Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk bercuti bersama-sama dengan anak murid saya di Tanah Tinggi Genting pada minggu yang lepas. Saat-saat yang menggembirakan itu tidak akan saya lupakan.
Balik kepada Bicara Selasa minggu ini.
Sejak saya menerbitkan Bicara Selasa yang lepas yang bertajuk “Mengapakah perkara yang baik berlaku ke atas orang yang jahat”, saya menerima banyak soalan daripada pembaca-pembaca blog ini dan juga dari blog Law of Attraction saya.
Ada yang bersetuju dengan pandangan saya, ada yang kurang setuju, dan ada yang neutral sahaja. Ini merupakan perkara yang baik kerana itulah tujuan ruang komen iaitu untuk kita berkongsi pendapat supaya perbincangan di sini tidak saya monopolikan.
Syabas, saya ucapkan kepada anda yang memberi komen di sini!
Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan-soalan yang ditujukan. Soalan pertama yang akan saya jawab dalam Bicara Selasa minggu ini ialah, “Mengapakah Perkara Buruk Menimpa Orang Yang Baik?”
Jika kita meneliti Law of Attraction, kita akan dapati bahawa segala hukum di alam ini tidak memihak kepada sesiapa pun. Ia tidak memihak kepada orang yang baik ataupun orang yang jahat.
Law of Attraction tidak kira siapa anda. Ia cuma bertindak balas terhadap gelombang minda yang kita keluarkan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar.
Dalam Bicara Selasa yang lepas, saya nyatakan dengan jelas sekali dan di sini, saya akan berikan satu contoh lagi.
Bayangkan 2 orang di dalam sebuah dapur. Salah seorang daripada merela ialah orang yang baik manakala yang satu lagi ialah orang yang jahat.
Orang yang baik itu meletakkan tangannya di atas dapur yang panas manakala orang yang jahat tersebut meletakkan tangannya pada dinding pada suhu bilik.
Pada pendapat anda, tangan siapakah yang akan terbakar?
Jawapannya amat ketara.
Mengapakah anda fikir bahawa perkara yang buruk (tangan terbakar) berlaku terhadap orang yang baik? Saya pasti anda sudah faham sekarang.
Hukum alam tidak memihak kepada sesiapa pun. Ia Cuma bertindak balas dengan perkara yang kita lakukan.
Haba daripada dapur panas dipindahkan ke tangan orang yang baik tersebut adalah disebabkan oleh keseimbangan terma dan Hukum Keabadian Tenaga diaplikasikan dalam contoh ini.
Balik kepada kehidupan harian kita.
Dalam kehidupan saya, saya menemui ramai orang yang baik tetapi memiliki mindset yang buruk.
Salah satunya ialah seorang pekerja kilang yang sangat rajin dan baik hati tetapi apabila sampai akhir tahun, beliau selalu berkata bahawa beliau tidak akan mendapat kenaikan gaji dan bonus (walaupun belum diumumkan oleh majikan)
Akibatnya, beliau betul-betul tidak dapat kenaikan gaji dan bonus seperti yang “didoakannya” dan orang lain yang dapat kenaikan gaji tersebut.
Law of Attraction tidak kira siapa anda. Ia cuma bertindak balas terhadap gelombang minda yang anda keluarkan (doa).
Beberapa tahun yang lepas, saya ada anak-murid yang baik hati dan naif tetapi kehidupan mereka kelam kabut. Mengapa?
Ini adalah disebabkan oleh minda mereka. Mereka mempunyai minda yang teruk. Antara kata-kata yang sering diucapkan oleh mereka adalah seperti.
“Saya tidak mungkin berjaya”
“Mungkin ia bukan milik saya”
“Mereka akan tinggalkan saya”
Dan banyak lagi.
Daripada kata-kata yang sering digunakan oleh mereka, amatlah mudah bagi kita untuk meramal kualiti hidup mereka.
Jadi, apa yang saya lakukan ialah, saya mengubah mindset mereka. Saya mula mengajar mereka tentang Law of Attraction dan dalam masa 2 bulan, semuanya berubah.
Mereka datang dan mengucapkan terima kasih kepada saya atas perubahan yang saya lakukan ke atas diri mereka, kawan-kawan mereka pun bersyukur dan berterima kasih kepada saya dan semua orang pun berasa gembira.
Saya tidak mengubah diri mereka daripada orang yang baik kepada orang yang jahat ataupun sebaliknya. Apa yang saya lakukan ialah, saya cuma mengubah mindset mereka dan kehidupan mereka berubah secara automatik.
Perkara yang baik boleh berlaku ke atas orang yang jahat kerana mereka pandai berdoa. Mereka memikirkan yang terbaik untuk mereka dan percaya serta yakin pada keinginan mereka.
Anda tidak perlu menjadi orang yang jahat untuk membolehkan perkara-perkara yang baik berlaku ke atas diri anda. Apa yang anda perlu anda lakukan ialah mengubah mindset anda.
Perkara yang baik boleh berlaku ke atas orang yang baik dan orang yang jahat.
Persoalannya bukan siapa anda tetapi bagaimana anda mengaplikasikan Law of Attraction dalam hidup anda.
Menarik yang terbaik,
Raymond Chua
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.