Sekadar celoteh Merdeka

10

Category : Info

Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik dan pejam lagi, kita sudah pun menghampiri hari kemerdekaan. Genap 50 tahun, tahun ini kita merdeka. Namun begitu, saya masih belum dapat merasakan kegembiraan yang sebenar bagi menyambut kemerdekaan yang ke 50 ini. Tidak dapat saya nyatakan di sini tentang perasaan saya. Namun begitu, apa yang saya boleh katakan dengan iklim ekonomi , politik dan beberapa faktor lain lagi, benar-benar menimbulkan sedikit kerisauan dalam diri saya. Cuma yang terdetik dalam hati saya, adakah negaraku hari ini benar-benar merdeka?.

Merdeka boleh dilaungkan dengan mulut, semua orang boleh jeritkan perkataan merdeka. Tapi itu hanya yang tersurat, yang hanya kita lihat secara kasar, tetapi bagaimana pula yang tersirat?. Adakah jiwa kita benar-benar merdeka?. Adakah minda kita benar-benar merdeka?

Persoalan yang selalu bermain di minda saya, apakah yang akan berlaku kepada Malaysia 20 tahun lagi. Apakah yang boleh saya sumbangkan untuk membantu memerdekakan jiwa anak bangsa dan keturunan kita. Jika dulu, saya pernah bercita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang politik, tetapi cita-cita itu telah lama saya kuburkan. Senario politik hari ini, iklimnya terlalu bahaya untuk diceburi oleh manusia seperti saya. Dengan prinsip yang saya pegang, sudah tentu saya akan terkubur tanpa nesan.

Pesanan seorang ahli politik terhadap saya, sekiranya kita tidak menghancurkan kita pasti akan dihancurkan. Ternyata saya tidak sekali akan menghancurkan kerana saya tidak yakin persaingan boleh membantu membina kejayaan kekal, dan saya juga tidak ingin dihancurkan kerana saya akan sentiasa menyumbang apa yang mampu selagi perlu. Ternyata senario politik hari ini, benar-benar meyakinkan saya pada kata-kata ahli politik tersebut.

Samada kita sama-sama sedar atau tidak, iklim ekonomi kita dilaungkan dalam keadaan yang baik dan stabil. Tetapi laungan rakyat tidak kurang hebatnya, apabila harga barang semakin naik. Hinggakan air suam boleh dijual dengan harga RM0.80 segelas. Saya pernah merasakan pengalaman ini. Adakah nilai RM0.80 hari ini, adalah setaraf dengan nilai RM0.20 tahun 2005 dulu? . Merdekakah kita?

Itu belum lagi sekiranya kita melihat senario lain yang berlaku, Dengan timbulnya pelbagai budaya yang tidak masuk akal, dengan pelbagai jenama yang ada seperti Ghotic, punk dan lain-lain. Adakah bangsa kita Malaysia benar-benar merdeka?

Apakah sumbangan yang kita boleh lakukan untuk menaikkan martabat bangsa kita? Adakah kita masih lagi ingin berpeluk tubuh dengan melihat senario anak bangsa kita sendiri?. Adakah anda pernah terfikir, apakah yang bakal berlaku kepada keturunan kita 20 tahun lagi.

Adakah anda yakin, kita benar-benar MERDEKA?

Comments (10)

Panadngan saya:

Negara kita belum lagi merdeka sepenuhnya.

Saya jarang mangambil tahu tentang politik di Malaysia kerana ia agak mengecewakan. Menurut LOA, saya tidak sepatutnya fokus kepada perkara-perkara yang saya tidak inginkan. Jadi biasanya saya stay away dari berita-berita politik ini.

Saya biasanya akan alihkan fokus saya kepada topik pembangunan diri. :razz:

Betul tu Raymond,

Tetapi saya ambil tahu tentang politik bukan sebab saya fokus kepada perkara yang tidak diinginkan. Tetapi ianya satu tanggungjawab yang perlu saya lakukan. Dari situlah saya perlu membantu bg mengubah, walaupun sumbangan saya hanya 0.01%.

Seperti Blog ini diwujudkan adalah satu tanggungjawab, Bagi membantu apa yang saya mampu bantu :grin:

Wah! Awalnya Linn bangun. Saya belum tidur lagi, kau dah bangun?

Rajin betullah Linn ni. Pukul 5 dah bangun.

Aku baru je selesai baca dan jawab semua thread kat beberapa forum.

Memang besar tanggungjawab Linn, tapi 0.01% tu kan lebih baik daripada 0.00% :smile: :smile:

Saya ni kurang berminat pada politik tak kira dari negara mana.

Kadang-kadang kawan mastermind aku dari Singapura pun lebih tahu tentang berita Malaysia daripadaku. Malulah…. :razz:

Dah Routine saya bangkit pukul 4.30 pagi setiap hari. Time tu lah otak saya fresh. Nak buat apa saja , rasa lebih mudah

Betul juga tu. Tapi tak ngantuk ke?

Masa mula-mula nak amalkan memang ngantuk. Tapi bila dah biasa, tak perlu lagi kunci jam, memang akan bangkit sebab dan biasa.

Nampaknya saya pun kena latih lah.

Alangkah baiknya kalau ada ekstra beberapa jam dalam sehari.

Lebih banyak kerja yang boleh saya lakukan.

malaysia telah berjaya dari fizikal sahaja tp bila dilihat dr aspek rohani boleh dikatakan hampir sebahagian besar anak muda hanyut dgn budaya asing.merdeka sekadar laungan di bibir,dihati sukar untuk dimengerti….kezaliman sebenar iaitu merosakan diri sendiri semakin menular. merdeka pd fizikal tidak mencukupi utk terus mempertahankan malaysia di mata dunia,jika tidak umpama rupa sahaja cantik,isinya buruk…sesungguhnya musuh utama manusia adalah dirinya sendiri..fikirkanlah!!!!!!

Setuju sangat, apa yang Aidah katakan, namun segalanya adalah terpulang kepada diri sendiri. :grin:

Buy Nimotop, tdktn, Buy Persantine, %]]], Buy Celecoxib, mhw, Buy Deltasone, 484764, Buy Feldene, 7198, Buy Imdur, 882, Buy Indocin, 9654, Buy Paracetamol, 1530, Buy Ponstel, 855281, Buy Valtrex, 737651, Buy Bactroban, 815, Buy Dapsone, 426, Buy Zyban, ialvh, Buy Florinef, :-OO, Buy Aygestin, 9268,

Post a comment