Semalam saya tidak sempat update blog seperti biasa. Menguruskan perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Hari ini juga saya bercuti, kerana pada sebelah petang nanti saya masih ada urusan yang perlu diselesaikan.
Selamat menyambut Ramadhan kepada pembaca blog linncomel. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini akan dapat menambah keberkatan di dalam amalan dan kehidupan kita seharian.
Sekiranya kita kaji dan renung balik ke zaman kanak-kanak dulu, Bagaimana agaknya kita ingin memulakan puasa ramadhan. Kita sudah dilatih untuk berpuasa sejak kecil lagi, sejak di bangku sekolah lagi.
Saya dilatih oleh datuk dan nenek saya ketika saya masih lagi berada di sekolah tadika. Jika dulu saya tidak pernah berfikir kenapa saya perlu mula berpuasa ketika masih lagi di zaman kanak-kanak.
Sejak saya mendalami ilmu teknology minda , saya sudah pun dapat mengetahui rasional mengapa segalanya bermula ketika kita masih lagi di zaman kanak-kanak.
Sebenarnya fasa pemprograman paling aktif pada minda kita ketika berumur 0-7 tahun. Pada fasa ini apa pun kata-kata atau maklumat yang diterima samada benar atau salah ianya akan diterima sepenuhnya dan masuk ke minda separa sedar seterusnya akan menjadi program.
Pada fasa ini, otak kita masih belum lagi mempunyai filter untukĀ menghalang hal-hal negatif yang merugikan. Selain itu, ketika fasa ini, kita masih lagi belum mempunyai ‘reference’ atau data yang boleh kita gunakan sebagai perbandingan.Jadi wajarlah latihan berpuasa perlu dilakukan ketika kita masih lagi dizaman kanak-kanak.
Sebenarnya apa saja yang berlaku pada 5 tahun kehidupan kita akan menentukan arah hidup kita seterusnya. Jadi lakukan yang terbaik untuk anak-anak anda, untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik .





Slam kasih sayang,
Kanak-kanak baru lahir ibarat ‘kain putin’ ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkannya. Semoga perkongsian ilmu yg bermanfaat mendpt sokongan semua yg ingin hidup ‘sejahtera dan bahagia’, krn kita semua sama-sama berperanan terhadap apa jua yg akan berlaku di masa depan.
Semoga diberkati. Amin…
sebab itulah sebagai ibu bapa kita perlu latih anak kita berfikiran dan bersikap positif sejak dari kecil lagi. galakkan mereka mendalami minat mereka. jangan terlalu mengongkong. jangan terlalu menegah nanti mereka takut mencuba.
Betul tu, saya setuju sangat-sangat. Kerana konsep diri dicipta pada fasa kanak-kanak. Sekiranya diajar positif, positiflah konsep diri mereka.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Membawa kepada pengertian yang mana kita jika ingin mencorak atau mengubah sesuatu haruslah dimulai dari awal.
Pada peringkat umur 5 tahun, minda kanak-kanak masih ‘fresh’ dan teknik belajar semulajadi otak mereka adalah berdasarkan apa yang dilihat, bukan apa yang dikata. Manusia adalah ‘peniru’ yang hebat. Kanak-kanak meniru perwatakkan ibubapa.
Walaubagaimanapun, saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini kepada Kak Lin kerana sudi melawat serta memberikan komen di dalam blog saya. Saya berasa berbesar hati.
Untuk perngetahuan Kak Lin, blog Kak Lin adalah salah satu laman blog yang sering saya kunjungi untuk mendapatkan tips-tips serta ‘mengenali’ corak minda Kak Lin.
Assalamualaikum dan terima kasih.
Luth.
Wah, corak minda saya?. Harapa-harap tak ada lagi yang mengatakan cara saya berfikir pelik lagi…
Haha… Itu adalah persepsi manusia yang mempunyai minda tahap ‘biasa’. Syukur dengan apa yang ada. Serius tapi rileks…..
Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.
Bagainama pula untuk kanak-kanak yang telah disalah programkan sejak kecil lagi. Apakah tiada penawar lagi?
Assalamualaikum, selamat berpuasa kepada Linn dan pembaca blog ni.
Corak pemikiran kanak-kanak seawal usia lima tahun ialah dalam bentuk peniruan dan cuba jaya. Memang tepatlah seperti kata Linn, pada seawal usia ini, kita memang sepatutnya membentuk dan mengarahkan perjalanan kehidupan dan cara pemikiran kanak-kanak ini dengan cara yang betul. Ini akan membentuk tabiat dan perlakuan yang baik di masa akan datang.
Selamat berpuasa untuk semua…
Raymond,
Setiap masalah pasti ada penawarnya..
Saya suka pertanyaan Raymond. Jawapannya pasti membantu kita mendidik anak murid kan Raymond? Ouh saya rindukan anak didik saya
Errm..Adakah Raymond seorang guru? . Tertarik dengan kenyataan Dikmal sebenarnya
Ya, saya ni seorang guru. Tapi bukan guru sekolah dan tiada sebarang ijazah perguruan. Saya ialah seorang guru tusyen (bekerja sendiri). Saya anggap murid saya sebagai sebahagian daripada diri saya.
Pada pendapat saya, bentuk pemikiran yang dibentuk sejak kecil lagi memang boleh dihapuskan dan diprogram semula.
Ia berlaku pada diri saya. Saya telah diprogramkan untuk mempercayai bahawa pelajaran yang tinggi dapat menjamin kekayaan serta kemewahan hidup.
Saya telah memegang kepercayaan ini selama 18 tahun.
Bentuk pemikiran tersebut dapat saya mansuhkan dan diprogramkan dengan kepercayaan baru hanya dengan membaca sebuah buku, “Rich Dad Poor Dad” hasil tulisan Robert Kiyosaki.
Buku-bukunya yang lain, artikel-artikel yang saya baca serta kisah benar dalam kehidupan harian menguatkan lagi kepercayaan baru saya.
Sejak itu, saya bekerja sendiri untuk menampung yuran universiti saya dan konsep itu saya teruskan sehingga hari ini. Saya berjanji kepada diri saya bahawa saya tidak akan menggunakan ijazah kejuruteraan sains Fizik saya untuk mencari rezeki.
Saya tidak mahu bergantung kepada ijazah lagi tetapi pada diri sendiri.
Saya amat yakin minda seseorang dapat diprogramkan semula melalui teknik yang betul.
Anthony Robbins mempunyai kisah lampau yang kurang baik, keadaan keluarga yang porak peranda, dan lain-lain. Tetapi beliau berjaya mengubah program dalam mindanya daripada kisah lampaunya.
Banyak lagi contoh yang boleh didapati dalam filem The Secret.
Selamat berpuasa Linn!
Semoga dimurahkan rezeki selalu dan usahamu diberksti Allah.
Galadriel.
lin… am nak ucapkan selamat berpuasa… moga kita banyak bersabar di bulan yang mulia ini… banyak cabarannya dan banyak ujian Nya…
Ya betul kita boleh program semula minda. Saya pulak benar-benar nak tau, bagaimana kita nak bantu programkan minda pelajar-pelajar yang bermasalah. Maksud saya, sejak kecil, sudah diterapkan dengan perkara yang salah. Yang paling menyakitkan bila saya tengok, mereka memencilkan diri. Ouh