Alhamdulillah, sempat juga saya mengemaskini blog untuk hari ini. Sebenarnya ia cuba untuk mengemaskini blog awal pagi tadi, tetapi terdapat gangguan internet akhirnya saya terpaksa membatalkan niat saya untuk mengemaskini blog.
Saya ada terbaca satu laman web yang mengatakan kuasa minda adalah syirik. Ya, secara ikhlas saya setuju sama sekali kuasa minda adalah syirik, jika anda percaya bahawa mindalah yang memberikan segala yang anda inginkan. Di sini saya ingin tekankan kepada anda. Minda adalah anugerah. Tetapi yang menganugerahkan segala keinginan anda, samada rezeki , kesihatan atau kegembiraan hanyalah ALLAH.
Ianya umpama anda demam, seterusnya pergi berjumpa doktor, seterusnya bercerita tentang masalah anda. Akhirnya doktor memberikan paracetamol ataupun lebih dikenali sebagai panadol untuk mengurangkan demam anda. Selepas anda memakan panadol seperti yang disarankan oleh doktor, akhirnya anda sembuh. Satu perkara yang perlu anda ingat dan sentiasa ingat. Yang memulihkan anda adalah ALLAH. Bukan panadol tersebut. Panadol itu hanyalah satu alat untuk anda berusaha menyembuhkan demam anda. Tetapi yang menyembuhkan anda adalah ALLAH.
Begitu juga dengan minda. Minda hanyalah satu alat untuk anda berusaha mencapai setiap keinginan anda. Yang mengkabulkan permintaan dan hajat anda ialah ALLAH. Jangan sekali- sekali mencemarkan akidah anda dengan mengatakan minda anda yang berkuasa memberikan apa sahaja yang anda inginkan.
Saya akui minda adalah anugerah luar biasa yang ALLAH berikan kepada kita. Tetapi setiap apa yang berlaku adalah dengan izin yang Esa. Apa yang saya tulis ini adalah dengan kehendak hati saya, bukan dipaksa atau diluar kerelaan saya. Seperti anda juga , saya masih lagi mencari kejayaan , kejayaan samada di dunia mahupun akhirat.
Maafkan segala kesilapan saya , jika terdapat artikel saya menjadikan anda terlalu taksub dengan minda sehingga membuatkan anda lupa akan kebesaran ALLAH, apa pun saya akan menyemak semula dan akan memperbetulkan sekiranya ada yang tidak betul. Saya adalah manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan.
Mungkin besok, saya tidak dapat mengemaskini blog ini, kerana saya akan menghadiri ESQ seminar sebagai alumni. Sekiranya ada yang berminat untuk menghadiri kursus ESQ, bolehlah hadir ke PWTC, mungkin boleh hadir preview percuma untuk mengetahui apakah ia ESQ 165. Mungkin En. Izhar boleh update, bilakah waktu preview seminar akan di adakan. Semoga kita sama-sama menuju ke arah keredhaan ALLAH.





Salam kasih sayang,
Segala sesuatu itu Allah telah aturkan perjalanannya(qadak dan qadar). Atau bahasa mudah kita sebut ‘cara’ sesuatu itu berlaku.
Minda hanya alat sebagai ‘cara’ Allah mengurniakan sesuatu kepada manusia, itulah kelebihan kita sebagai manusia berbanding makhluk lain.
Dengan memahami apa jua ilmu, kita sepatutnya semakin bersyukur dan bertaqwa, semakin kita kenal diri terasa semakin kerdil kita di sisi Allah, semakin tenang dan bahagia dan berlapang dada. Wallahu’alam.
Semoga diberkati. Amin
teringin joint esq 165 tuh..pernah bc tp lupa kat mana…bole ker hadir percuma dan pukul berapa start…terima kasih atas perhatian anda
Salam,
Bibi, Seminar ESQ diadakan di PWTC. Tapi untuk seminar tidak percuma.Tetapi jika ingin hadir untuk preview percuma saya rasa sabtu malam(esok) kut.Preview itu diadakan. Saya tak berapa pasti tetapi saya akan update setelah saya tahu, bila tarikh preview itu di adakan.
Saya benar-benar menyarankan kepada sesiapa yang ingin merasakan kehebatan spiritual yang sebenar.Yang hanya bergantung total kepada ALLAH subhanahu wataala.
Saya sudah merasakan kemanisannya. Terus terang saya katakan saya banyak berubah disebabkab ESQ ini. Alhamdulillah, kerana ALLAH telah pun membuka mata hati saya yang selama ini buta.
Kak Lin,
)
Ada website Seminar ESQ ni untuk maklumat lanjut?
Saya pun teringin untuk pergi ( yg percuma dulu
ye laa..nak gi preview dulu…
saya tunggu…
Seminar kali ni, takde previewlah. Masa padat. Tapi saya lupa nak info td petang bapak Ari ada masuk alkuliyyah TV 3.
