Manipulasi sistem kewangan

7

Category : Info

Sekarang saya berada di KLIA. Lebih kurang pukul 11 nanti saya akan berlepas ke Langkawi untuk menghadiri seminar dan juga bercuti sehingga hari isnin.

Sudah bertahun lamanya saya tidak menjejakkan kaki ke Langkawi rasanya terakhir ketika saya masih lagi seorang pelajar di universiti, kami satu kelas telah menghadiri seminar Malaysia Singapore Conference di bumi legenda mahsuri itu.

Kepada individu yang menghantarkan komen dan ianya tidak disiarkan, saya minta maaf banyak-banyak, kerana mungkin komen tersebut telah dihantar ke spam folder. Saya amat cuai kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada anti spam untuk mengawal komen spam yang masuk, akhirnya komen yang bukan spam pun dikuarantin juga. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati.

Saya ada membaca satu buku bagaimana untuk melangsaikan hutang dengan kaedah yang agak sedikit kontroversi.

Kaedah yang digunakan agak menarik sekiranya saya telah mengetahui lebih awal, mungkin saya juga menggunakan kaedah ini untuk melangsaikan hutang.

Namun untuk waktu sekarang, alhamdulillah, saya hanya menggunakan ianya sebagai satu panduan sahaja, mana tahu satu hari nanti saya perlu menggunakan teknik itu untuk membantu orang lain menyelesaikan masalah hutang.

Teknik yang dikongsikan sebenarnya sah disisi undang-undang,dan teknik ini bakal membantu ramai orang, khususnya golongan bumiputera untuk melangsaikan hutang.

Panduan ini secara dasarnya berkaitan dengan penggunaan Overdraft dengan menggunakan ASB sebagai cagaran.

Antara teknik unik yang didedahkan adalah bagaimana kita dapat menggunakan wang tersebut untuk belanja dan membuat bayaran hutang.

Secara peribadi ianya merupakan satu pendedahan ilmu yang baru , malangnya saudara Razif terpaksa memberhentikan jualan ebook
Pengurusan Kewangan ini pada 31 Mei 2009.

Jadi rebutlah peluang untuk mendapatkan panduan ini . Klik imej dibawah untuk mengetahui apakah kaedah yang dikongsikan oleh saudara Razif.

Comments (7)

Ya, pendedahan ebook ini memang sedikit luarbiasa…sebenarnya konsep dan teori yang ditonjolkan oleh pengarang dah memang “establish” dalam buku pengurusan kewangan/ financial management untuk syarikat2…

Tapi tak salah kalo diaplikasikan untuk individu..beli jangan tak beli…terdapat pendedahan menarik dalam ebook tu :-D

Sewaktu saya mengetahui tetang pendedahan ini, saya agak terlewat untuk memiliki ebook ini, namun setelah membaca edisi percuma, saya dapati ia amat berguna utk saya menyelesaikan masalah kewangan saya. Oleh itu, jika sekiranya ada teman2 yang sudi menjualkan salinan kepada saya adalah dialu-alukan.
saya amat berharap dengan adanya panduan ini dapat menyelesaikan permasalah saya.
Untuk teman2 yang mahu berkongsi panduan yang dimaksudkan ini bolelah email kepada saya: zazrie@yahoo.com

salam, saya baru sahaja mengetahui tentang buku manipulasi kewangan, tetapi sudah terlambat, saya amat amat berhajat buku ini krn saya adalah salah seorang yg mempunyai masalah kewangan yg amat berat ekoran kesilapan pengurusan kewangan dengan betul. saya amat berharap ada seseorang yg sudi menjual ebook ini kepada saya demi utk membantu saya membaiki semula kesilapan yg pernah saya lakukan dahulu. semoga Allah membals budi saudara.

siakap499@yahoo.com

salam,saya antara salah seorang yg mungkin baru tahu tentang e book ini .Setelah membaca free edition yang dihantar melalui e mail saya rasa e book ini amat berguna untuk saya.sehubungan dengan itu saya berharap ada di kalangan tuan tuan sudi menjual e book ini kepada saya.

kamal
tredia84@yahoo.com

Untuk e-book manipulasi sistem kewangan tu, saya dah pun dapat. memang amat berguna kepada mereka yg menhadapi masalah kewangan. Tips yang diberi amat berguna. saya merupakan salah seorang yang membeli e-book tersebut selepas penjualan dibuka semula utk kali yg terakhir. Alhamdulillah….syukur.

saya amat tertarik dengan kandungan dan ulasan buku ini..malangnya sudah terlewat…sekiranya ada sesiapa yang sudi berkongsi @ menjual salinan buku ini, adalah amat saya alukan..mgkin blh merungkai masalah kewangan saya..harap ada yang sudi…

irsyadanial@gmail.com

Salam kepada semua…Saya adalah seorang individu terdesak yang ingin keluar dari kepompong hutang piutang.Mohon pertolongan kepada pihak saudara saudari semua berbelas kasihan kepada saya untuk menjual salinan fotostet buku ini kepada saya.sekian

Post a comment