Segalanya adalah anda sendiri

4

Category : Bina Kejayaan

“Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya”. (Q.S. An Najm : 39).

Anda ingin berjaya, anda perlu usaha. Samada ketika ini anda gagal atau berjaya, ianya adalah hasil daripada pilihan anda sendiri. Sekiranya anda mempunyai impian untuk menjadi seorang jutawan, tetapi sehingga sekarang anda masih lagi belum mencapai taraf untuk menjadi usahawan, itu bukan bermakna anda tidak layak. Tetapi ianya adalah kerana usaha anda masih belum lagi mencukupi. Perhatikan dan fahami ayat diatas yang diturunkan oleh ALLAH 1400 tahun dahulu. Ianya adalah janji ALLAH dan bukan rekaan mana-mana manusia. Sebagai seorang muslim, jika anda percaya dan beriman al-Quran itu benar, jadi anda perlu meyakini ayat tersebut tersebut.

Jadi apakah tugas anda sebagai seorang manusia? adakah anda perlu mengeluh sekiranya anda masih juga gagal untuk mencapai impian anda?. Sudah tentu tidak, binalah perancangan dan usahalah mengikut perancangan yang anda yakin ianya mampu membantu anda mencapai apa yang anda inginkan. Jangan mengeluh dan teruskan usaha.

Kita tidak diciptakan untuk gagal. Jika kita gagal, itu pasti bukan kehendak Allah, melainkan kita tidak serius memaksimumkan potensi yang dikurniakan oleh ALLAH . Manusia, diberikan akal untuk memilih kebaikan atau keburukan.

Kejayaan merupakan pilihan, dalam Al Qur’an disebutkan ada sebahagian orang yang hanya menginginkan kejayaan hanya di dunia sahaja, sehingga tidak mendapatkan kejayaan di akhirat. Sebahagian lain menginginkan kejayaan tidak hanya di dunia namun juga kejayaan di akhirat serta menginginkan keselamatan dari seksa neraka. (Q.S. Al Baqarah : 200 – 201)

Kejayaan adalah milik semua orang. Segala-agalanya adalah terpulang kepada diri kita sendiri beserta dengan ketentuan ALLAH. Seperti dalam satu firman ALLAH:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki suatu keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia”. (Q.S. Ar Ra’d: 11).

Dan satu lagi firman ALLAH

“Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah suatu nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri”. (Q.S. Al Anfal : 53)

Jika anda benar-benar mengharapkan terjadinya sesuatu kejayaan, maka harapan ini memiliki kesan yang kuat terhadap sikap dan keperibadian anda. Semakin besar keyakinan terhadap harapan anda, semakin anda akan  melakukan dan mengatakan sesuatu yang konsisten dengan apa yang anda harapkan akan terjadi. Orang yang berjaya sentiasa berharap untuk berjaya. Orang yang berjaya  sentiasa mengharapkan kejayaan  dan yakin bahawa hal itu akan terjadi dalam hidupnya.

Anda adalah diri anda, dimana dan bagaimana anda sekarang adalah kerana anda sendiri. Siapa pun anda pada ketika  ini, atau siapa pun anda di masa yang akan datang, bergantung kepada diri anda sendiri. Hidup anda pada ketika ini merupakan hasil dari pilihan, keputusan dan tindakan anda untuk anda sendiri.
Anda dapat menciptakan masa depan anda sendiri dengan mengubah perilaku  dan tindakan anda. Anda dapat membuat pillihan baru yang lebih konsisten sesuai dengan apa  yang anda inginkan.

Comments (4)

Alhamdulillah..ya allah kau telah mengirimkan seseorang untuk menyampaikan ilmu mu kepada hamba-hamba mu. Terima kasih ia kak linn kerana berkongsi ilmu disini. feza doakan semoga kak linn dimurah kan rezeki dan mendapat rahmat darinya. Amin..!

Salam kasih sayang,

Alhamdulillah, terima kasih linn.
Semoga kita umat Islam akan kembali mengaji, mengkaji, menghayati dan menuruti ‘SUNNATULLULLAH’ dari Al-Quran dan Rasulnya ke arah, ketenangan jiwa, kejayaan cemerlang dalam apa juga usaha dan menjadi pencetus kedamaian dan kesejahteraan dunia.

Syukur, nur Allah dan nur Muhammad bagi orang-orang yang beriman. Amin

Salam,

Feza, sekadar perkongsian , jika kita lihat dan baca buku dari barat, apa yang dikatakan oleh mereka lebih kurang sama dengan janji ALLAH di dalam al-quran. Dari situ kita boleh nampak, Quran lebih awal diturunkan. Jadi Al-Quran itu benar.

Redha,
Ya, semoga kita sama-sama gali semula khazanah Al-Quran yang amat berharga itu dan ambil manfaat daripadanya.

Inilah hukum sebab dan akibat.

Setiap akibat mesti ada sebabnya.

Post a comment