Mengapakah Perkara Yang Buruk Menimpa Orang Yang Baik

3

Category : LOA

Nice Day
Image by …-Wink-… via Flickr

Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk bercuti bersama-sama dengan anak murid saya di Tanah Tinggi Genting pada minggu yang lepas. Saat-saat yang menggembirakan itu tidak akan saya lupakan.

Balik kepada Bicara Selasa minggu ini.

Sejak saya menerbitkan Bicara Selasa yang lepas yang bertajuk “Mengapakah perkara yang baik berlaku ke atas orang yang jahat”, saya menerima banyak soalan daripada pembaca-pembaca blog ini dan juga dari blog Law of Attraction saya.

Ada yang bersetuju dengan pandangan saya, ada yang kurang setuju, dan ada yang neutral sahaja. Ini merupakan perkara yang baik kerana itulah tujuan ruang komen iaitu untuk kita berkongsi pendapat supaya perbincangan di sini tidak saya monopolikan.

Syabas, saya ucapkan kepada anda yang memberi komen di sini!

Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan-soalan yang ditujukan. Soalan pertama yang akan saya jawab dalam Bicara Selasa minggu ini ialah, “Mengapakah Perkara Buruk Menimpa Orang Yang Baik?”

Jika kita meneliti Law of Attraction, kita akan dapati bahawa segala hukum di alam ini tidak memihak kepada sesiapa pun. Ia tidak memihak kepada orang yang baik ataupun orang yang jahat.

Law of Attraction tidak kira siapa anda. Ia cuma bertindak balas terhadap gelombang minda yang kita keluarkan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar.

Dalam Bicara Selasa yang lepas, saya nyatakan dengan jelas sekali dan di sini, saya akan berikan satu contoh lagi.

Bayangkan 2 orang di dalam sebuah dapur. Salah seorang daripada merela ialah orang yang baik manakala yang satu lagi ialah orang yang jahat.

Orang yang baik itu meletakkan tangannya di atas dapur yang panas manakala orang yang jahat tersebut meletakkan tangannya pada dinding pada suhu bilik.

Pada pendapat anda, tangan siapakah yang akan terbakar?

Jawapannya amat ketara.

Mengapakah anda fikir bahawa perkara yang buruk (tangan terbakar) berlaku terhadap orang yang baik? Saya pasti anda sudah faham sekarang.

Hukum alam tidak memihak kepada sesiapa pun. Ia Cuma bertindak balas dengan perkara yang kita lakukan.

Haba daripada dapur panas dipindahkan ke tangan orang yang baik tersebut adalah disebabkan oleh keseimbangan terma dan Hukum Keabadian Tenaga diaplikasikan dalam contoh ini.

Balik kepada kehidupan harian kita.

Dalam kehidupan saya, saya menemui ramai orang yang baik tetapi memiliki mindset yang buruk.

Salah satunya ialah seorang pekerja kilang yang sangat rajin dan baik hati tetapi apabila sampai akhir tahun, beliau selalu berkata bahawa beliau tidak akan mendapat kenaikan gaji dan bonus (walaupun belum diumumkan oleh majikan)

Akibatnya, beliau betul-betul tidak dapat kenaikan gaji dan bonus seperti yang “didoakannya” dan orang lain yang dapat kenaikan gaji tersebut.

Law of Attraction tidak kira siapa anda. Ia cuma bertindak balas terhadap gelombang minda yang anda keluarkan (doa).

Beberapa tahun yang lepas, saya ada anak-murid yang baik hati dan naif tetapi kehidupan mereka kelam kabut. Mengapa?

Ini adalah disebabkan oleh minda mereka. Mereka mempunyai minda yang teruk. Antara kata-kata yang sering diucapkan oleh mereka adalah seperti.

“Saya tidak mungkin berjaya”

“Mungkin ia bukan milik saya”

“Mereka akan tinggalkan saya”

Dan banyak lagi.

Daripada kata-kata yang sering digunakan oleh mereka, amatlah mudah bagi kita untuk meramal kualiti hidup mereka.

Jadi, apa yang saya lakukan ialah, saya mengubah mindset mereka. Saya mula mengajar mereka tentang Law of Attraction dan dalam masa 2 bulan, semuanya berubah.

Mereka datang dan mengucapkan terima kasih kepada saya atas perubahan yang saya lakukan ke atas diri mereka, kawan-kawan mereka pun bersyukur dan berterima kasih kepada saya dan semua orang pun berasa gembira.

Saya tidak mengubah diri mereka daripada orang yang baik kepada orang yang jahat ataupun sebaliknya. Apa yang saya lakukan ialah, saya cuma mengubah mindset mereka dan kehidupan mereka berubah secara automatik.

Perkara yang baik boleh berlaku ke atas orang yang jahat kerana mereka pandai berdoa. Mereka memikirkan yang terbaik untuk mereka dan percaya serta yakin pada keinginan mereka.