Mungkin next seminar ada preview kut
ini website esq
http://www.esq.com.my/v1/
Salam, ESQ bukan seminar ia adalah training atau perlatihan kerana ia turut melibatkan aktiviti dengan peserta, simulasi, permainan dan lain-lain lagi, sebab tu motto nya “Feel the Experience atau Rasai Pengalamannya” Training Angkatan yang ke 15 ini, di hadiri oleh finalis Teman Muhasabah dari Al Hidayah TV3 serta Penerbitnya Raja Mazian (Alumni), Pengarah dan pelakon Erma Fatima (Alumni), Dato Khalid Yunos, Penerbit Al Kuliah Ahmad Noor Sulaiman pun baru balik dari training di Jakarta 3 hari lepas. Bos-bos dari Astro OASIS pun ikuti training kali ni. Pak Ary akan keluar di TV9 Isnin ni jam 12 tghri dan ulangan jam 12 tghmlm.
http://www.esq.com.my 03 61568898
Yup, minda adalah anugerah yang dicipta sebagai alat untuk manfaat manusia.
Ingat lagi kata-kata John Rambo dalam First Blood II “…minda adalah senjata terbaik…”
Memang ramai dah silap , bila makan ubat disangka ubatlah yang memberi sembuh .
Sepatutnya bila sakit maka rujukan pertama ialah ALLAH , kemudian ubat/ikhtiar .
bolehkah saudar atau saudari ajarkan saya kuasa minda?
kerana saya meminati ilmu sebegini
KENALI ALLAH MAKA KENALLAH DIRI.
ALLAHUA’LAM.
Alhamdulillah segala puji bg Allah tuhan sekalian alam.. Jadi saya cume ingin mengetahui tentang lebeh dalam atau sedikit rujukan atau dalil berkenaan dengan kuasa minda adalah syirik.. Saya hanya se0rang budak yang ingin mengetahui.. Setahu saya didalam k0nsep itu.. Die mnerangkan tentang kekuasaan yg Allah sediakan didalam minda manusia.. Die juga berusaha mener0kai dan mempelajari ilmu Allah yg luas di muka bumi ini.. Tapi mungkin segelintir tidak memahami atau telampau 0bses terhadap minda sehingga tidak lihat keesaan tuhan yang stu.. Jadi kesimpulannya bagi saya ia terletak kepada pemikiran dan pembawakan 0rang itu sendiri smada betul atau tidak.. Adakah pandangan saya betul? Saya cuma mmberi pendapat dan inginkan jwpn yg lebih tepat supaya saya dapat berpegang teguh kepada dalil.. Bukan hanya dengan hasutan atau kata-kata orang lain.. Terima kasih dan mohon maaf jika tersalah bahasa..sy skadar ingin mgetahui kebenarannya.. Kerana saya juga tidak tahu.. Sekian wassallam..
maksud sbenar kuasa minda bukanlah apa yang tuan2 faham…nabi kita pun guna kuasa minda…fikir nabi nak smpaikan agama islam ke serata alam..tpi pernah nabi kita smpai kat tanah melayu..pernah nabi smpai ke negara cina,india dan sebagainya….kuasa mnda adlh keinginan di dlm minda degan wujudnya bayangan…..fhmkan maksud doa…kinginan minda sma ada…bisikan hati bnyangan..adlh doa..kita kepada allah..slagi mana kuat kingann kita allah mngkn akan mmkbulakan……bnyak lagi..kalo nak tau bli buku (quranic law of attraction)..dlm al-quran bnyak mngajar kita tntang kuasa mnda..bgi barat dorng yakin minda yng megubah..bgi kita kuasa minda adlh doa kita kepada allah.berbeza dgan doa kita mengangkat tagan……
kuasa mindalah ini lah yng tlah umat islam tngalkan…..tngok zaman nabi dan para sahabat..mereka dah takluk dunia ni di bawah tapak kaki meraka….lihat bagaimana salhudin al-ayubi…..meraka mnang dlm perang salib……dan bnyak lagi….kaji lah dulu sblum mengatakan sesuatu…..
Satu hari di kursus ESQ. seorang sahabat bertanya kamu nangis? ya aku tak dpt menahan rasa insaf dan kerdilnya aku dibawa oleh burung lang itu. Kamu ikut burang tu? Ya..jauh..jauh bebas di awan , aku renung ke bawah oh halusnya, terlalu besar tingginya kuasa Allah. Kenapa aku tak rasa macam tu?.. Aku senyum dan katakan kepadanya aku pernah rasai ini dulu ketika aku kursus kuasa minda. aku di suruh pejamkan mata bayangkan kamu berada di universe. Karyawan itu berkata-kata lagi hingga ke satu tahap aku menjadi sebak dan aku puas baru aku kenal diriku. Rupanya bertahun lama aku mencari diri. Kini aku bertemu dan aku berjumpa ESQ menambah faham lagi tentang apa yang ku cari. teringat kata-kata ustaz memberi semangat pergilah kutiplah kembali ilmu yang telah hilang.