Masalah kewangan-ubatnya ada pada anda.

3

Category : magnet duit, Mental block

Kebelakangan ini saya menerima banyak email yang bercerita tentang masalah kewangan yang dialami dan ada juga email yang diterima meminta saya membantu mengajar berniaga di internet. Ada email yang telah pun saya balas, dan masih lagi ada email yang saya masih biarkan di dalam inbox saya tanpa balasan kerana saya terfikir untuk menjawab secara umum melalui blog ini.

Jika anda ketika ini merasakan adalah terlalu sukar untuk mendapatkan wang atau rezeki. Saya akui, saya pernah berfikir , merasa dan mengalaminya satu ketika dulu.

Malahan ketika saya berada di zaman bergelar pelajar universiti saya pernah bekerja menjual barang untuk menampung keperluan pembelajaran ketika itu kerana saya tidak sampai hati untuk meminta wang dari nenek saya untuk perbelanjaan saya ketika itu. Jika anda tidak yakin atau percaya pada kenyataan saya ini, salah seorang penulis yang berkongsi ilmu di blog ini iaitu saudari Ima Harlina seorang rakan baru yang saya kenali ketika waktu itu pernah memasukkan wang secara diam-diam ke dalam dompet saya dengan niat untuk membantu.Walaupun agak marah dengan tindakan beliau ketika itu tetapi saya bersyukur kerana saya tahu bahawa saya memiliki seorang sahabat yang sentiasa bersama saya tidak kira diwaktu senang atau susah.

Mungkin cerita hari ini agak sedikit panjang, walaupun saya tidak ingin mengingati segala kenangan silam yang memedihkan kerana hukum tarikan , tetapi saya masih lagi ingin berkongsi kerana saya ingin anda tahu bahawa saya pernah merasa apa yang anda rasa.

Selepas saya bekerja, saya masih lagi mengalami masalah kewangan yang sama. Walaupun pada mula saya bekerja, pendapatan saya yang agak mewah dengan gaji dan juga pendapatan oncall yang agak lebat, tetapi pada hujung bulan saya tidak mampu untuk menyimpan wang, kemana perginya wang itu? saya sendiri tak tahu.

Mengapa semua perkara ini berlaku kepada diri saya? Jika dulu saya mungkin tidak tahu apakah jawapannya. Tetapi hari ini dengan ilmu yang saya pelajari jawapannya saya telah disabotaj oleh minda saya sendiri. Jadi untuk melihat perubahan kepada masalah kewangan yang pernah saya alami, satu perkara penting saya perlu dilakukan ialah lakukan perubahan kepada minda .

Bagaimana saya disabotaj oleh minda saya? semua itu datang dari masalah lampau yang saya alami.Apa yang saya percaya,fikirkan,dengar ,lihat dan sewaktu dengannya. Untuk mengetahui bagaimana masalah sabotaj ini wujud saya ada kongsikan di dalam ebook magnet rezeki saya.
Jadi jika ketika ini anda mengalami masalah kewangan atau anda mengalami masalah wang mudah masuk dan mudah juga keluar sehingga tidak dapat menyimpan seperti yang pernah saya alami. Nasihat saya, ubah cara anda berfikr, kepercayaan dan persepsi anda terhadap wang. Percayalah setiap penyakit ada ubatnya. Dan saya menganggap masalah kewangan ini juga adalah satu penyakit yang perlu diubati.Jadi untuk merawat masalah ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merawat minda anda dahulu dan ubatnya seperti yang telah saya nyatakan, ubah persepsi , kepercayaan dan cara berfikir terhadap wang dan kekayaan. Jika anda bertanya kepada saya sekarang, adakah sukar untuk mendapatkan wang. Alhamdulillah pasti saya akan menjawab adalah terlalu mudah untuk menjadi magnet duit, kerana rezeki hanya perlu dijemput bukan dikejar.

InsyaALLAH untuk perkongsian akan datang , saya akan berkongsi tips bagi yang bertanyakan tentang perniagaan internet.

Comments (3)

tapi .. kerana pengalaman yang susah ni la sebenarnya mengajar kita untuk terus berusaha .. jika anda berjaya mengharungi kesusahan .. maka kenikmatan akan hadir di penghujungnya .. tak gitu lin.. hehehe

kesusahan ..,masalah..mengajar kita lebih matang dan lebih berfikir

bagus betul blog ini. Dalam 2 minggu lepas saya baru membaca e-book the secret. Saya telah mula belajar menetapkan mind set. Alhamdulillah doa saya selama ini supaya dibukakan jalan untuk menjadi kaya telah dikabulkan. Maha suci Allah. terima kasih….terima kasih …..terima kasih. Alhamdulillah

Post a comment