Hari ni penulisan saya sedikit santai, Saya takkan bercerita mengenai kawalan minda atau apa-apa yang berkaitan dengan minda. Saya sekadar ingin berkongsi perasaan teruja saya mengenai pesta buku yang bakal menjelang tiba. Hari ini juga saya dah balik ke KL semula selepas mc panjang, agak lama juga berada di Terengganu. Apa pun ketika ini, saya benar-benar teruja, kerana kurang seminggu pesta buku akan diadakan.
Sememangnya pesta buku yang diadakan pada setiap tahun, sentiasa tercatat di diari saya. Saya memang ‘ulat buku’ jadi tidak mustahil kalau saya benar-benar tidak sabar menunggu kedatangan pesta tersebut. Jika sebelum ini, saya pergi ke setiap jualan gudang MPH, Times dan popular untuk mencari buku-buku dari penulis barat. Jadi pesta buku pula adalah venue untuk saya mencari buku-buku penulis tempatan dengan harga yang lebih murah dari kebiasaan yang saya dapati pada hari-hari biasa.
Sejak kecil saya tidak boleh lari dari membaca, sekiranya tiada buku, surat khabar lama pun saya boleh baca, dan adakalanya saya membaca buku yang sama berulang-ulang. Dengan tabiat saya ini menyebabkan arwah datuk saya naik angin risaukan saya mengabaikan pelajaran, kerana membaca buku-buku yang tidak berkaitan dengan pelajaran.Namun semua itu tinggal kenangan, selepas saya menjadi cucu pertamanya yang boleh menjejakkan kaki ke Menara gading.
Alhamdulillah itu adalah rezeki yang ALLAH berikan kepada saya . Dari sinilah saya dapat melihat arah tujuan yang lebih jelas. Jika dulu saya merasakan kehidupan yang samar, tiada arah tujuan, tetapi ketika itu saya sudah berada satu tingkat lebih advance dari keluarga saya yang lain. Ini yang dikatakan anugerah oleh ALLAH apabila selama ini, saya dipandang rendah dari zaman kanak-kanak, ALLAH telah menaikkan sedikit martabat kehidupan saya apabila memberikan peluang melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi. Apa pun saya benar-benar berterima kasih kepada nenek dan arwah datuk saya yang memberi saya peluang untuk menikmati kehidupan, walaupun tidak sebaik orang lain. Tanpa mereka, saya tidak berada ditahap ini. Alhamdulillah. Alfatihah untuk arwah datuk saya .
Lupakan soal masa silam saya, biarlah saya simpan yang selebihnya dalam kehidupan saya dan menjadi memori untuk dikongsikan kepada bakal keturunan saya suatu hari nanti.
Berbalik semula kepada pesta buku 2007. Kepada golongan ‘ulat buku’ seperti saya, Jom kita sama-sama meriahkan lagi pesta buku antarabangsa yang akan diadakan pada 27hb April 2007 sehingga 6 Mei 2007 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.
Tak salah jadi ‘ulat buku, yang penting jangan jadi ‘ulat bulu ‘.
Nota:
Tips untuk individu yang mempunyai minda Juara yang menyertai Pertandingan Uji Kawalan Minda
1. Untuk proses visualisasi/imaginasi sebaik-baiknya gambarkan imej tersebut dengan jelas, seolah olah anda sedang menonton TV. Gabungkan penggunaan teknik visualisasi/gambaran imej, Auditory ( deria dengar) dan kinesthetik (emosi).
2.Sebagai contoh Anda cuba visualkan post saya bertarikh 2 june 2007. Mengumumkan nama dan no telefon anda sebagai peme
ang pertandingan uji kawalan minda. Apa yang boleh anda lakukan, anda visualkan dengan sejelasnya blog linncomel ini, ketika anda melihat nama anda diumumkan sebagai pemenang, gabungkan juga emosi gembira yang anda telah pun memenangi pertandingan ini. Apa yang saya maksudkan ialah pastikan anda dapat mewujudkan emosi gembira ketika melakukan imaginasi tersebut.
Selain itu bayangkan juga ada rakan yang memuji anda diatas kejayaan ini. Pastikan telinga anda ketika itu mendengar dengan jelas suara rakan yang memuji anda. Pastikan suara rakan anda yang sebenar.
Yang penting, semasa proses visulisasi jangan lupa menggabungkan ketiga-tiga perkara yang saya nyatakan diatas. Untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik. Selamat mencuba. InsyaALLAH kejayaan menjadi milik anda.





