Dimana-mana saya pergi pasti terdengar-dengar cerita tentang pilihanraya. Begitu juga ketika saya melayari internet aura pilihanraya dirasakan semakin panas. Apa pun saya hanya mampu menggeleng kepala dan adakalanya tersenyum melihat kesan dan akibat daripada pilihanraya yang bakal diadakan. Perpecahan demi perpecahan berlaku, wujudnya demonstrasi, bantahan dan macam-macam berlaku akibat daripada sikap manusia yang gilakan kuasa.
Inilah kesan daripada kuasa. kerana gilakan kuasa, manusia lupa siapakah yang lebih berkuasa. Penipuan berlaku, rasuah dan fitnah bermaharajalela. Apakah ini calon pemimpin yang terbaik untuk negara kita.
Pemimpin yang baik, tidak perlu menabur fitnah. kerana pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dipercayai. Pemimpin yang baik tidak perlu rasuah kain batik atau apa sahaja wang, kerana pemimpin yang baik akan sentiasa dicintai. Pemimpin yang baik tidak menyebabkan berlakunya perpecahan, kerana pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa diikuti. Pemimpin yang baik tidak perlu risau untuk jatuh atau hilang pengaruh, kerana pemimpin yang baik akan membina pelapisnya atau bertindak sebagai kader. Pemimpin yang baik juga tidak perlu risau tentang kehidupannya dimasa akan datang,kerana pemimpin yang baik adalah pemimpin yang abadi yang sentiasa dikenangĀ walaupun dirinya tidak wujud lagi di dunia ini. Adakah anda meragui kata-kata saya di atas?. Anda boleh lihat pemimpin abadi kita Rasulullah yang sentiasa abadiĀ di dalam diri kita sebagaiĀ pemimpin umat Islam.
Untuk menjadi pemimpin yang baik, tidak perlulah anda mencari al-Ghazali, atau sesiapa sahaja. Cukuplah sifat Rasulullah yang menjadi pedoman untuk menjadi pemimpin yang abadi.





Salam,
lama tak bg comen kat sini.
Huraian tentang pemimpin abadi tu cukup menarik
AlGazali tak jumpa-jumpa , tapi jumpa Al Mawi..heheh
musim sekarang naik muak nak tengok tv berpuluh2 kali ulang kemiskinan, impian menjadi realiti, mengaku jadi mat rempit, kelate miskin, perdapatan per kapita rendah berbanding terengganu, itu menunujukkan pemimpin dei sebaliknya pemimpin yang korup idea tidak bijak memancing undi. macam biasa media kerajaan menjadi media parti politik tertentu sahaja bukan untuk semua parti.
Salam,
Ustaz Ahmad Fauzi, huraian saya tentang pemimpin abadi adalah salah satu ilmu yang saya perolehi daripada ESQ,InsyaALLAH saya akan huraikan nanti satu persatu.
Liyas,
Al-Mawi tak boleh jadi contoh pemimpin, tetapi perlu dipimpin
ZamriZain,
Itulah realiti pemimpin Malaysia.Seorang pemimpin yang sebenar, perlu menyatakan kebenaran, perlu amanah, perlu menyampaikan kebenaran, dan seorang yang bijak. Saya tak nampak pemimpin kita mempunyai kriteria seperti itu, Lebih-lebih lagi dengan senario pilihanraya sekarang, ternampak realiti sebenarnya sifat pemimpin kita.Sehingga saya keliru samada saya akan purposely akan balik Terengganu untuk mengundi atau tidak.
Saya akan balik mengundi dun jerteh.
That would be beautiful…
Macam mana nak pimpin orang, tapi diri sendiri tak terpimpin?? macam manaaaaa….?
salam motivasi,
seorang juara memiliki nilai kepimpinan yang
unik dan mempunyai aura yang tersendiri..tq
wah…bersemangat semua…kita ni semua pemimpin. Sekecil-kecil peranan kita sebagai pemimpin adalah pemimpin diri sendiri.
Lihat diri terlebih dahulu sebelum berniat mahu menjadi pemimpin terhormat. Hormat dan pengikut akan datang dengan sendiri jika anda adalah pemimpin sebenar.
..Diharap dibaca tanpa prejudis….
Saya tinggal di Cherating,Kuantan..bersempadan dgn Kemaman…jadi saya tau dengan agak jelas bagaimana wang dijadikan alat untuk memancing undi…
Malangnya akibat minda yang tidak pernah berubah sejak 600 tahun yang lalu..maka relalh diri mereka dibeli dengan sejumlah wang tanpa memikirkan sedalam2nya…
padahal wang itu adalah hasil negara yang patut digunakan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat..apabila terlalu banyak wang digunakan untuk “benda2 macam”..rakyat juga lah terpaksa menanggung beban dgn kenaikan harga barang…………..
Adakah ini pemimpin sebenar yang kita cari?Sudah tentu pemimpin2 seperti ini tidak memenuhi kriteria Nabi Muhamad pemimpin yang agung…..
assalamualaikom…dan salam sejahtera,
terima kasih..buat linn….
cukup tersentuh bila membaca PEMIMPIN ABADI,memang itulah yg sepatutnya ada dalam setiap diri pemimpin,bukan saja pemimpin negara,negeri,daerah,pekan, kg dan sebagainya…malah yg paling penting dalam keluarga…mmg benar kata-kata awak linn….alhamdulillah ALLAH masih memberi kita rahmat untuk saling memperingati…saya cukup terharu..