Perubahan

6

Category : Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar

“Perubahan” satu perkataan biasa tetapi mempunyai makna yang begitu besar. Sekiranya hidup anda sentiasa gagal, kecewa dan tidak menepati impian anda, ini bermakna anda perlukan perubahan. Untuk melakukan perubahan, kita perlu mempunyai satu kekuatan iaitu kekuatan minda.

Melakukan perubahan memerlukan tindakan , dan tindakan itu terjadi hasil daripada dorongan minda , Sebagai manusia, kita semua selalu dikuasai oleh keinginan dan dorongan, namun inilah yang akan mengarahkan minda dan perhatian kita pada tujuan yang lebih tinggi dan lebih baik, kerana dengan berfikir ianya akan menghasilkan impian.

Ketika kita memberikan perhatian atau fokus kepada apa yang ingin kita lakukan, atau apa pun yang kita impikan, minda separa sedar kita akan berusaha mewujudkan dan menjadikan ianya senagai realiti.

Dengan melawan kebiasaan yang menyebabkan kita gagal sebenarnya, ia akan mendorong minda separa sedar kita itu menerima ianya sebagai sesuatu yang nyata. Dan itu adalah tindakan yang salah dan tentu saja ianya akan diikuti dengan kegagalan.

Tetapi, jika kita mengubah seluruh perhatian kita pada sesuatu yang baik, maka seluruh kekuatan minda separa sedar kita akan mengarah pada tindakan. Dan dengan cara inilah kita dapat memulakan proses bagi mencapai kejayaan.

Ramai di antara kita yang  berusaha bermati-matian  untuk melakukan sebuah perubahan,tetapi hanya berakhir dengan kegagalan. Yang sebenarnya, keinginan kita hanya tinggal harapan jika tidak mempunyai kekuatan minda yang sebenar.

Comments (6)

Salam kasih sayang,

Tq lin, tip yg sgt berkesan bagi yg mahu berubah(berjaya). Apa pun yg ingin kita capai, mesti mengikut dan mematuhi ‘caranya’, semuanya akan jadi mudah dan ‘berlaku mengikut perancangan’ .
Amalkan konsep;
- mengkaji
- mengamal
- menyampaikan
(hasilnya pasti ‘amat menakjubkan)

Syukur, taufik dan hidayah bagi kita semua. Amin

salam,

saya setuju. Kadang2 kita perlukan perubahan dalam hidup ini biarpun ianya perubahan yg kecil. Saya sendiri selalu buat perubahan dalam diri nih dgn mengubah suai aturan perabot dalam bilik atau cara saya lakukan perkara setiap hari.

saya sedar yg kita akan cepat bosan atau hilang dorongan bila sentiasa buat perkara atau lihat benda sama setiap hari. Kalau xleh buat perubahan besar, buat perubahan kecil dah memadai kerana setiap penghijrahan tu ada baiknya.

Kadang kala perubahan yg kecil lebih berkuasa dari perubahan yg besar. Semuanya terletak pada minda kita, ubah minda ni sedikit dan segala2 nya akan turut berubah secara tidak langsung.

Perubahan atau berhijrah sedikit demi sedikit memang perlu untuk diri kita bagi tidak membosankan diri. Setuju artikel ni.

Memang sukar nak berubah tak kirlah dalam apa jua bentuk perubahan..
Namun perubahan itu perlu bagi memperbaiki diri

Salam,
Terima kasih atas perkongsian pendapat.

Zool-Sukar atau senang untuk berubah segalanya atas kepercayaan kita sendiri kalau kita rasa sukar untuk berubah, pasti kita akan merasa sukar untuk berubah. begitu juga sebaliknya.

Assalamualaikum,
Kak linn,feza dulunya jarang menunaikan sembahyang lima waktu,Tapi sekarang alhamdulilah feza mampu menunaikanya sekarang,Tapi semenjak feza membuat perubahan ini bagi diri feza,ada saja masalah timbul yang datang kepada feza,adakah itu dinamakan dugaan?! Ya,Allah berilah ku kekuatan datas dugaan mu ini. Kau permudahankan lah perjalanan hidupku ini. Amin!!

Post a comment