Blog saya bertukar wajah lagi?. Ya, saya tukar dinding blog saya kerana ingin memudahkan lagi pembaca menimba ilmu yang tidak seberapa daripada blog ini. Saya juga menerima email daripada pembaca, bertanya apakah hikmah blog saya ini bertukar lagi, terus terang saya katakan, ianya bertukar hanya dengan niat untuk memudahkan lagi pembaca, kerana terdapat segelintir pembaca yang merasa agak sukar untuk membaca kerana saiz tulisan yang terlampau kecil. Sekiranya terdapat hikmah disebalik penukaran dinding blog ini, saya menerimanya dengan penuh kesyukuran.Namun sekiranya masih terdapat perkara yang tidak dapat memuaskan hati pembaca semua, maafkan saya kerana kemampuan saya hanya setakat ini sahaja. Namun begitu anda masih lagi boleh meluahkan segala komen anda untuk kebaikan, kerana blog ini milik anda sebagai pembaca. Saya hanya memegang amanah dariNya supaya melakukan yang terbaik dan kita sama-sama dapat merasakan hasil yang terbaik.
Jika dulu, saya membina blog ini atas dasar suka-suka dan perniagaan. Namun sekarang saya merasakan ianya sebagai satu tanggungjawab. Diri saya dan kehidupan saya milik ALLAH. Jadi segala-galanya saya serahkan kepadaNya yang maha berkuasa.Blog ini wujud atas kehendaknya, saya hanyalah individu yang dipilih untuk memakmurkan blog ini. Saya yakin, walau sehelai daun gugur ke bumi, pasti ada sebabnya yang hanya ALLAH sahaja yang mengetahui.
Siapa sangka, walau terdapat banyak blog yang bercerita tentang law of attraction, tetapi Raymond yang menjadi pilihanNya untuk bercerita mengenai Law Of Attraction di blog ini, mengapa? . Pasti ada hikmah yang tersembunyi kerana hanya ALLAH sahaja yang mengenali siapa Raymond yang sebenarnya. Apa pun itu semua adalah kehendak dariNya.
Siapa sangka, melalui blog ini juga kita saling bertukar pendapat, dengan adanya saudara Redha, Mizan,April,Bibi, Rass dan pembaca yang lain, banyak sekali ilmu yang terungkap. Sebagai mana saya memahami berkenaan Qadak yang dikongsi oleh saudara Redha. Itu semua adalah kehendak dari yang maha kuasa.
Sebenarnya hidup dengan merasa keberadaan ALLAH amat menggembirakan dan amat mendamaikan. Anda akan gembira anda akan damai sekiranya anda benar-benar yakin bahawa seluruh kehidupan adalah milik ALLAH. Anda tidak akan takut untuk hidup susah, anda tidak takut untuk berusaha, kerana anda yakin ALLAH sentiasa menjaga anda walau dalam apa jua keadaan.





Salam kasih sayang,
Segalanya telah Allah aturkan, tiada sesuatu walau sebesar zarah pun yg terlepas dari pengetahuan dan peraturanNya. Hikmahnya spt kata linn terlalu mudah dan amat mendamaikan apabila kita mengetahui dan meyakininya.
Memang benar bercakap terlalu mudah berbanding melaksanakan kerana itu juga sebahagian dari Qadak dan QadarNya. Maksudnya selagi sesuatu yg kita perkatakan itu masih pada tahap ‘minda sedar’, ia masih akan mengikut tanggapan individu itu(kalau senang jadi senang, kalau susah jadi susah), bila diulang hingga berlaku ‘pelaziman’(diterima oleh minda bawah sedar) ia akan menjadi ‘automatik’, maka tiada lagi rasa sukar.
Jadi jgn susah hati, ‘redha’ dgn apa sahaja, sentiasa ucapkan syukur(dgn keyakinan ada hikmah lebih baik yg Allah akan kurniakan).
Syukur, keberkatan bagi kita semua. Amin
Terima kasih Linn kerana memberi peluang ini kepada saya untuk saya berkongsi sedikit ilmu di sini.
Salam Linn,
Saya hampir ingatkan saya tersalah rumah, tiba2 ada secawan kopi berwarna coklat dan segalanya cokat. Menarik alright, sy cuba sekali lagi lihat lah adakah komen sy boleh get through?
