Posted by Linn | Posted on 11-09-2012
Category : Bina Kejayaan
Hari ini agak lewat saya memulakan kerja yang perlu saya lakukan walau ada terdapat beberapa kerja yang perlu saya selesaikan. Antaranya saya perlu manyiapkan artikel untuk Majalah Jootawan edisi seterusnya , dimana terdapat perkongsian yang tidak seberapa dari saya anda boleh memilikinya secara percuma melalui laman web ini http://jootawan.com/majalah/ .
Hari ini juga saya perlu mengemaskini idea dan info yang saya perlukan kerana ini saya dalam proses menyiapkan ebook percuma untuk anda semua.InsyaALLAH ebook itu akan diedarkan dalam jangkamasa yang terdekat.Malah ketika ini saya juga dalam proses upgrade ebook booster magnet duit jadi ketika ini saya dalam proses menyediakan banner untuk memudahkan ianya disebarkan. Alhamdulillah kerana ebook ini benar-benar mendapat sambutan yang menggalakkan dan testimoni yang menarik walau ianya tidak saya promosikan seperti ebook saya yang lain iaitu Rahsia Magnet Duit dan Magnet Rezeki. Apa pun keadaan saya ketika ini saya amat bersyukur kerana dikurniakan segala kebaikan dari ALLAH.
Ramai diantara kita yang merungut bahawa hidup tidak seindah yang kita inginkan. Adakalanya kita inginkan A tetapi kita memperolehi B. Jadi tidak mustahil ramai yang merungut kerana tidak semua yang kita ingin akan kita perolehi. Tetapi persoalannya adakah apa yang kita inginkan itu terbaik untuk kita? Jika ditanya saya pasti menjawab tidak semestinya, kerana perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Tetapi berapa ramai diantara kita yang sentiasa menerima dengan redha setiap aturan ALLAH, berapa ramai diantara kita mampu tersenyum dikala hati kita sedih mahu pun sakit. Saya juga sebagai manusia biasa adakalanya tewas kerana gelodak emosi, walaupun saya tahu bahawa baik atau buruk yang kita rasa, indah atau tidak kehidupan yang kita alami ketika ini semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Mengapa kita sedih, mengapa kita marah, mengapa kita mengeluh segalanya disebabkan kita yang tidak tahu bagaimana untuk bersyukur dengan benar.
Bersyukur bukan sekadar melafazkan Alhamdulillah, bersyukur bukan sekadar berterima kasih jika menerima sebarang kebaikan. Tetapi bersyukur adalah redha dan menerima seadanya setiap baik atau buruk yang datang dari prasangka kita sendiri.Bersyukur adalah anugerah hidup yang paling hebat, dengan bersyukur kita pasti merasakan kehidupan ini teramat indah.Bersyukur juga menyimpan kekuatan penuh untuk merealisasikan impian untuk menjadi kenyataan. Malah bersyukur juga amat berkait rapat dengan hukum -hukum yang ada di dunia ini.