MENGAWAL TRAFIK SEMASA MEMANDU

3

Category : kuasa Minda

Latihan ini hendaklah di lakukan apabila anda mahir memasuki alam alpha dengan mata terbuka. Memejamkan mata semasa memandu akan mengundang bahaya.

Anda hanya boleh melakukan kaedah ini secara memejamkan mata apabila anda menjadi penumpang bukan pemandu. Jika anda memandu di lorong laju, tetapi ada kenderaan di depan anda yang bergerak perlahan. Masukilah alam Alpha, dan cuba berkomunikasi secara mental dengan pemandu kereta tersebut.

Assalamualaikum encik, tolong ketepi ke kiri laluan, saya hendak memandu dengan laju. Katalah anda mencuba kaedah ini, dan didapati serasi dengan anda. Mungkin kadang-kala ia tidak menjadi seperti biasa.

Ikutilah cerita di bawah ini. Seorang ahli hypnosis amerika telah berjaya menggunakan kaedah ini dengan jayanya pada setiap kali ia memandu. Suatu hari dia sedang mengekori sebuah lori yang bergerak perlahan kerana membawa muatan. Dia telah menggunakan kaedah ini untuk meminta pemandu lori itu untuk bergerak kelorong sebelah. Tetapi lori itu tidak mengubah kedudukannya lorongnya. Ia merasa hairan kenapa hal ini terjadi. Adakah kuasa mindanya telah terhenti? Tiba-tiba, salah satu tayar lori itu pecah dan terbabas ketepi. Pemandu lori berjaya mengawal dan memberhentikan lorinya. Ahli hypnosis itu rasa bersyukur. Jika lori itu bergerak ketepi, dia akan memandu keretanya di tepi lori. Apabila tayar pecah, sudah tentu keretanya akan dihentak oleh lori itu.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan apabila kita dapat mengawal minda kita dengan baik. Jadi gunalah sebaiknya anugerah minda yang ALLAH berikan kepada kita sebagai manusia. Mindalah yang dapat membezakan manusia dengan makhluk lain.

Comments (3)

yer la.. am pon slalu rasa cam tu… tak sangka benda tu kadang jadik… tak pasti am dah guna kuasa secara tak lansung… ingat satu kebetulan… so kira cam kita seru dia la supaya ketepi…

ntah2 dulu aku pon guna bende2 alpha ni..

yer aa.. main nyorok2.. kita tau tukang cari berdiri berdekatan jer.. dalam hati dok cakap, “jangan aa carik kat sini”.. biasanya tukang cari akan jumpa kalo dalam hati cakap camtu.. kalo diam terus dan buat donno baru terlepas…

ape yg kak linn ajar ni same mcm ape yg abang sy ajarkan..nenek moyang kite dah ajar teknik ni dari dulu lg. Bezanya,term dan kaedah je yg lebih moden,sesuai dgn perubahan masa.

kak lin ade YM/msn x? bnyk yg sy nk tanyakan..
add sy k.

Post a comment