Berkongsi lagi hari ni selepas beberapa hari tidak berkongsi. Alhamdulillah improve sedikit dari dulu. Jika dulu mengambil masa berbulan lamanya untuk update perkongsian baru, sekurang-kurangnya jarak perkongsian ini tidak kurang dari sebulan, ada peningkatan juga akhirnya
terpaksa puji diri sendiri . Alhamdulillah saya amat bersyukur dengan setiap anugerah kehidupan yang terbaik pemberian ALLAH. Saya yakin dan teramat yakin bahawa ALLAH itu Maha Baik dan hanya memberikan yang terbaik untuk diri saya. Jadi sebagai hambanya semoga saya sentiasa berprasangka positif kepadaNYA.Malah saya yakin semua perkara yang saya miliki pada hari ini datangnya dari ALLAH. Ianya bukan datang dari kerja keras dan usaha saya Malah saya amat yakin bagaimana kuatnya saya berusaha bagaimana kerasnya saya bekerja jika tanpa keizinan daripadaNYA , pasti saya tidak akan perolehi apa juga yang saya miliki hari ni, kerana amat penting bagi kita untuk sentiasa bersangka baik kepada PENCIPTA .
Tahukah anda? Kehidupan, kejayaan, kebahagiaan yang kita miliki , semuanya adalah berkait rapat dengan energi. Energi yang sama akan sentiasa menarik energi yang mempunyai frekuensi energi yang sama.Energi yang positif akan menarik sesuatu yang positif ke dalam hidup kita.Manakala energi yang negatif pula akan menarik sesuatu yang negatif. Dengan memiliki energi yang positif , anda menolak sesuatu yang negatif dan begitu juga sebaliknya dengan memiliki energi yang negatif akan menolak jauh-jauh situasi yang positif dari hidup anda.Jadi jika anda tidak mendapatkan apa yang anda inginkan , ini bermakna anda tidak menghantar energi yang tepat seperti yang anda inginkan.
Minda dan keyakinan yang positif akan menghasilkan energi yang positif.Energi yang positif akan menarik situasi yang dan individu yang positif ke dalam kehidupan. Malah individu yang positif akan sentiasa mengambil tindakan positif, dan mereka terus menarik lebih banyak situasi dan peristiwa yang positif ke dalam kehidupan,Jika minda anda sentiasa diisi dengan fikiran negatif, bimbang, ketakutan dan keraguan, maka anda menghantar energi yang hanya akan menarik lebih banyak sesuatu yang anda tidak inginkan, sehingga anda gagal untuk memiliki setiap apa yang anda inginkan.
Fikiran yang tenang umpama tasik yang tenang. Ketika kita sedang memikirkan sesuatu , sama keadaannya ketika kita melemparkan sebiji batu ke dalam tasik. Sekiranya di dalam tasik akan muncul gelombang air, manakala di fikiran pula muncul gelombang atau vibrasi fikiran.
Berbeza dengan gelombang air,yang merembat mengikut medan pada permukaan air, gelombang fikiran akan merembat ke seluruh penjuru alam .Fikiran kita bukan hanya mempengaruhi diri kita dan orang lain, tetapi juga mempunyai kekuatan daya tarik. Menarik fikiran orang lain, benda, situasi,kejadian sumber daya, keuntungan dan kerugian yang selari dengan apa yang difikirkan secara dominan. Jadi uruskan fikiran kita sebaiknya supaya sentiasa positif dan seterusnya menarik hal yang positif ke dalam hidup kita.





Salam K.Linn,
macammana saya nak kekalkan momentum positif n sentiasa bersangka baik, sedangkan orang yang duduk serumah dengan saya sentiasa menyakiti hati dan kerap membuatkan saya rasa ingin marah?
Harap kak Linn boleh tolong tenangkan hati saya. Terima kasih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin