Salam perkongsian semua. Apa khabar ? semoga sihat walafiat dan selamat bersantai dihujung minggu.
Baru-baru ini saya menerima sms yang menyatakan seorang rakan lama telah meninggal dunia. Agak tragis kerana beliau memilih untuk mengakhiri hayatnya dengan menelan pil secara berlebihan. Puncanya adalah kerana masalah yang tidak tertanggung. Pun begitu saya tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa dengan menulis cerita ini.
Saya pasti setiap dari kita tidak sunyi dan terlepas dari masalah, tidak kira kecil atau besar dan apa jua masalah sekali pun. So saya kongsikan cerita untuk kita hayati bersama.
Kisahnya seorang lelaki yang sering mengeluh. Kerana pada fikirannya sepanjang hidupnya dia tidak pernah merasakan ketenangan. Hatinya tidak pernah sepi dari kerisauan. Dia merasa cemburu dengan mereka yang mampu bergelak tawa umpama tiada masalah yang pernah melanda.
Hati lelaki itu tidak mampu untuk menyerap semua masalah yang menghimpit jiwanya. Kecelaruan itu membawanya ke hujung kampung, yang mana terdapat sebatang sungai untuk mencari sedikit ketenangan. Di sungai itu dia sering melihat seorang lelaki tua, wajahnya sentiasa tenang, bersih dan kedamaian sentiasa bertamu diwajahnya.
Lelaki itu ingin sekali berkongsi rahsia dengan lelaki tua tadi. Adakah betul lelaki tua itu langsung tidak menghadapi masalah sepanjang hidupnya ? Runggutan dan keluh kesah itu didengari oleh lelaki tua tadi, lantas dia dibawa ke satu tempat.
Pasti semua tertanya-tanya kan ke manakah gerangan lelaki tadi dibawa oleh lelaki tua itu. Tempatnya ialah sebuah kolam yang besar bersama sebiji cawan dan dua bungkus garam.
‘ Nak….’ lelaki tua itu bersuara.
‘ Ambilah cawan ni, isikan air dan masukkan sebungkus garam ke dalamnya, kemudia minumlah air itu’. Lelaki tadi kebingungan tetapi tetap menurut apa yang dikatakan lelaki tua itu.
‘ Apa rasanya ? ‘ tanya lelaki tua itu
‘ Masin ‘ jawab lelaki itu dengan seribu kerutan diwajahnya.
Lelaki tua itu tersenyum dan lantas meminta lelaki tadi memasukkan sebungkus garam ke dalam kolam dan menghirup airnya. Sekali lagi lelaki itu menurut tanpa banyak soal.
‘ Apa rasanya ? ‘ tanya lelaki itu sekali lagi.
‘ Tawar, tidak semasin tadi ‘.
Garam tersebut diibaratkan masalah manakala cawan dan kolam itu adalah hati dan diri kita. Setiap dari kita tidak lari dari mempunyai, ditimpa dan diuji dengan pelbagai masalah. Andaikata hati kita hanya sebesar cawan, maka kita akan merasa betapa perit, seksa dah pahitnya masalah itu. Jika hati kita sebesar kolam, apa pun masalah yang mendatang kita akan mampu untuk menghadapinya dengan senyuman.
Sebab kita tahu dan faham, setiap ujian dan masalah yang terhampar dihadapan kita, bukan semata-mata untuk menyusahkan kita, sebaliknya kita diminta untuk berfikir dan bermuhasabah diri. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat dan tersurat. Ingat ALLAH tidak akan menguji para hambaNYA diluar batas kemampuan mereka.
Oleh itu sama-samalah kita berlapang dada dan sentiasa membesarkan hati dan jiwa kita supaya kita mampu untuk memikir dan mengingati perkara-perkara yang menggembirakan dan membahagiakan. Janganlah membiarkan hati kita hanya sebesar cawan takut kita tidak mampu untuk menanggung diri sendiri.
Salam Hormat
-Ima Harlina -





Saya amat bersetuju.
Jangan pinggirkan akal kerana hati
Dulu ada satu cerita di mana seorang kekasih sanggup bunuh kekasih dan teman lelakinya… alaa.. yang jadi drama tu.. (Cinta Banduan)… nyanyian Saleem…
p/s: itu pun mengundang bala… sanggup bunuh kerana berfikir singkat.. alahai…
aku hanya seorang hamba..apakah yg mampu aku lakukan bila di berikan ujian melainkan REDHA dengan kehendakNYA… SESEUNGGUHNYA REDHA DI ATAS KETENTUAN ALLAH MENJADIKAN ANDA ORANG YANG PALING KAYA…aku sesungguhnya di uji dan pasti akan di uji lg..tp bukan kah DIA sentiasa bersama kita? ALLAH WITH ME, STILL WITH ME, AND ALWAYS WITH ME…
ikhlas, paserah dan bersyukur …. TRY it
Salam,
Terima kasih atas perkongsian yang agak bermakna dari Cik Ima Harlina. Harapan saya semoga saya dan semua pembaca blog ini mempunyai hati sebesar kolam dalam juga yang berlaku. Supaya kita akan sentiasa tersenyum dalam apa juga dugaan , ujian yang kita hadapi.
Sifu Rohaizad,
Saya pernah dengar cerita pasal banduan itu siap cipta lagu lagi. Cuma saya tidak pasti samada ianya kisah benar atau hanya cerita dongeng. Kalau kisah benar , inilah hakikat manusia boleh berubah jadi apa saja jika emosi tidak terkawal. Apa pun yang paling penting letak ALLAH nombor 1 dalam segala urusan , termasuklah bercinta.
Hi Zoelhilmi,
Iyeah ramai yang menyedarinya tapi berapa ramai yang berjaya untuk mengaplikasikannya. Kata orang bertindak tanpa berfikir itu mengundang malapetaka.
Salam Rohaizad,
Iyea, cinta tiga segi kan, video klipnya tersebar merata, untuk apa tujuannya saya sendiri kurang pasti. Ikut hati mati ikut rasa binasa. Diharap dengan adanya perkongsian sebegini akan dapat membantu kita mengawal rasa dan emosi.
Salam Nor,
Setiap apa yang ada di muka bumi ALLAH ni, merupakan hamba kepadaNYA. ALLAH sentiasa berada disisi kita, tidak sesaat pun dia meninggalkan kita, cuma kita yang seringkali meninggalkan dan menidakkan kehadiranNYA.
Hi Linn,
Begitulah hendaknya…kalau kita rasa hari ni cabaran adalah hebat, kita belum pasti cabaran hari esok macam mana, kalau cabaran yang sedikit kita sudah mengeluh bagaimana agaknnya kita menghadapi hari muka….so lapangkan dada dan minda……DIA sentiasa bersama kita dulu, kini dan selamanya
Hi SEFT,
Itulah yang sebaik-baiknya, Semoga kita semua mampu mengamalkannya.