Hari ini saya bercuti, kebetulan hari ini juga adalah hari pilihanraya kecil bagi parlimen Kuala Terengganu. Jadi selamat mengundi kepada pembaca yang turut mengundi menjalankan tanggungjawab bagi memilih pemimpin yang terbaik.
Sejak 2 minggu yang lepas, peti sms saya kerap kali menerima sms samada daripada Barisan Nasional atau PAS, merayu supaya memberikan sokongan dan undian kepada parti mereka masing-masing. Walau bagaimana pun undi saya adalah rahsia.
Selagi kita seorang manusia, sudah tentu kita tidak dapat lari daripada keinginan untuk berkuasa. Itulah realiti yang kita lihat dari dulu hingga sekarang. Adakalanya kuasa boleh mendatangkan kebaikan adakalanya ia juga boleh mendatangkan kemudaratan. Segalanya adalah bergantung kepada cara dan kaedah berfikir atau tanggapan seseorang.
Mempunyai kuasa dan bergelar pemimpin adalah satu amanah . Tidak kira samada kita adaalah pemimpin masyarakat, keluarga . Ianya adalah satu amanah. Jangan lupa kita juga adalah pemimpin kepada diri kita sendiri. Jadi adalah satu amanah juga bagi kita untuk menjadikan diri kita yang terbaik di dunia dan akhirat.





hmm, tak sangka sampai ber sms2 mereka2 nih. anyway ape yg lin cakap pasal kuasa adalah amanah tu mmg btol… tp ape2 pon kite kene amanah terhadap diri sendiri dulu baru fikir orang lain… and pimpim diri kita ke arah yg lebih bagos everyday….
salam…
kita semua adalah pemimpin. khususnya diri kita ….
dan kita dibekalkan dengan kuasa yang ada pada diri. bangkitkan kuasa yang ada dan keluarkannya serta pergunakanlah untuk kebaikan. gunakan sebaik mungkin kerana ia pasti akan dipertanggungjawabkan.
p/s: kalau diri terpimpin, pasti mudah pimpin yang lainnya. Jangan hanya tau pimpin tangan aje…
Nabi ada bersabda mafhumnya:Setiap dari kamu adalah pemimpin,setiap pemimpin akan ditanya nanti( di Akhirat) apa yang di pimpin.
Wallahu A’lam.