Ya, benar sy pun ada juga ketahui tentang LOA di blog lain. Sedikit komen tentang Raymond, dia mempunyai penyampaian yg tersendiri mungkin kelebehan dia dalam pemahaman Physic yg sukar kadang kala hendak sy faham. Siapa tahu satu hari Raymond dapat permudahkan fahaman Physic ini. Lagi satu kelebehan Raymond dia fasih berbahasa Melayu kalau Raymond fasih bahasa Arab barulah sy kelam kabut ambil kursusnya. Maaf ya Raymond kalau komen saya tersalah sana sini. Terima kasih berkongsi ilmu anda disini.
Linn entah sampai ke tidak komen sy, maaf ya kalau landed di spam folder lagi. Salam Ceria Semua.
Salam,
Saudara Redha,
Terima kasih atas komen yang agak baik itu,
Raymond,
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu di blog ini. Pasti ada hikmah disebaliknya, mengapa hati anda terbuka untuk berkongsi ilmu di sini.
Rass,
Komen saya terima dengan selamatnya. Tidak lagi di spam folder, alhamdulillah. Risau juga saya takut2 ter ‘delete’ tanpa saya sedari.
Pertama kali baca artikel raymond, tak perasan tu tulisan beliau, dengan bahasanya yang fasih dan bersahaja, mudah utk difahami.Tahniah.Cuba juga jengok blognya, tapi dalam bahasa inggeris, maknanya artikel tu ditulis semata2 utk tatapan pembaca blog linn la ye…satu usaha yang murni..teruskan usaha anda…pasti ramai yg dpt manfaat.
Assalammualaikum……..
Terkejut jugak saya ingatkan salh rumah. Saya ni tak pandai sangat mengenai komputer,walaubagaimana saya rasa syukur sangat adanya blog ini, banyak yang saya dapat belajar terutama yang berkenaan spiritual, kemantapan jiwa dan pemahaman serba sedikit mengenai ketuhanan dan penerapan akidah dan hakikat. Saya termotivasi juga membacanya tambahan komen-komen dari kawan-kawan yang lain. Saya suka….sangat. Ialah kita tak pandai dalam banyak hal serta kurang berpeluang menambah ilmu. Setakat membaca buku-buku tetapi dimana hendak bertanya kalau tak faham. Takut kalau salah faham nanti jadi lain.
Bercakap, bercerita dan mengatakan memang mudah bagi orang yang berilmu tetapi mengamalkannya apa kita telah tahu itulah yang menjadi ujian sebenarnya. Tanpa jiwa yang betul lurus dan kental dan izin dari Nya memang sukar nak melakukan apa yang kita telah tahu terutama ilmu mengenai Ketuhanan dan diri kita. Kadang-kadang apa yang kita tahu berlalu begitu sahaja. Maafkan saya andai terlebih kata. Wasallam.
Salam,
Bibi, itu adalah salah satu kelebihan Raymond. Saya akui saya admire dengan penulisan bahasa melayu beliau.
Nor,
Betul apa yang Nor cakap, ‘talk is cheap’. Bercakap itu mudah dan teramat mudah. Untuk melakukan tindakan terasa amatlah sukar. Lalu terjadilah fenomena split personaliti tanpa kita sedari.
Salam Linn,
Saya ni baru je membaca n melanggan blog lin ni…
terima kasih dgn input2 yg lin tulis n terima kasih juga kerana
membesarkan tulisan…
selalunyer saya hanya akan copy entry di blog lin ker notepad
dan besar kan tulisan utk mudahkan sy membaca…
tq linn
Salam Elantra,
Terima kasih kerana sudi melanggan informasi dari blog yang tidak seberapa ini. Minta maaf ye, kerana terpaksa menyusahkan. Rupa-rupanya ramai yang bermasalah akibat saiz tulisan yang kecil apa theme yang lepas. Maafkan saya
Terima kasih atas semua sokongan yang diberikan. Tak sangka perkongsian kecil saya boleh mendapat sambutan daripada anda semua. Syukur saya kepada tuhan.
Mungkin inilah tujuan hidup saya.