Mencipta mindset Kejayaan

6

Category : Motivasi

Saya minta maaf kerana minggu ini, saya tidak konsisten menulis dan menjawab komen anda. Dalam 2 minggu , bermula minggu ini, saya agak sibuk kerana menghadiri seminar yang agak penting bagi saya. Bagaimana pun saya masih lagi akan menulis walaupun tidak seperti biasa, sehingga seminar saya berakhir.

Namun begitu, hampir setiap hari , saya akan meletakkan satu video mengenai affirmasi. Di blog saya , samada mengenai affirmasi ataupun cara penggunaan ayat bagi affirmasi.

Untuk video terbaru, yang saya perolehi, saya telah meletakkan video yang mempunyai perkataan affirmasi bagi membantu pembaca yang mempunyai masalah audio,seperti dalam satu komen yang saya terima. Buat masa ini, hanya cara ini, dapat saya membantu anda. Namun begitu, saya akan cuba mempermudahkan lagi, untuk membantu anda sedaya yang mampu. Tujuan saya mengumpulkan video-video tersebut. Supaya anda dapat mempercayai slogan ‘ Kekayaan tidak perlu dicari, hanya perlu berusaha untuk mencapainya.Bagaimana untuk mencapainya , anda perlu berusaha dengan cara yang sebenarnya. Ini adalah koleksi terbaru video affirmasi untuk anda. Attract money today affirmations dan 1 minute to become a money magnet.

Apa pun hari ini, saya juga ingin berkongsi satu affirmasi bagi mencipta mindset kejayaan dalam diri anda. Mindset kejayaan amat penting sekiranya anda benar-benar inginkan kejayaaan. Mengapa? Seorang yang mempunyai mindset kejayaan, beliau akan merasakan setiap masalah adalah satu proses pembelajaran untuk menghadapi kejayaan. Tetapi bagi seseorang yang tidak memiliki mindset kejayaan, setiap masalah akan dikatakan sebagai satu kegagalan untuk mencapai apa yang diinginkan.

Bagaimana untuk mencipta mindset kejayaan? Anda hanya perlu ambil masa selama 18 jam untuk affirmasi ini. Mengapa tidak 24 jam? . 6 Jam lagi masa untuk anda tidur. Bagaimana untuk melakukan affirmasi tersebut? .

Setiap satu jam, lakukan affirmasi ini , ucapkan pada diri anda. Samada hanya dalam hati ataupun dengan jelas. ‘AKU ADALAH KEJAYAAN, KEJAYAAN ADALAH AKU’.

Saya telah melakukan affirmasi ini dan sehingga sekarang saya masih lagi melakukannya. Anda boleh melihat perubahan dalam hidup anda. Samada dari segi emosi dan semangat untuk berjaya. Dan sekiranya anda masih lagi merasakan ianya terlalu sukar untuk dilakukan setiap satu jam iaitu 18 kali dalam masa 18 jam. Sila email saya di Hubungi Kami. saya Saya akan memberitahu kaedah untuk memudahkan lagi kaedah yang sudah sememangnya mudah. Tetapi saya benar-benar tidak berharap anda merasakan ianya satu perkara yang sukar, kerana sekiranya saya menyuruh kanak-kanak sekolah rendah melakukannya. Saya pasti mereka akan dapat melakukannya dengan mudah. :wink:

Comments (6)

Ok, saya akan cuba teknik affirmasi ini.

Saya pasti ia akan berkesan. :razz:

1 minute to become a money magnet video is too fast. I don’t even have enough time to feel it. However, it’s a cool video and thanks for sharing it with us here. :cool:

Raymond,
Cuba jangan tak cuba..

Too fast, because itu 1 minit affirmation. Alah..Raymond, tu sample je..blh tukar buat cara sendiri. Tapi saya lebih suka money today affirmation.. Yang best seminggu I buat tu..dapat satu project besar buat duit…special invitation lagi..syukur !

Wah! seminggu dah nampak result, Hebatnya! aku nak juga! :cool: :cool:

saya juga akan cuba teknik yang dicadangkan.

thanks pada kak Linn, sudi berkongsi :-)

- shueqry -

Hi k.Linn. macam mane nak download Video yg k.linn upload tu ye….x reti la… :grin: Kene bayar ke tu?

Post a comment