saya pun suka sangat baca buku yang tak berkaitan dengan pelajaran…saya pun cucu pertama arwah nenek sayang masuk U..tapi dia takda dah.cuma saya sindiri yang risau sebab suka sangat baca buku yang tak berkaitan pelajaran.
apa pun pada kita tak perlu bataskan pemikiran kita…saya akan gunakan kuasa minda saya untuk dapatkan buku free drp kak lin…
Assalamualaikum Semua
Yes! Pesta buku datang lagi. Nak pergi masa opening ceremony la, dapat goody bag tak. He he. Wah tak sabarnya!
Sampai sekarang pun hobi saya ke kedai buku dan pesta buku..macam mazuan dan linn juga,saya banyak baca buku yang tak berkaitan dengan pelajaran,masa darjah 6 saya dah baca buku Almarhum Tunku Abdul Rahman-Di Sebalik Tadbir dan kena marah sebab masa ni nak exam UPSR..
tapi syukurlah dapat masuk universiti juga..
Yang penting kita luaskan minda kita dengan pembacaan yang berfaedah!
Profesor Di Raja Ungku Aziz sendiri tidak pernah bosan dengan hobinya membaca buku walaupun sekarang usianya sudah lanjut..
Benar… saya pun suka baca buku-buku berkaitan dengan kewangan, perniagaan, pelaburan dan kadang-kadang buku berkaitan dengan remaja (maklumla.. masih remaja.. heheheh..)
Banyak koleksi buku yang ada dirumah dan disusun rapi. Apabila saya free, saya akan mengambil buku tersebut dan baca. Walaupun buku tersebut telah saya baca, tetapi saya suka membacanya berkali2 kerana mungkin kali pertama kita baca, hanya 10% yang melekat.
Bila baca lagi, tambah lagi 10%.
Jom2 pakat pi pesta buku..
Bagusnya mr. April…ada buku yang best-best share la nanti k…bagi tau tajuk & penulisnya…pastu saya cari kat kedai…
Saya pun minat baca buku…memang hobi saya sejak dulu walaupun dah kerja saya masih membaca dan inshallah akan terus membaca…kalau ada tajuk buku yang menarik..bagi tau la…
Bagus mazuan…Insya Allah ada buku yang sesuai saya akan bagitau…
Dari buku kewangan (saya adalah seorang Unit Trust Consultant bertauliah)sampai la motivasi..saya tak baca novel tapi kalau ada novel yang bagus2 tentang motivasi atau kejayaan bolehlah sesiapa kongsi kat sini..
Buat blogger semua,
Nampaknya ahli blog ni memang ulat buku juga..
saya ada cadangkan pada Linn ruangan untuk ulasan buku dalam ezine tu nanti,jadi saya harap bolehlah rakan bagitau buku dan ulasannya..
Ye Mr. April, saya memang sangat berminat tentang buku-buku motivasi…selain daripada itu, saya sangat berminat untuk mengetahui tentang perniagaan,pengurusan dan pelaburan walaupun saya seornag pelajar kejuruteraan…pada saya, bidang apa sekalipun yang kita ceburi, ilmu-ilmu kewangan sangat penting.sekurang-kurangnya untuk kehidupan seharian…
Bijak mazuan!
walaupun saya degree dalam tourism management-major in marketing tetapi saya tetap mengambil exam bagi kelayakan unit trust consultant lepas konvo dulu dan selalu membaca buku kewangan..
mazuan boleh contohi jutawan azizi ali seorang jutawan dan pada masa yang sama bekerja sebagai juruterbang!
Dengan ilmu yang kita ada payah sikit nak ditipu..sebab tu bila orang ajak saya join skim cepat kaya internet saya menolaknya dengan yakin sebab sebagai unit trust consultant saya tahu skim pelaburan yang sah dan tidak!
tetapi kalau saya had kan pengetahuan saya dalam tourism industry mungkin saya turut melabur!
Sekarang saya baru nak belajar pasa minda melalui blog ini sebagai langkah pertama…
Insya Allah..mazuan akan jadi insan unggul dengan “top-up” pengetahuan lain ke dalam diri…
Smartz pun boleh lah share ngan kitaorang pasa2 buku yang menarik..
maybe tak semua kita mampu beli tetapi dengan catatan penting yang dikongsikan kita kan dapat manfaat bersama..
emel saya: aprilmatahari@yahoo.com
Trimas!
Saya pun ntah macam mana memang minat dengan buku-buku motivasi…yang paling saya minat buku-buku dari Dr. Fadhillah Kamsah dan Dr. Tuah…nak pegi pesta buku tu rasanya..tapi tak dapat..sebab jauh di sana…
Harap mereka yang pergi dapat kongsi dengan kita ye..