Hari ini saya menerima email daripada Saudara Sayyid yang meminta saya mengumumkan tentang kursus reiki yang beliau jalankan. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari kursus master reiki secara jarak jauh, anda boleh mempelajarinya dari pada saudara Sayyid.
Saudara Sayyid telah membina satu modul kursus secara jauh master reiki kundalini. Antara perlatihan yang berada di bawah modul beliau ialah
? Rawatan Penyembuhan
? Rawatan Penyembuhan Jarak Jauh
? Meditasi Kundalini Reiki
? Pembersihan Energi Negatif
? Perbaiki Hubungan Karma
? Rawatan situasi / kualiti.
? Kristal Reiki / Diamond Reiki
? Trauma Kelahiran
? Pembersihan Lokasi
? Mengatasi Masalah Orang Berhutang
? Teknik Memberi Attunement Kundalini Reiki Kepada Orang Lain (Peringkat Master)
Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari kursus ini, sila klik URL yang diberikan http://www.freewebs.com/energy-reiki/. Anda boleh membaca secara detail tentang kursus yang dianjurkan oleh saudara Sayyid .
Secara peribadi , saya merasakan yuran yang dikenakan amat berpatutan iaitu RM650 ,kerana melalui pengalaman saya, saya terpaksa membayar RM1500, untuk kursus reiki advanced level sehingga ke master reiki.
Jadi jangan lepaskan peluang ini. Semoga anda akan mendapat manfaat daripada kursus yang dijalankan oleh saudar Sayyid .






Salam semua.
Terima kasih linn krn sudi bkongsi dengan pembaca tentang ilmu reiki dan meletakkan link website saya. Saya amat bersyukur dan skali lagi terima kasih linn.
sebenarnya hanya ingin bkongsi sedikit keilmuan yang berkaitan dengan teknik menggunakan energi alam semulajadi, selain rawatan utk fizikal, mental, emotional…ia juga untuk mempercepatkan proses hajat/niat dan menarik segala apa yang ada untuk kebaikan diri – spt. rezeki, jodoh, cita-cita & byk lg.
semoga saya, linn & para pembaca sihat fizikal, minda, emosi & rohani.
Salam,
Sayyid
Salam semua…semoga ceria2 sepanjang masa.
Alhamdulillah, salah seorang dari pembaca blog linn ada yang berminat utk ambil kursus master kundalini reiki. Mudah2an keilmuan reiki ini dapat dimanfaatkan utk kesejahteraan semua.
InsyaAllah saya akan update website saya dari masa ke semasa dgn plbagai info mengenai reiki..
Kawan2 boleh juga berforum di Forum-Reiki, sekiranya ingin berborak mengenai reiki/minda/metafizik… http://www.freewebs.com/forum-reiki/forum.htm
Belajar dengan Master Sayyid secara jarak jauh rasa macam belajar secara hadir diri. Saya pernah mempelajari ilmu lain secara hadir diri, sekitar 2 jam selama 3 hari berturut-turut untuk peringkat 1 hingga master. Tapi yang ni walaupun bukan 2 jam sehari, tetapi call, email, sms daripada Master Sayyid sentiasa mengiringi pada waktu pagi, petang dan malam. Baca manual, attunement, meditasi terasa bagai bersama guru.
Terima kasih tak terhingga kepada Linn dan juga Master Sayyid
Salam encik akmanizam…
Bsyukur kpd Allah, dgn izinNya selesai proses attunement. Saya sentiasa pantau para pelajar saya kerana ingin mereka jua seperti saya.
Untuk akmanizam, insyaAllah sijil, buku akan dipos. Selepas proses attunement Kundalini Reiki selesai sehingga Gold Reiki – tuan akan diberi attunement Reiki Hikmah Sufi Level 1-7 + ‘band’ (tingkatan energy) unlimited.
Kepada yang ingin mengambil Kusus Master Kundalini Reiki secara hadir diri, akan diadakan pada 1 Disember 2007 (Sabtu)
Keterangan lanjut, boleh layari di:
http://www.freewebs.com/energy-reiki
Master Sayyid,
Pakej yang agak bagus, dengan ada reiki hikmah sufi. InsyaALLAH saya teringin nak belajar reiki hikmah sufi. Sampai masa saya akan belajar dengan master Sayyid
Salam ceria utk Linn.
