Hari ini saya tertarik untuk menjawab soalan yang telah dihantar ke email saya. Seperti biasa saya tidak akan menjawab secara personal melalui email, kerana saya sebolehnya tidak akan berulangkali menjawab soalan yang sama Soalannya agak menarik.
Bagaimana cara kita nak cari magnet yg berlainan kutub ( pelanggan ) yang benar berminat dgn perniagaan kita?
Kita mempunyai minda sedar sejak kita berumur 7 tahun hingga sekarang. Setiap hari kita berfikir menggunakan minda sedar minimum 50,000 kali. Jadi katakan ketika ini anda berumur 31 tahun anda boleh membuat pengiraan seperti di bawah
31-7=24, 31 adalah umur anda dan ditolakkan 7 tahun, Mengapa perlu ditolakkan selama 7 tahun kerana ketika umur anda berusia sehari sehingga 7 tahun, anda hanya menggunakan minda separa sedar. Ketika ini anda masih belum tahu bagaimana untuk berfikir dengan menggunakan minda sedar.
Jadi umur anda menggunakan minda sedar adalah 24 tahun dan di darabkan dengan 365 hari, dan di darabkan dengan jumlah minimum anda berfikir setiap hari iaitu 50,000.
Formula pengiraannya ialah 24 x 365 X 50000= 438,000000. Selama hidup anda ketika berusia 31 tahun, anda telah berfikir menggunakan 438,000000 kali. Malangnya daripada jumlah yang anda fikirkan tersebut, 80% adalah negatif.Kita lebih banyak berfikiran negatif daripada positif. 80% yang terbentuk inilah yang dikatakan ego yang ada pada diri kita.
Jadi sekiranya anda menggunakan minda sedar dalam kehidupan anda, ini bermakna anda menggunakan frekuensi gelombang beta dalam kehidupan anda. 80 % fikir negatif ini bermakna gelombang beta mempunyai caj yang negatif.
Untuk pengetahuan anda, duit, perniagaan, pelanggan berada pada frekuensi gelombang beta. Ini bermakna duit, perniagaan dan pelanggan mempunyai caj negatif. Jadi sekiranya minda ada berada pada gelombang beta, ini bermakna anda juga mempunyai caj yang negatif. Anda negatif, duit atau perniagaan anda negatif, sudah tentu anda tahu apa hasilnya, negatif dan negatif sudah tentu hasilnya negatif.
Anda tidak dapat mengubah caj duit atau pelanggan anda daripada negatif kepada positif. Tetapi anda boleh mengubah diri anda dengan menurunkan frekuensi gelombang anda, bukan setakat alpha malahan sehingga theta atau delta. Semakin rendah gelombang minda anda, semakin kuat daya tarikan magnet rezeki anda.
Saya harap dengan penjelasan ringkas ini akan dapat membantu anda untuk untuk menjawab mengapa anda amat sukar untuk menjadi magnet rezeki.





Salam sejahtera linn,
Terima kasih atas perkongsian maklumat yg berharga ini.
Semoga ianya dapat memberi manfaat dlm menjalani kehidupan seharian hingga ke akhir hayat.
Wasalam..
Perkongsian yang cukup menarik. Terima kasih.
Salam,
Sekadar perkongsian kecil dari saya, semoga dapat dijadikan pedoman kepada semua
perkongsian yang menarik..
boleh share mcm mana nk guna alpha brain wave cd?
adakah teknik tu berkesan utk capai alpha wave?
tq
sukar untuk close sales. dan sukar nak convince prospek.
banyak ilmu baru saya dapat dari sini. semoga Allah memberi ‘lebih’ pada linn…