Hari ni saya nak sentuh sikit pasal SOHO.Almaklumlah kebelakangan ini SOHO menjadi tarikan terutama golongan yang ingin menjadi usahawan kecil samada sepenuh ataupun separuh masa.Saya juga bercadang untuk menjadi usahawan SOHO sepenuh masa sebelum umur saya mencecah angka 3 dihadapan.Ada masa lagi untuk saya bekerja kuat bagi menstabilkan perniagaan saya.
Untuk menjadi usahawan SOHO, Pemilihan ruang kerja yang baik adalah perlu.Ruang kerja di rumah anda perlu dilayan seperti sebuah pejabat kecil.Sebenarnya konsep SOHO yang baik dapat membantu usahawan untuk bekerja dengan lebih effisien lagi.
Namun begitu ianya tidak memerlukan ruang yang besar bagi membentuk konsep SOHO , cukup hanya satu ruang di sudut rumah anda.Cukup untuk anda meletakkan sebiji meja dan rak kabinet yang anda boleh dapati dengan mudah dan murah di mana-mana pasaraya. Bagi yang menjalankan perniagaan internet, sambungan streamyx adalah perlu.
Semasa bekerja, bekerjalah secara konsisten dan menggunakan ruang kerja dengan sebaiknya.Jauhkan diri anda daripada perkara-perkara yang boleh mengganggu tumpuan anda.
Wujudkan pengudaraan yang baik dengan menggunakan pewangi bilik samada berbentuk semburan ataupun gel. Pewangi seperti bau lavender dan limau akan memberikan kesegaran kepada otak seterusnya akan merangsang untuk terus bekerja. Ianya adalah terapi aroma yang telah terbukti keberkesanannya.
carilah ruang kerja yang baik, bebas dari gangguan dan disiplinkan masa anda untuk menjadi usahawan SOHO yang baik…





Saya kat rumah ni dok dalam bilik jer.. hehe.. Tidur dalam bilik, blik mandi pun dalam bilik (master bedroom), makan pun dalam bilik.. opss.. taklah, makan kat kedai jer..
Seronoknya SOHO ni kita boleh buat apa sahaja tanpa gangguan bos yang garang.. :p
Paling penting, perabut (meja komputer dan kerusi).
)
jangan pulak ada yang sakit2 belakang sebab pakai kerusi murah.
kesihatan kena jaga jugak. perkara tak boleh dijual beli ni. sebab kena berjam2 dok depan pc (untuk newbie
Hermm.. aku pun buat SOHO.. products aku adelah web dan exe
sedia menerima pekerjaan yang ditawarkan.
thanks for sharing this useful blog! me and my husband are organising a seminar on the topic “My SOHO”. if you are interested, do visit our website for more info at : http://multimediaconcept.biz/mysoho/index.htm
thank you!
Giler seronok. Sy bdk bru belajar.