
- Image via Wikipedia
Bukan sesuatu yang baru bagi saya apabila mendengar orang berkata bahawa:
Law of Attraction merupakan suatu penipuan
Law of Attraction bukan untuk saya
Saya tak percaya Law of Attraction
Proses manifestasi amat sukar
Ia bukan Law of Attraction. Ia kerana awak bertuah. (Memang pun. Saya menggunakan Law of Attraction untuk mencipta tuah saya)
Dulu saya berasa ragu-ragu tentang Law of Attraction juga.
Bila saya mula mangaplikasikan Law of Attraction dahulu, saya hanya duduk pada kerusi rehat saya dan buat visualisasi sepanjang hari untuk beberapa hari.
Hasilnya, banyak kerja serta tugas saya terabai dan tiada apa-apa yang berlaku.
Saya tidak faham mengapa impian saya tidak dimanifestasikan dan mula berasa tertekan. Saya berasa tertipu dan timbunan kerja saya semankin banyak. Saya berasa seperti hendak putus asa pasa masa itu.
Terima kasih kepada kedegilan serta perasaan ingin tahu saya yang mendorong saya untuk mendalami pengetahuan Law of Attraction.
Saya banyak mencari dalam internet, membeli banyak ebook, audio, kursus serta melabur dalam coaching program. (Bukan semuanya sekali gus)
Pengalaman mengajar saya bahawa harga yang perlu dibayar untuk TIDAK mendidik diri sendiri adalah jauh lebih tinggi.
Ini bermakna adalah amat berbaloi bagi saya untuk melaburkan wang saya yang berlebihan dalam ilmu serta pendidikan untuk membangunkan diri saya.
Tindakan yang saya ambil terbukti bijak dan betul. Semankin banyak saya belajar, semankin saya faham mengapa saya gagal dahulu dan bagaimana untuk membetulkan kesalahan tersebut.
Semankin banyak saya belajar ilmu LOA dan kuasa minda, semankin banyak rahsia tentang LOA dan kuasa minda yang saya kumpul.
Gabungan ilmu ini telah banyak menyumbang kepada kejayaan saya pada hari ini.
Saya terpaksa mengaku bahawa bukan semua buku yang saya beli, bukan semua kursus yang saya hadiri adalah baik. Ada yang memuatkan perkara yang remeh sahaja.
Jika anda adalah seperti saya yang mempunyai semangat ingin tahu yang kuat serta bertekad untuk mendalami ilmu LOA dan mencipta kejayaan anda pada hari ini, saya boleh syorkan anda beberapa sumber maklumat yang hebat yang pernah saya baca dan dengar.
Magnet Rezeki – Mesti baca
Attraction Accelerator – Audio yang dapat meletakkan minda anda dalam gelombang alpha. Sesuai didengar apabila anda melakukan visualisasi ataupun tugasan yang memerlukan kreativiti.
Untuk sumber-sumber lain dalam Bahasa Inggeris, sila rujuk laman ini.
Kesemua sumber ini telah saya baca dan dengar dan mereka banyak membantu dalam mencipta kejayaan saya. Hari ini tibalah giliran anda untuk mencipta kejayaan anda sendiri.
Selamat berjaya,
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=b9e55c49-fb82-44f1-8994-13d85e0ee393)




saya setuju dengan anda,untuk memahamkan LOA dan kuasa minda bukan dapat sehari dua.
Ada harga yang perlu dibayar….
Salam bahagia,
Terima kasih atas tambahan ilmu . Saya sedang mempelajari dan mengamalkan LoA. Tak kira kejayaan kecil atau besar ianya penting bagi saya meneruskan usaha memahami LOA ini.
Sekian.
Salam.
Katakan tidak kepada gagal.
Tidak berjaya untuk kali pertama bukan lah gagal.
Mungkin belum menenui caya yang berkesan.
Edison mencuba berapa kali sebelum beraya buat lampu?
Ingat tu!!!
Terima kasih kepada komen-komen kalian.
Ia amat bermakna bagi saya.
salam sejahtera…
blog yg menarik…diperkenalkan oleh kawan saya…saya masih meneruskan applikasi LOA ini walaupun saya belum rasakan ‘result’ yg sebenarnya…tapi saya tak nafikannya kerana ada antaranya berhasil tapi pada perkara2 yang kecil sahaja…perkara yg besar; mungkin ada sekelumit keraguan di hati saya…mungkin cara saya salah, tidak faham, tidak serius, dan tidak konsisten dalam mengaplikasikannya…
Hai Amy,
Dengan usaha yang gigih, anda pasti dapat melakukannya.
Jangan putus asa.
Kejayaan yang besar bermula dari kejayaan yang kecil.