Anda tidak perlu menjadi orang yang jahat untuk membolehkan perkara-perkara yang baik berlaku ke atas diri anda. Apa yang anda perlu anda lakukan ialah mengubah mindset anda.

Perkara yang baik boleh berlaku ke atas orang yang baik dan orang yang jahat.

Persoalannya bukan siapa anda tetapi bagaimana anda mengaplikasikan Law of Attraction dalam hidup anda.

Menarik yang terbaik,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Comments (3)

Hello,

Nampak gaya issu low of attraction ini agak menarik dan jika di telaah semakin besar peranannya di dalam kehidupan seseorang. Cuma persoalaanya adakah semua perkara akan berlaku hanya berasaskan gelombang minda? setiap kejadian yang menimpa diri sudah tentu ada penyebabnya namun adakah setiap sebab adalah akibat pengaruh gelombang fikiran semata? bagaimana seseorang yang sedang teruk kelaparan yang hanya ada pada fikiran mereka untuk mendapatkan makanan mendahului kepentingan yang lain – namun masih terus juga gagal mendapakan makanan? adakah mereka tidak yakin mendapat makanan ataupun mereka sebenarnya yakin tetapi gagal juga yang terhasil? adakah peranan low of attraction(LOA) dapat melepasi hukum yang lain atau LOA perlu bersandar juga pada hukum yang lain? Apabila fikiran kita mempercayai contohnya cerek di dapur tu panas maka jika kta sentuh secara autmatik kita mengalihkan tangan kerana takut terbakar, namun hakikat yang sebenarnya cerek itu memang tidak panas pun. Reaksi yang terhasil disini adalah pada badan kita sahaja (contohnya mengalihkan tangan serta merta kerana takut panas) kerana minda bertindak langsung pada jasad kita, Reaksi pada cerek yang diyakini panas tadi (sebenarnya cerek tu sejuk) tidak menunjukkan apa apa perubaan kerana minda tidak bertindak secara langsung pada jasad cerek tadi.

Berasaskan kepada keadaan ini menunjukkan low of attraction hanya bertindak pada diri seseorang itu sahaja (jasad yang berminda) sebaliknya LOA tidak mampu bertindakbalas pada jasad lain yang bukan komponennya.

persoalan mengapa perkara baik atau buruk berlaku pada sesiapa sahaja? adakah semata – mata disebabkan oleh LOA sahaja, cuba anda fikirkan? Adakah baik atau jahat itu kita yang mengundang atau boleh terhasil disebabkan cause and effect yang lain diluar kawalan kita, contohnya orang baik dan orang jahat yang tinggal di dalam satu rumah yang terbakar yang bukan berpunca daripada mindakan sesiapa….. kedua – dua mereka juga akan terbakar bagaimana peranan LOA di sini? apa kesimpulan anda?… Jika LOA itu benar, mungkin anda betul….. namun bagaimana proses kelangsungnya untuk menghasil proses cause and effect dan apa limitasinya. seseorang yang meyakini dirinya sihat dan tidak berpenyakit namun setelah dibuat ujian oleh doktor di dapati dia mengidap peyakit kencing manis atau penyakit kanser atau lain – lain penyakit (silent killer). Sejauh mana LOA bertindak pada jasad orang tadi adakah anda berpendapat minda separa sedarnya mempercayai dia sakit? Atau sebenarnya setiap hukum di dunia ini adalah bebas…. namun apabila sekumplan hukum yang bebas itu terbentuk mengikut urutan proses untuk sesuatu Cause and Effect “X” maka akan terjadilah kesan atau hasil “X” tersebut. Sesuatu memerlukan sesuatu dan menghasilkan sesuatu + sesuatu, dan sesuatu + sesuatu itu pulak untuk menghasilkan sesuatu yang baru, atau setiap campuran sesuatu itu perlu membuang sesuatu daripada urutan proses itu untuk menjadi sesuatu pulak. Bermakna di sini setiap sesuatu akan membawa atau mewakili nilai….. yang boleh ditafsir secara bebas oleh setiap benda hidup yang berminda yang di anugerahkan tuhan untuk kelangsungan hidup…. wah semakin rumit ini…. ye.
sekain dahulu….

sekian ….. have a nice day

Salam sejahtera filternote,

Jika anda ada baca artikel-artikel yang lepas, saya ada menulis bahawa law of attraction tidak wujud bersendirian dan semua hum di dunia ini saling bersandaran antara satu sama lain.

Tetapi saya tidak mencampur adukkan semua hukum-hukum alam di sini. Ini adalah kerana, jika semuanya dicampur adukkan, maka ia tidak ada titik permulaan dan pengakhiran. (seperti bulatan)

betul tu, betul-betul.

Post a comment