InsyaAllah. Saya dalam cadangan ingin membuat kursus sambil bersantai di Sungai Chongkak, Hulu Langat Selangor pada hujung tahun ni.
Dalam proses mengemaskini website.
Salam semua…
ALhamdulillah setakat ini sudah 2 orang yang telah mendaftar untuk Kursus Master Reiki Kundalini di Sungai Congkak 30 Disember ni…
Masih ada 8 kekosongan lagi. Kepada yang berminat dan ingin mengenali reiki dengan lebih dekat bolehlah menghubungi saya bila2 masa.
Salam ceria,
Syed Mansor Syed Mahazar
+6019-300 6668
http://www.freewebs.com/energy-reiki
A’kum,
Boleh saya tanya, adakah reiki yang En. Syed tawarkan ini sama dengan reiki di http://www.reiki-malaysia.com ?
Adakah En. Syed pelajar / pengajar dari http://www.reiki-malaysia.com ?
terima kasih
Salam Karman…
Ya, benar. Sama dgn website tersebut.
Dan saya adalah murid kpd Master Hisham. Beliau yang mengajar saya melalui manual yang disediakan, tapi attunement dari Dr. Zulkifli Alias.
Salam ceria,
Syed Mansor Syed Mahazar
+6019-300 6668
http://www.freewebs.com/energy-reiki
Ooo… begitu… saya baru tanya Master Hisham tadi, menurut katanya, beliau dijemput oleh Dr. Zulkifli untuk mengajar Reiki pada ketika itu, tetapi attunement & sijil oleh Dr.Zulkifli sendiri…
Dan Master Hisham ada memuji, katanya Master sayyid adalah antara contoh pelajar yg terbaik kerana belajar reiki dan mempraktikkannya… tidak hanya simpan buat pekasam sahaja…
p/s: patut ler saya tengok website Master Sayyid byk persamaan dengan master hisham… heheheee..
Saya ni pun masih belajar dan terhutang budi sangat dengan Master Hisham kerana byk ‘guide’ saya sehinggalah sekarang.
Salam ceria,
Syed Mansor Syed Mahazar
+6019-300 6668
http://www.freewebs.com/energy-reiki
Assalamualaikum,
Sebelum saya diattunekan:-
Sebenarnya saya memang yakin dengan energy reiki ini selepas saya menerima free healing dari master sayyid.
Selepas sahaja saya mendapat healing jarak jauh, apabila berbual tentang reiki tangan saya berasa sejuk2 dan panas2 sedikit, apabila saya kenalkan apa itu reiki kepada kawan, tangan sebelah kiri saya terus terasa sejuk macam baru pegang ais rasanya – itu belum diattunekan lagi.
Dan apabila saya minta master sayyid buat healing pada kawan saya, saya pula yang lebih dulu merasai energy reiki itu-memang ajaib. Esok harinya kawan2 maklumkan rasa selesa dan badan rasa ringan dan bertenaga.
Selepas saya diattunekan :-
Alhamdulillah saya telah di attunekan dan saya amat berterima kasih kepada Master Sayyid.
Semasa saya diattunekan saya merasa kedua tangan seolah-olah ada semut disusuli dengan rasa cucukan jarum, panas dan kebas. Sesekali jari telunjuk sebelah kanan bergerak dengan sendirinya. Bahagian tengkuk tapak kaki juga terasa energy reiki sedang bergerak. Malam tu juga saya cuba buat jarak juah pada adik saya dan ternyata dia akui seluruh badannya dapat merasai energy reiki dan pagi nya saya dimaklumkan dia cukup sihat dan bertenaga – saya bersyukur mendapat ilmu reiki ini dan tak sabar2 rasanya dapatkan ilmu ini hingga tamat.
Selamat maju jaya…………………………..
boleh terangkan sedikit tentang apa tuu kundalini, gold reiki
my father practices Reiki and it is helpful for the general health.`.: