Salam kemerdekaan untuk pembaca blog ini. Semalam kawasan tempat tinggal saya sesak kerana sambutan kemerdekaan yang dijalankan di Ikano dan The Curve. Namun begitu saya hanya melihat kesesakan tersebut dari rumah saya dan tepat pukul 12 malam, saya hanya melihat bunga api yang dilepaskan juga dari dalam bilik saya. Saya sebenarnya tidak sukakan persekitaran yang agak sesak jadi sudah tentu saya tidak menyertai apa-apa acara sambutan kemerdekaan. Cukup dengan menyambutnya dari rumah. Yang penting perasaan bersyukur saya masih ada.
Bersyukur saya dilahirkan di Malaysia. Bersyukur saya kerana negara kita telah merdeka, dan bersyukur saya kerana hidup di negara yang aman dan damai. Pengalaman 2 tahun saya hidup dan berkelana mencari ilmudi rantau orang banyak membantu saya untuk menghargai keamanan dan kedamaian negara kita.
Bersyukur saya kepada ALLAH juga, di atas setiap cabaran yang telah saya lalui, banyak mematangkan saya dalam mengharungi kehidupan. Apa yang pasti kemerdekaan minda itu perlu untuk kita terus mencipta kejayaan dalam kehidupan.
Oleh itu, merdekakan minda anda untuk terus mencipta kejayaan.Hapuskan penjara ghaib yang berada di minda anda. Saya pasti sekiranya anda benar-benar berusaha untuk memerdekakan minda anda. Kejayaan dapat anda capai dengan mudah.





Salam kasih sayang,
Saya setuju saranan linn, sama2 berdoa, berbakti yg termampu atas kelebihan kita masing2. Apa yg saya lihat dlm keasyikan meraikan ‘KEMERDEKAAN’, ramai anak muda ‘tersasar’, ‘terjebak’ hingga ‘memusnahkan’ pengertian ‘MERDEKA’ itu sendiri. Walau apa pun pasti ada hikmahnya bagi org2 yg mahu berfikir.
Semoga diberkati. Amin.
Saya pula tulis blog saya untuk minggu depan.
Maklumkah nak hadir seminar kan sibuk. Baik buat sedikit persediaan dahulu. Boleh lah tambah-tambah kemudian sekiranya ada masa dan talian internet.
Daripada pergi celebrate, baik aku memerdekakan diriku dengan memburu kejayaanku
(Padahal tak de orang yang nak pergi celebrate dengan aku
Maklumlah, hidup sorang sorang. )
Hidup berseorangan memberikan aku kemerdekaan dari segi kehidupan sebab tiada kekangan dari sebarang pihak. Syukur.
salam merdeka juga buat Lin.anda tinggal di mana?
Linn,
salam Kemerdekaan.
Bagus Blog awak ni…
saya pun baru buka satu blog ttg motivasi….baru berjinak-jinak.
Bolehlah kita share maklumat…kan
Salam Suksess.
myfendi
motivasi-sokmo