk bertemu denganNYA..wallaju a’lam…
Kalau kita istiqamah insya Allah dimurahkan rezeki
bahasa dlm al quran tu sgt indah dan tinggi level bahasanya.
kalau baca sorang2 memang tak faham maknanya.
kena carik seseorg yg tahu xplain bahasa kiasan tersebut untuk disesuai dlm konteks kehidupan masakini.
watak azam dlm cerita ketika cinta bertasbih 2.
dalam satu majlis ilmu
dia menghuraikan 2 baris ayat dlm satu kitab al hikam dgn memberikan contoh dan disesuaikan dlm kehidupan masakini.
membuatkan hadirin mudah faham dan nampak maksud sebenar serta menambahkan minat mereka.
ramai ilmuan diluar sana yg ada ciri dan kepakaran ini.
mungkin saya belum dapat berguru dgn mereka.
Salam,
Sememangnya Surah al-waqiah mempunyai khasiat yang tersendiri terutama yang berkaitan dengan rezeki. Namun niat kena jaga juga, Semoga istiqamah dalam mengamalkannya dengan niat kerana ALLAH.
Salam Nor,
Terima kasih di atas perkongsian di atas.Semoga ia menyuntik kesedaran kepada kita semua.
Jika jiwamu menjadi rindu untuk bertemu dan semakin mengharap kasih sayangNYA maka sesungguhnya DIA telah mencintaimu.
Hi Ckeen,
Betul tu, kadang kala saya juga tercari-cari makna yang tersirat dan tersurat disebaliknya. Pun begitu kebolehan untuk menerangkan sesuatu dengan bahasa yang mudah dan ringkas untuk memudahkan pemahaman kita,merupakan satu seni dan kelebihan kepada individu tersebut. Saya doakan semoga Ckeen ditemukan dengan apa yang dicari.
Salam Syafrizal & Linn,
Betul tu, pokok pangkalnya niat kena betul. Di antara sunnah kehidupan ini adalah terlaksananya sebahagian dari mimpi manusia, tidak semuanya. Jika semua mimpi mereka itu wujud nescaya mereka tidak akan hidup.
bagus..bgt !