Sukarela dan Mangsa

4

Category : Motivasi

View from the Skybridge on the Petronas towers.
Image via Wikipedia

Minggu lepas, saya menerima beberapa emel yang bertanya mengapa saya tidak menerbitkan artikel untuk Bicara Selasa. Sebabnya ialah, saya pergi menghadiri Majlis Graduation untuk seminar UPW Anthony Robbins yang saya hadiri pada bulan yang lepas.

Majlis itu diadakan di Cititel KL dan kebetulan pula pada Hari Selasa. Jadi saya pun mengambil cuti sehari (maksudnya tanpa laptop) ke Kuala Lumpur.

Memandangkan majlis itu berlangsung pada sebelah malam. Saya pun mengambil peluang ini untuk berjalan-jalan sambil membeli-belah di Mid Valley.

Dalam Graduation Night tersebut, saya berpeluang untuk berkenalan dengan beberapa kawan baru yang saya rasa sesuai untuk diterapkan ke dalam hidup saya. Mereka adalah orang-orang yang berjaya, berfikiran positif dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian mereka.

Antara orang-orang yang berjaya ini, saya mendapati mereka ada satu persamaan. Persamaan tersebut ialah, mereka melakukan sesuatu perkara kerana mereka ingin melakukannya dan bukannya kerana terpaksa.

Saya kategorikan orang-orang ini sebagai sukarelawan. Mereka melakukan perkara-perkara seperti membina perniagaan mereka, komited kepada keluarga, dan menjaga kesihatan mereka secara sukarela.

Mereka tidak bekerja semata-mata untuk wang tetapi untuk kepuasan diri juga. Mereka menjaga kesihatan diri untuk berasa lebih bertenaga dan bukannya kerana takut akan pandangan negatif orang lain terhadap mereka.

Jika anda melakukan sesuatu perkara secara sukarela, maka hidup anda akan menjadi lebih gembira. Bayangkan jika anda bangun setiap pagi dan berasa ghairah untuk bekerja. Seronok tak?

Itulah kepentingan memilih kerja yang kita suka. Jika anda berilmu, anda sentiasa dialu-alukan untuk memilih kerja anda. Jika anda rasa anda masih belum mempunyai cukup ilmu, anda masih tidak terlewat untuk menimba ilmu sekarang.

Salah seorang kawan baru yang saya kenal membuka sekolah hip hop. Beliau mempunyai keghairahan untuk mengajar serta melihat orang lain menari hip hop. Apabila saya bertanya sama ada beliau gembira dengan kerjayanya, beliau memberitahu saya bahawa dia amat gembira dan bersyukur dengan kerjaya yang dibina olehnya.

Beliau ialah seorang sukarelawan dan sebab itulah, beliau berjaya.

Saya suka mengajar dan mengajar dapat memberi banyak kepuasan kepada diri saya. Saya sentiasa menanti-nantikan masa untuk kelas saya kerana itulah passion saya. Saya mendapat keseronokan bekerja daripada kerjaya ini. (dan juga perniagaan-perniagaan yang lain).

Saya ialah seorang sukarela dan saya boleh mengajar secara percuma jika saya hendak. Saya pernah dan selalu memberi kelas-kelas percuma sehingga hari ini. Saya juga mengajarkan beberapa teknik-teknik perniagaan (secara percuma tanpa disuruh) kepada beberapa orang anak murid yang yang berniaga secara kecil-kecilan kerana dari situlah datangnya kepuasan saya.

Mangsa pula merupakan mereka yang melakukan sesuatu kerja kerana terpaksa dan bukan kerana mereka suka. Mangsa suka menyalahkan orang lain. Mangsa suka mengabdu banyak-banyak. Mangsa kerap berfikiran negatif.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda seorang sukarelawan? Ataupun mangsa?

Kongsikan pendapat anda.

Selamat berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Raymond Hilang!!!

4

Category : Minda Separa Sedar

Salam sejahtera. Saya Raymond dari blog Law of Attraction dan mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya, ke manakah Raymond menghilang? Tak terbitkan Bicara Selasa pun. Apa yang terjadi?

