Magnet Rezeki Bakal Menemui Anda

25

Category : Info

Sudah tiba masanya untuk saya bercerita tentang e-book ini. Alhamdulillah, saya sudah lama menyiapkannya. Cuma perlu melalui proses terakhir untuk mengeluarkannya. Sampai masanya jika anda benar-benar menginginkannya InsyaALLAH ianya akan menjadi milik anda. Apa pun e-book ini adalah e-book BERBAYAR. Mengapa berbayar?, kerana saya merasakan ilmu yang saya tulis di dalamnya amat berharga. Adakalanya sesuatu yang berharga, jika diberikan secara percuma ianya tidak dihargai dan tidak digunakan sebaiknya.

Survey telah membuktikan bahawa majoriti diantara kita yang tidak berjaya mencapai apa yang diimpikan dan diinginkan walaupun telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, menghadiri seminar motivasi,fokus pada impian berfikiran positif dan apa jua yang dilakukan demi meneruskan kejayaan. Persoalannya, mengapakah semua ini berlaku? Jawapannya adalah mudah. Kunci kejayaan yang utama adalah kekuatan yang ada pada minda separa sedar.

Pakar minda dan motivasi juga ada mengatakan setiap kegagalan yang kita alami dalam kehidupan merupakan manifestasi dari konflik yang terjadi antara minda sedar dan minda separa sedar, dan setiap kali konflik ini berlaku kemenangan menjadi milik minda separa sedar.
Kita sentiasa diingatkan dengan kata-kata, manusia adalah makhluk ciptaan ALLAH yang paling hebat. Malahan sekiranya kita melihat sahabat kita yang kecewa , kita pasti menggunakan ungkapan itu bagi menenangkannya.
Ketika kita mendengar ceramah agama sekali pun, Perkataan itulah yang sentiasa diulang-ulangkan. Kerana kata-kata itu adalah sesuatu yang benar, tiada lagi yang benar selain daripada kata-kata tersebut.Tetapi berapa ramaikah diantara kita menghargai kehebatan tersebut?

Buktinya, berapa ramaikah manusia yang gagal dalam kehidupan. Betapa ramaikah manusia yang meninggalkan dunia ini, tanpa merasai nikmat kehidupan yang sebenar?. Berapa ramaikah manusia dapat merasai nikmat daripada kesempurnaan yang telah dianugerahkan kepada kita sebagai manusia. Berapa ramaikah manusia yang merintih kerana kemiskinan.Jika kita benar-benar menghargai kehebatan itu, sudah pasti ramai manusai di dunia ini benar-benar merasai erti kejayaan hasil daripada kehebatan yang dianugerahkan ALLAH kepada kita. Sayangnya hanya segelintir sahaja yang mampu menggunakan kehebatan itu sepenuhnya. Atas dasar kesedaran inilah saya mengeluarkan e-book ini.

Namun sebagai peringatan, ebook ini tidak mengajar anda untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat. E-book ini juga tidak mengajar anda tentang skim cepat kaya. e-book ini juga tidak mengajar anda mendapatkan wang dan rezeki dengan hanya duduk dan merintih. Sekiranya anda mempunyai persepsi seperti di atas dan sewaktu dengannya, e-book ini bukan milik anda.
Ebook ini hanya untuk sesiapa yang ingin mengetahui tentang :

  • Rahsia kejayaan dan kekayaan yang sebenar
  • Konsep rezeki yang sebenar
  • Rahsia mengapa kegagaan itu berlaku, sedangkan terdapat individu yang dapat mencipta kejayaan dengan mudah
  • Menyingkap rahsia Law of attraction untuk kejayaan
  • Bagaimana untuk menjadikan diri anda sebagai magnet rezeki.
  • dan beberapa rahsia lagi terkandung di dalam ebook ini.

Sekiranya anda benar-benar berminat untuk mengetahui tentang e-book ini dengan lebih mendalam. Nantikan hari pelancarannya pada 18 september 2007.
Saya tidak akan menyatakan harga e-book ini di sini. Tetapi, potongan harga melebihi 60% akan diberikan pada hari pelancaran ebook ini. Anda tidak perlu mengeluarkan wang sehingga RM50 ketika hari pelancaran tersebut, malahan ianya tidak mencecah RM 33 untuk anda memiliki ebook ini, ketika hari perlancaran. Jadi jangan lepaskan peluang ini,kerana promosi tersebut dijalankan bagi menghargai pembaca blog ini dan individu yang mempunyai kesungguhan untuk memilikinya.

Dan harga tersebut diberikan bukan hanya untuk ebook ini sahaja. Tetapi ianya disertakan dengan beberapa perkara lain yang anda akan ketahui pada hari perlancaran tersebut. Yang pasti ianya akan berbaloi untuk anda.
Nantikan hari perlancaran e-book magnet rezeki….

