≡ Menu

 

Adakalanya kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Tetapi hasil yang kita usahakan itu menjadi milik orang lain. Jadi kita beranggapan bahawa orang lain telah merampas rezeki yang dirasakan sepatut menjadi milik kita. Tetapi sebenarnya kita lupa bahawa rezeki tidak pernah salah alamat dan ianya menjadi milik kita tepat pada masa yang sesuai. [continue reading…]

Alhamdulillah, terasa ingin berkongsi sedikit refleksi bersama sahabat semua. Sebenarnya terasa berat untuk berkongsi namun rasanya lebih berat kesannya jika saya tidak berkongsi kebetulan pula pagi ini saya terjumpa satu ayat quran yang menekankan tentang kemaafan.

Apa pun refleksi yang saya kongsikan ianya datang dari dalam diri ini selepas saya membantu coach saya menangani masalah 2 pesakit yang boleh tahan juga penderitaan yang dialami lebih dari setahun yang lalu.
Salah seorang dari mereka menderita masalah fizikal ‘mengidap cancer’ dan seorang lagi saya boleh katakan mengalami ‘emotional pain’ yang boleh tahan juga dahsyatnya sehingga mengalami kemurungan.

Apa pun refleksi yang saya ingin kongsikan ini ialah cerita tentang pesakit yang mengalami ‘emotional pain’ tersebut. ALLAH benar-benar ingin memberikan pengajaran kepada saya sekiranya kita mengalami masalah spiritual, ia akan memberikan kesan yang tidak baik kepada emosi (emotional pain) dan seterusnya ia memberi kesan kepada fizikal. [continue reading…]

Mencari kesempurnaan

 

 

 

 

Sekadar berkongsi untuk renungan kita bersama

Pada suatu hari seorang murid bertanya kepada gurunya. “Bagaimana caranya untuk kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?”

[continue reading…]

Bersangka baik tanpa syarat

 

 

 

Teringat perbualan saya dengan seorang teman . Teman saya itu bertanya ” adakah setiap kali kita melihat seseorang itu bermasalah, adakah benar dia bermasalah atau kita yang bermasalah kerana kita tidak mampu mengikhlaskannya? ”

Menarik soalan tersebut dan saya sekadar memberikan pendapat mengikut kefahaman saya yang sangat cetek iaitu bagaimana bermasalahnya seseorang itu, tugas kita kena bersangka baik dan seterusnya menjaga hati kita sendiri .Mungkin sangkaan baik itu tidak betul tetapi Allah lebih mengetahui setiap aturannya. [continue reading…]

 

 

Kita tidak pernah kehilangan apa-apa kerana tidak pernah memiliki apa-apa.

”Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan ALLAH apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji ALLAH itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui(nya).”[QS. Yunus : 55].

Setiap benda yang kita rasa kita punya termasuklah jasad kita ini bukan milik kita.
Walaupun di level fikiran kita tahu tentang semua ini tetapi kenapa kita tetap bersedih apabila kehilangan sesuatu? Jika kita lihat secara mendalam bukan kita yang sedih tetapi EGO yang sedang bersedih.

[continue reading…]