Sebenarnya banyak perkara yang terjadi kebelakangan ini dan banyak tugas daripada perniagaan saya yang terabai.

Tapi semuanya perkara yang baik-baik belaka. Berikut adalah sedikit update daripada saya jika anda tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan harian Raymond. :)

Adegan 1

2 Minggu yang lalu saya menghadiri Seminar “Never Work Again” yang dianjurkan oleh T Harv Eker dan banyak ilmu yang saya timba, banyak peluang pelaburan yang terbuka kepada saya.

Dalam seminar tersebut, saya sempat melabur beberapa ribu dolar dalam 2 pakej pembelajaran yang ditawarkan oleh penceramah-penceramah jemputan, Pakej-pakej tersebut adalah mengenai perniagaan dan pelaburan hartanah di Amerika.

Jadi saya pun mulalah sibuk membaca bahan-bahan bacaan yang baru dibeli, membuat kajian, analisis, berbincang dengan rakan seperjuangan dan banyak lagi.

Adegan 2

Ingat tak buku “Rich Dad, Poor Dad” yang ditulis oleh Robert Kiyosaki? Jika anda pernah membaca buku tersebut, anda akan tahu akan kehebatan Rich Dad-nya yang mengajar beliau tentang konsep kewangan dalam bahasa yang mudah difahami.

Sekarang, Rich Dad beliau merupakan seorang jutawan yang dikagumi terutamanya selepas penerbitan buku bestseller tersebut. Saya selalu menanam niat untuk berjumpa dengan Rich Dad-nya setiap kali membaca buku tersebut.

Impian tercapai!

Saya bukan sahaja berpeluang untuk berjumpa dengan Keith (Rich Dad), tetapi juga berpeluang untuk berjabat tangan, bergambar dan berbual-bual dengan beliau. Setiap kata yang diluahkan oleh beliau amat bermakna dan membuat saya berfikir panjang selepas pulang ke rumah. Kata-kata beliau bagaikan emas.

Raymond Chua dengan Rich Dad dan isterinya

Raymond Chua dengan "Rich Dad" dan isterinya

Selepas kena Photoshop (yang tidak profesional)

Raymond dan Rich Dad serta isterinya

Raymond dan "Rich Dad" serta isterinya

Akhirnya saya menyertai coaching program beliau (secara berbayar) dan saya amat bangga dengan tindakan serta peluang keemasan tersebut.

Banyak kerja rumah yang beliau berikan dan beliau akan mengadakan webinar dengan kami (anak murid dalam coaching program) dalam masa beberapa minggu lagi.

Banyak masa serta usaha yang perlu dikorbankan untuk menjadi macam Robert Kiyosaki.

Adegan 3

Selasa lepas, saya mengadakan perjumpaan dengan seorang rakan di sebuah kafe dalam sebuah library di Jurong East dan berbincang tentang pelaburan hartanah di Singapura dan Malaysia. Banyak idea yang kami kembangkan dalam perjumpaan tersebut.

Selepas itu, saya mengadakan satu sesi workshop kecil bersama-sama dengan seorang jutawan yang terkenal di Singapore Management University (SMU). Selepas itu, ada peluang makan supper dengan beliau dan sempat buat sedikit joint venture dengannya.

Banyak perkara yang saya pelajari daripada beliau.

Sebab itulah saya tidak menulis Bicara Selasa minggu lepas. Sibuk sepanjang hari. :)

Penutup

Saya sibuk dengan aktiviti perniagaan, pelaburan serta pembelajaran akhir-akhir ini. Banyak masa yang diluangkan untuk belajar melabur, mengkaji peluang pelaburan (buat “kerja rumah”), dan mengembangkan perniagaan.

Otak saya penuh dengan nombor sepanjang hari.

Apalah nak buat dengan timbunan kerja yang tertunda? Saya yakin mesti ada penyelesaiannya. :)

Ok. Sekarang anda sudah faham apa yang berlaku. Jadi, jangan marah ye, jika tak dapat baca Bicara Selasa pada minggu lepas.

Salam hormat,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]