Comments (25)

saya tertunggu ebook ini. Kebetulan dalam tajuk yang menjadi kegemaran saya. Moga kehadiran ebool dari Linn ini akan membantu ramai orang yang memerlukannya.
Tolong “book” untuk saya satu ye linn.

Askm

Satu tajuk ebook yang menarik. Insyallah saya mesti memilikinya.

Saudara Amar dan Mkhairi,

Dapatkanlah pada harga promosi , harga tersebut istimewa untuk pembaca blog ini.

Tahniah, saya ucapkan kepada Linn untuk penerbitan ebook ini.

Saya yakin ia akan menjadi sebuah kejayaan yang besar :)

Salam,

Wah dah tak sabar nak tunggu :) pasti ramai yang akan beroleh manfaatnya..

Terima kasih Raymond dan Dikmal. Sebenarnya cemas juga ni..

Attract Success, Attract Success. Believe that it will be the biggest hit of the year.

:arrow: Ask, Believe, Receive – Remember. Visualize it. :wink:

Assalamualaikum Linn.

Wah saya pun tak sabar jugalah..tapi takpe tak lama lagi..sabar menunggu.

Terima kasih Raymond dan Nur,

Tak tahu nak cakap macam mana perasaan saya sekarang. Saya rasakan seperti ada satu signal yang saya sendri tidak dapat tafsirkan apakah maksudnya

akum. bgi bleh saya memperolehi ebook tersebut? saya sungguh teruja untuk mendapatkannya!

Assalamualaikum, promosi yang menarik, sambutan yang hebat dikalangan pengunjung blog ini. Saya pun sememangnya sedang menantikan kehadiran ebook ini dan ingin meneroka ilmu yang terkandung didalam ebook tersebut.

Jadi Kak Lin, jangan lupa ‘book’ untuk saya 1 ok.. Sambutan memang menggalakkan. Semoga puasa saya akan lebih bermakna dengan membaca ebook ini.

Sekian terima kasih.
Luth.

[...] Kejayaan Anda Bermula Disini.. « Magnet Rezeki Bakal Menemui Anda [...]

assalammualaikum

hi..lin
untuk pengetahuan lin saya nie..newcomes dlm dunia maya nie….saya selalu lawati blog nie…tapi tanpa meninggalkan apa msg…this is the first..
dgn ada nya ebook aak nie…hopefully dpt membantu saya dlm menambah kan ilmu di dada..ye lin

saya suka blog awak …apatah lagi ebook yg akan kluar nie
syabas..lin :smile:

Luth& Yatie,

Terima kasih ye

Semoga ebook ini success dan gempaq!!!

[...] BlogRush – Your Blog Syndication Network BeritaBadruzamani Azmi Bagi seorang blogger, pelbagai cara boleh yang ‘baik’ boleh digunakan untuk mendapat rezeki yang halal. Antaranya ialah pengiklanan. Namun, untuk menjana pendapatan bukanlah satu ‘jalan’ yang mudah bagi kita. Sering kali kita di uji dengan kejujuran dan kesabaran. Tetapi, percayalah bahawa ‘setiap musibah / ujian yang menimpa mempunyai hikmah-Nya yang tersendiri’. [...]

hi..lin,
Sebuah ebook yg lain pendekatannya berbanding di pasaran
InsyaAllah saya akan memilikinya nanti

Tahniah

Assalamualaikum,
Tahniah kerana menghasilkan buku yang pasti berguna untuk semua nanti. Dengan ini saya nak tempah satu. Walau macam mana keadaan nye pun tolong simpankan satu untuk saya yer.

Terima kasih Lin

A’kum lin,

tahniah!! saya menunggu ebook anda..dah lama nak buat duit..tapi tak pandai-pandai pun..asyik gagal aje..

[...] : Lebih huraian mengenai buku ini, boleh baca di sini : Magnet Rezeki Bakal Menemui Anda Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover [...]

:grin:
Salams..

Baru abis scan thru EBook… nanti baru nak baca page by page….

Komen saya;
Pengisian yang sungguh menarik..
Gaya bahasa mudah difahami…
Dapatkan segera…
Bahan bacaan yang baik di bulan yang baik :lol:

nak tau camna nak dapatkan ebook ni.

Hikmah, semalam ebook magnetrezeki sudah dilancarkan. Untuk mendapatkannya, sila klik http://www.magnetrezeki.com.

hantal e-mail pade saye sekiranye buku tersebut dilancarkan. saya ingin memiliki buku tersebut.sekian.
trimas.

congratulation miss. madam linn.

Post a comment