Subliminal Messaging

11

Category : Minda Separa Sedar

Terlalu pantas masa berlalu.Lagi dua hari kita bakal menyambut ramadhan yang mulia. Bulan yang amat saya nantikan. . Apa pun selamat berpuasa kepada anda yang berugama ISLAM. Semoga ramadhan yang bakal menjelang tiba akan memberikan kita lebih ketakwaan dan keimanan kita kepada ALLAH. Dan dapat diteruskan ketakwaan tersebut pada bulan-bulan yang lain juga.

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit info bersama anda mengenai subliminal messaging. Ianya adalah satu kaedah bantuan alternatif yang menggunakan kaedah sains bagi menjana gelombang otak menggunakan Binaural Beats, bagi menukarkan frekuensi gelombang otak kita.

Sebenarnya kaedah ini digunakan  sebagai alat untuk membantu menjana minda kita bagi mendapatkan setiap perkara yang kita inginkan. Melalui kaedah ini juga ianya boleh mengubah diri kita daripada aspek fizikal dan mental.

Apabila kita mendengar CD Subliminal, ianya akan mengubah frekuensi minda kita kepada tahap alpha atau theta. Ini seterusnya akan akan membantu menghantar isyarat gelombang kealam semesta (LOA).

Kaedah subliminal dapat membantu anda mendapatkan setiap perkara yang anda inginkan . Tidak kira aspek fizikal, samada ingin menguruskan badan ataupun anda inginkan kejayaan dalam kehidupan.

Comments (11)

CD subliminal… Ramai pengamal minda menyarankan keadah penggunaan CD subliminal ini.

Saya ingin bertanya dimanakah CD subliminal ini boleh didapati khususnya di Malaysia? Boleh Kak Lin nyatakan tempat dan tajuk CD itu? Atau kena beli di internet?

Luthfi

salam…

Subliminal Messaging ni bunyi ke k.linn? mcm mana nak dapatkan CD tu?

Luth & Well,

Saya mendapatkannya dari website luar negara. apa pun nanti saya akan jadikan ia sebagai satu pakej untuk promosi ebook berbayar saya nanti. Jadi, boleh dapatkan audio sublingual bersama ebook saya nanti. Nantikan promosi tersebut tidak lama lagi

Sublimal Cd belum banyak ada di Malaysia. Mungkin ramai yang masih tidak tahu bagaimana kesan dan penggunaannya. Tetapi kalau tak silap pakar hipnosis kita Dr Sazali Ahmad dari simponi minda ada menjual cd subliminal dan hipnosis cd.
Sekadar berkongsi maklumat

Salam Lin dan Semua Pembaca,
Terlebeh dahulu terima kasih kerna sudi berkongsi ilmu ini begitu juga dgn lain2 artikel. Saya lagi baca rasanya ketinggalan jauh sy ini.
Dengan rengkas sy ingin share info kalau Lin ingat di Pesta Buku KL April 07 ada mempamerkan jualan CD Subliminal. Tapi disebabkan sy terkejar2 kan masa waktu itu dan belum begitu faham apa yg diperkatakan sy tak beli dan lagi sy belum yakin. Semoga sy akan bertambah faham jika ada keterangan2 disini.
Baiklah jumpa lagi. Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia ini. Salam.

salam..
melalui pengalaman saya menggunakan cd subliminal sahaja kurang berkesan. Seelok-eloknya digabung subliminal dan juga hipnosis untuk mendapatkan kesan yang optima. macam shampoo ler 2+1 :wink:

Bagi saya segalanya bergantung kepada fokus. Sebab hipnosis dan CD subliminal fungsi yang ada boleh dikatakan lebih kurang je, kedua-dua adalah untuk melemahkan RAS dan seterusnya membuka gerbang minda separa sedar.

Mungkin gabungan keduanya akan jadi lbh baik dan cepat kesannya. Tetapi segalanya bergantung kepada keyakinan juga.

Salam kasih sayang,
Tq linn, saya sentiasa belajar dan cuba mempraktikkan segala ilmu yg bermanfaat. Siri buku KEAJAIBAN RUKUN ISLAM, juga dpt mengukuhkan lagi keyakinan dan kesan lbh cepat. Apa pun betul kata linn, bergantung keyakinan masing-masing.
Semoga diberkati. Amin…

Selamat Menyambut Ramadhan kak.. ;)

Great blog. I really liked it. I have also created a lens in same niche. This is my first time, hope u guys like it. Here’s a brief intro: Since the 1970s, the U.S Government had banned the use of subliminal messages on TV and radio due to the worry of manipulation of the human race. It has been proven in a particular case study that subliminal messages had increased sales of popcorn by almost 60% when used in the cinema. This however has not stopped further research into subliminal messaging and subliminal cds. It is a well known fact that the human brain is an extremely powerful tool, able to multi-task many activities and to perform tasks with the ease and skill of a machine if it has been properly trained. http://www.squidoo.com/subliminal-cds/

Saya berminat untuk kedua-dua cd tersebut(subliminal dan hypnosis) tetapi masalahnya saya tidak tahu dimana kedai saya boleh mendapatkannya dan berapa hargakah yang ditawarkan untuk membeli cd2 tersebut.
tq

Post a comment